Thursday, September 11, 2014

PasMa boleh jadi pemangkin perpecahan dalam PAS

Tiba-tiba muncul sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang bernama PasMa, singkatan dari Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia. Maka ‘PasMa’ pun buat seketika menjadi wirid paling banyak disebut, di seluruh negara, khususnya di kalangan peminat dan pemerhati politik tanah air.

Belum sempat pemimpin nombor satu PasMa sebenar membuat apa-apa kenyataan berhubung, senarai ‘jawatankuasa lengkap’ PasMa tersebar ke seluruh negara, siap dengan Mursyidul Amnya sekali.

Keesokan harinya, ‘Mursyidul Am’ serta beberapa orang yang disenaraikan dalam kepimpinan PasMa membuat penafian. Seorang demi seorang mengaku tidak tahu menahu. Demikianlah larisnya pasaran khabar angin dan fitnah yang melanda negara sekecil Malaysia ini. Lebih laju berita dari berlakunya peristiwa.


Kemudian muncullah Presiden PasMa sebenar, Datuk Phahrolrazi Zawawi menolak tanggapan pihak tertentu bahawa kehadiran NGO yang ditubuhkan kira-kira sebulan itu, sebagai satu kelangsungan "projek" untuk menjatuhkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam muktamar.

Presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi menafikan andaian bahawa kehadiran NGO itu, walaupun ditubuhkan oleh ahli PAS, adalah untuk menentukan kepimpinan parti itu dalam pemilihan parti.

"Saya menafikan (dakwaan itu) bahawa kita mahu 'melanggar presiden', untuk menjatuhkan presiden. Itu bukan kerja kita. Kita kerja bukan nak pergi mengundi dalam muktamar PAS, kecuali orang itu jadi perwakilan.

"Jatuh bangun presiden dan (anggota) jawatankuasa adalah kerja perwakilan muktamar PAS. Bukan kerja NGO. Orang luar tidak boleh buat apa-apa, terpulang kepada perwakilan.

"Kami tidak bekerja untuk menentukan kepimpinan PAS, PKR dan DAP. Itu hak perwakilan," katanya.

Muncul pula Naib Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man melarang ahli-ahli PAS menyertai PasMa. “...jika NGO itu muncul sebagai sebuah parti politik,” tegasnya. Memanglah, dalam mana-
mana parti politik pun tidak akan membenarkan berlakunya dwi keahlian. Tidak boleh berpoligami dalam politik.

Tapi jika NGO itu bukan parti politik dan sememangnya PasMa bukan didaftarkan sebagai sebuah parti politik, bagaimana? “Ahli-ahli PAS tidak dilarang menyertai mana-mana NGO, bahkan dalam PAS pun terdapat pelbagai NGO yang ditubuhkan,” ujar Naib Presiden PAS itu.

Polemik, wajar atau tidak ahli-ahli PAS bergerak aktif dalam NGO sebenarnya sudah lama diperkatakan. Kesimpulannya pun sudah lama dibuat, iaitu ada masa ianya wajar dan ada ketikanya, tidak. Ada NGO yang ditubuhkan di bawah Pemuda atau seketeriat khas mana-mana entiti dalam PAS. NGO tersebut perlu melapor terus kepada PAS. Ada juga yang dipimpin hanya didominasi oleh anggota atau penyokong PAS tetapi tiada dalam kawalan PAS. Ada NGO yang langsung tiada kena mengena dengan PAS tetapi sering mengambil sikap menyokong PAS dalam kebanyakan isu.

Kebanyakan NGO yang disebutkan itu bertindak sebagai badan pendesak. Mereka lebih fokus memperjuangkan isu-isu tertentu seperti tuntutan masyarakat Felda, tuntutan royalti, tuntutan kenaikan harga padi dan getah, tuntutan pemulihan demokrasi, desakan pemansuhan akta-akta tidak wajar dan sebagainya. Kehadiran NGO tersebut tidak pernah dipertikaikan dalam PAS dan dianggap wajar. Dari aspek politik, ia membantu PAS.

Ada juga NGO yang ditubuhkan dengan maslahah untuk memudahkan hubungan dengan masyarakat yang tidak berani terbabit dengan PAS secara langsung. NGO berorientasikan rekreasi, sukan dan aktiviti belia telah berjaya menjadi perantara mendekatkan masyarakat dengan PAS. Itu pun tiada masalah.

Bagaimana dengan NGO yang berorientasikan kebajikan? "Tidak ada keperluan sebab dalam PAS ada lajnah kebajikan dan boleh aktif (dalam lajnah itu)," kata Tuan Ibrahim apabila diajukan soalan oleh wartawan berkaitan PasMa kononnya sebuah NGO kebajikan. Sebetulnya, begitu. Tidak perlu ada NGO berorientasikan kebajikan dipelopori oleh PAS. Biarlah semua rakyat jelata tahu bahawa PAS yang sentiasa bersama rakyat menjuarai isu-isu kebajikan. Dari segi mekanisme supaya teratur dan selaras, urusan kebajikan dalam PAS itu diorganisasikan seperti Unit Amal atau Nisak.

Masyarakat umum tahu bahawa Unit Amal itu PAS.Jika semua ahli PAS menggerakkan lajnah kebajikan di semua peringkat, aktiviti kebajikan diperkasakan sambil mempamerkan imej PAS maka sokongan masyarakat terhadap jamaah Islam ini akan bertambah. PAS akan dihormati semua peringkat yang pernah menerima sentuhan kebajikannya. Maka tidak perlu lagi NGO kebajikan diwujud di bawah PAS. Tiada maknanya orang kenal NGO tersebut tetapi tidak kenal PAS. Maka dalam soal ini saya bersetuju dengan Dato' Tuan Ibrahim bahawa tidak perlu NGO kebajikan dalam PAS kerana Lajnah Kebajikan sudah memadai.

Bagaimana dengan NGO yang berorientasikan politik yang diwujudkan oleh ahli-ahli PAS? Lagilah tiada keperluan kerana PAS itu sendiri adalah parti politik. Lebih aula kita memperkuatkan PAS itu sendiri melalui tanzim sedia ada dalam PAS. NGO, sampai bila-bila pun akan dianggap ‘pihak luar’ parti. Mudarat terhadap kewujudan NGO seperti ini ialah ia boleh mencetuskan polemik dalaman, prasangka dan mengundang perpecahan.

Soalan cepumas ialah apabila muncul pertanyaan “PasMa itu NGO yang berorientasikan apa? Wajarkah ia diwujudkan?”. Nampaknya dari awal PasMa sudah mempamerkan wajah politik, menganjurkan forum-forum politik. Kepimpinannya adalah terdiri dari anggota-anggota PAS. Malah Presidennya adalah tokoh yang masih aktif memimpin PAS Kawasan dan menjadi wakil rakyat.


Dari awal juga PasMa dilihat sebagai sebuah kumpulan dalam PAS, yang buat masa ini, cenderung untuk tidak bersama Presiden. Jika demikian, maka saya berpendapat PasMa tidak perlu wujud. Saya tidak bermaksud ia diwujudkan dengan tujuan untuk mengkhianati PAS tetapi ia ia boleh jadi pemangkin perpecahan dalam PAS apabila dari awal kewujudannya imejnya telah 'dijenamakan'.

1 comment:

  1. saya PAK SLEMET posisi sekarang di malaysia
    bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
    setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
    sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
    sempat saya putus asah dan secara kebetulan
    saya buka FB ada seseorng berkomentar
    tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
    melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
    karna di malaysia ada pemasangan
    jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
    saya minta angka sama AKI NAWE
    angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
    terima kasih banyak AKI
    kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
    rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
    bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
    terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
    jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
    tak ada salahnya anda coba
    karna prediksi AKI tidak perna meleset
    saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan









    saya PAK SLEMET posisi sekarang di malaysia
    bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
    setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
    sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
    sempat saya putus asah dan secara kebetulan
    saya buka FB ada seseorng berkomentar
    tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
    melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
    karna di malaysia ada pemasangan
    jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
    saya minta angka sama AKI NAWE
    angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
    terima kasih banyak AKI
    kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
    rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
    bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
    terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
    jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
    tak ada salahnya anda coba
    karna prediksi AKI tidak perna meleset
    saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan

    ReplyDelete