Kisah panas politik Terengganu sudah diketahui umum. Tapi panas politik dalaman Kedah ramai yang tidak tahu. Rumors yang bertiup kecang dalam seminggu dua ini ialah kononnya DS Mukhriz Tun Mahathir akan digantikan dengan DP Ahmad Bashah Md Hanipah akibat prestasinya yang sangat teruk.
Tiada siapa akan kisah jika yang menyebarkan itu orang Pakatan Rakyat, namun apabila isu tersebut bertiup kencang dalam Umno maka ramai yang berminat nak tahu. Betulkah? Rakyat Kedah bertanya 'betulkah' kerana cerita itu ada asasnya, sebab memang sungguh prestasi setahun Najib tadbir Kedah sangat teruk.
Saya secara peribadi menolak mentah-mentah rumors tersebut kerana bagi saya, selagi Tun Mahathir masih bernyawa jangan sapa-sapa ada pasang cita-cita nak jatuhkan Mukhriz...
Berikut adalah sebarai kegagalan Mukhriz sepanjang setahun jadi MB Kedah:
1) GAGAL menguruskan Kolej Universiti Insaniah (KUIN)
dengan baik sekalipun kampus induk dan segala kemudahan yang ditinggalkan oleh
kerajaan terdahulu begitu baik sekali. Sekejap arah berpindah ke kampus asal
yang sempit di Mergong dan sekejap berpindah balik ke kampus induk. Kakitangan
dan pelajar yang jadi mangsa.
2) GAGAL menyelesaikan masalah kakitangan Insaniah
Holding yang tidak dibayar gaji semenjak BN mengambilalih pentadbiran negeri
pada Mei 2013.
3) GAGAL dalam
penghasilan padi/beras untuk negara di mana kini Kedah hanya mampu menyumbang
30 peratus bekalan beras, sedangkan semasa Pakatan Rakyat dahulu negeri ini
menghasilkan 44 peratus bekalan beras negara.
4) GAGAL
menyelamatkan tanah sawah apabila mengumumkan projek ZIPY akan diteruskan di
Yan yang dijangka akan mengorbankan 4300 ekar tanah sawah.
5) GAGAL bercakap benar. Datuk Paduka Mukhriz Mahathir
didakwa tidak bercakap benar dalam isu pembelian kereta baharu untuk Menteri
Besar Kedah. Kenyataan yang dibuat kononnya untuk kegunaan Yang Di-Pertuan
Agong, walhal plet kereta terang-terangan tertera perkataan ‘Menteri Besar
Kedah’.
6) GAGAL mengawal nafsu untuk memiliki kereta rasmi
Exco yang baharu. Mereka menukar kereta rasmi dari Camry ke Perdana baharu,
walaupun kereta yang ditinggalkan Exco terdahulu masih elok. Walhal sewaktu
kerajaan dahulu menukar kereta baharu akibat kereta lama sudah terlalu uzur, BN
sebagai pembangkang di kala itu menentang keras.
7) GAGAL mengawal pembalakan yang berleluasa. Kegiatan
pembalakan berjalan dengan rakus sekali terutama di daerah Padang Terap, Baling,
Kulim dan Sik. Hutan digondolkan tanpa belas kasihan seolah-olah hutan tidak
menyumbang apa-apa terhadap kestabilan alam.
8) GAGAL mengawal budaya hedonism. Kerajaan Negeri
membenarkan kumpulan penyanyi separa bogel K-Pop dibawa masuk dari Korea dalam
konsert UEPE yang di adakan di Sungai Petani.
9) GAGAL menjaga duit negeri, menggunakan untuk tujuan
tidak baik. Kerajaan pimpinan Mukhriz dengan murah hati ‘bersedekah’ kepada
Astro yang menganjurkan Program Maharaja Lawak Mega sebanyak RM200,000.00.
Jumlah tersebut terlalu besar untuk rakyat Kedah yang miskin tetapi BN
menghabiskannya untuk orang ramai bergelak ketawa.
10) GAGAL
menghormati pegawai tadbir kerajaan negeri (KCS) di mana Menteri Besar cuba
melantik Setiausaha Sulit Kanan dari kalangan bukan KCS. Akibat mendapat
tentangan, individu tersebut dilantik sebagai Ketua Pegawai Khas (jawatan baru
yang diwujudkan) dengan gaji dan elaun yang luarbiasa. Walhal mengikut tradisi
pentadbiran pejabat Menteri Besar selama ini, ketua bagi pegawai-pegawai khas
adalah Setiausaha Politik.
11) GAGAL membuat keputusan yang wajar dalam isu
mahkamah. Mukhriz telah membuat keputusan tidak wajar dalam isu pembalak
menyaman anak syarikat kerajaan negeri, apabila bersedia menerima penyelesaian
di luar mahkamah sekalipun kes tersebut hampis pasti dimenangi oleh pihak
kerajaan negeri. Akibatnya kerajaan negeri kerugian RM2.5 juta.
12) GAGAL mengurus sembilan buah Maktab Mahmud yang
selama ini diurus oleh kerajaan negeri dengan menyerahkan kelolaannya kepada
Kementerian Pelajaran dibawah pentadbiran Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
(SABK). Mukhriz mungkin ‘bijak’ kerana berjaya menyelamatkan duit negeri
sebanyak RM26 juta yang selama ini membiayai Maktab Mahmud tersebut. Soalnya, ke
mana perginya RM26 juta tersebut dan apakah nasib silibus Azhariah di Maktab
Mahmud selepas ini?
13) GAGAL
meneruskan Skim Kafalah iaitu pemberian RM500 untuk keluarga si mati yang
diperkenalkan semasa Pakatan Rakyat dahulu.