Tuesday, December 3, 2013

Muzakarah PAS-Umno, biar jadi kenyataan



Isu muzakarah PAS-Umno muncul lagi. Entah kali yang ke berapa. Kali ini ia tercetus ekoran kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan Ahad penangguhan di Muktamar Tahunan PAS ke-59 melahirkan kesediaan bermuzakarah dengan sesiapa sahaja (termasuk Umno) dalam usaha untuk melaksana undang-undang syariah Islam di negara ini.

Setiap kali muncul isu muzakarah maka para pemimpin Umno akan menyahutnya dengan segera dan dalam nada yang tampak positif, kononnya untuk perpaduan dan penyatuan umat Islam di negara ini. Di hujung setiap siri isu ini berbangkit maka Umno akan muncul sebagai juara perpaduan ummah dan pihak yang sangat ikhlas. Manakala PAS akan menjadi pihak yang ‘angkuh dan menolak perpaduan’ apabila kononnya mengenakan pelbagai syarat terhadap Umno.

Babak stereotype yang akan muncul selepas itu ialah PAS menolak perpaduan sesama Melayu/Islam sebaliknya lebih sedia berbaik dengan DAP yang kononnya musuh Islam. Isu ini menjadi momokan bertubi oleh Umno di kalangan masyarakat Melayu negara ini, akhirnya sokongan orang Melayu terhadap PAS merosot manakala Umno meningkat.

Logik akalnya, BN akan berkuasa sampai kiamat selagi…

Isu biasa yang berbangkit setiap kali pilihanraya diadakan ialah penyalahgunaan jentera serta dana kerajaan untuk kepentingan BN. Untuk pilihanraya kecil ia lebih menjolok mata. Pembangkang setakat boleh menyindir; BN menang besar atau kurangkan majoriti pembangkang kerana yang bertanding ialah Kerajaan Pusat lawan parti pembangkang.


 Kita pun sibuk menghitung jumlah pemberian termasuk janji yang dibuat kerajaan Pusat dalam PRK, lalu melihat nisbah kenaikan undi BN. Misalnya dalam PRK Sungai Limau, RM17 juta duit kerajaan Pusat dibelanja untuk tambah 465 undi BN. Itu sajalah yang mampu dibuat. Sedang BN terus bermaharajalela dalam setiap PRK menyalahgunakan jentera dan dana kerajaan berkempen untuk BN. Termasuklah menyekat kebebasan media dan salahguna media kerajaan (RTM) untuk kempen BN.

Pembangkang sering mencabar para pemimpin BN, sertailah pilihanraya sebagai ‘anak jantan’ serta menggunakan cara bermaruah. Soalnya pembangkang bercakap dengan golongan yang tidak pernah fikir soal maruah dan tidak pernah peduli mereka jantan atau pondan. Samalah agaknya dengan kita nasihatkan pelacur agar pentingkan moral serta menjaga maruah diri. Kalau dia tahu jaga moral tentu dari awal dia tidak melakukan perbuatan terkutuk itu. Jenis kerajaan yang kita hadapi sejak separuh abad ini ialah sebuah kerajaan pekak badak terhadap sebarang tuntutan ke arah pemurnian demokrasi.

Perjuangan PAS rahmat untuk semua


Dua buah parti yang didominasi oleh umat Islam berbangsa Melayu yang masih bertahan sejak pilihanraya umum pertama 1955 hingga ke saat ini ialah Umno dan PAS. Umno berteraskan nasionalisme Melayu sempit manakala PAS berasaskan Islam sebagai dasar dan matlamat.


Mengapa Umno boleh bertahan, sangat mudah untuk dijawab. Kerana Malaysia dianugerahkan kemerdekaan melalui Umno. Lalu Umno memperalat dan menyalahgunakan sepenuhnya kuasa yang dimiliki untuk mempertahankan kuasa mereka. Dengan kuasa dan wang yang diperolehi melalui kuasa itu juga mereka membela dan membelai Umno sepenuhnya hingga mampu bertahan sampai kini. Bolehkah Umno bertahan begitu lama tanpa menyalahgunakan kuasa? Hampir pasti, tidak boleh. Banyak sudah parti yang berasaskan Melayu lahir selepas merdeka, berkubur begitu sahaja satu demi satu.

Lebih menarik untuk melihat mengapa PAS boleh bertahan begitu lama, tidak berkubur hingga ke saat ini dan menjadi parti yang didominasi Melayu Islam yang kedua terbesar selepas Umno? Sedangkan PAS tidak ada kuasa di Pusat dan wang yang banyak. Maka jawapannya kerana PAS berjuang berlandaskan Islam. Setiap anggota PAS adalah pejuang Islam yang ikhlas berjuang kerana Allah semata-mata. Tiada matlamat duniawi atau kebendaan.