Agak-agak positif atau NEGATIF?
Bagi setiap parti politik yang bersaing untuk merebut kuasa
dalam sistem demokrasi, hari-hari yang dilalui adalah hari di mana mereka
membina persepsi. Manakala hari-hari terakhir menjelang detik rakyat membuat pemilihan
dalam pilihanraya umum; adalah tempoh singkat untuk parti politik
memperkukuhkan persepsi baik terhadap parti mereka.
Berkempen selepas parlimen dibubarkan hanyalah menggunakan
kekuatan vocal atau visual yang didokumentasikan untuk meyakinkan pemilih.
Sedangkan kaedah ‘berkempen’ yang sangat berkesan sebenarnya sedang berlangsung
sekarang, di luar tempoh pilihanraya.
Bencana yang melanda negara belum tentu akan menyebabkan
imej sesebuah parti politik yang memerintah menjadi buruk. Imejnya buruk hanya
jika kerajaan tersebut gagal menguruskan bencana tersebut. Rakyat terasa susah
kerana kegagalan kerajaan maka ia sudah menjadi ‘kempen’ berkesan memburukkan
imej parti politik pemerintah. Jika hal sebaliknya berlaku, maka bencana yang
melanda akan menjadi batu loncatan pula untuk parti pemerintah menggilap imej.
Sewaktu Susilo Bambang Yudoyono (SBY) mengambilalih
pentadbiran Indonesia sebagai Presiden, kebetulannya banyak malapetaka besar
yang berlaku di negara tersebut. Terdapat pihak yang anti SBY jadikan isu
bencana sebagai senjata politik untuk memburukkan SBY. Pendokong khurafat pula
mengaitkan SBY sebagai ‘pembawa sial’ lalu tercetuslah sindiran terhadap SBY
sebagai ‘Selalu Bencana Ya…”
Zaman di mana kepercayaan khurafat tidak mendapat tempat,
masyarakat Indonesia menilai kebolehan SBY dalam aspek menangani masalah
bencana dan masalah rakyat. Hasilnya SBY terus menang untuk penggal keduanya
dalam pemilihan presiden gara-gara kecemerlangan perkhidmatannya. Itu persepsi
yang dibuat oleh majoriti rakyat Indonesia ketika itu.
Sabah pernah diserang tentera Sulu pada 2012. Imej kerajaan
Datuk Seri Najib dikatakan sangat teruk kerana gagal menjaga kedaulatan negara.
Persepsi buruk terhadap Najib berubah selepas mereka dianggap berjaya menangani
isu tersebut. BN menang besar dalam semua kawasan Parlimen yang terbabit dengan
zon perang itu.
Begitu juga dengan isu kehilangan pesawat MAS MH370, jangan
sewenangnya kita mendakwa imej Najib dan kerajaan BN sudah jatuh seperti
jatuhnya MH17. Ia boleh berlaku sebaliknya apabila mereka mereka jadikan
situasi bencana sebagai peluang menggilap imej.
Dalam semua isu yang berlaku di sepanjang tempoh luar musim
pilihanraya, maka semua parti politik hakikatnya sedang membina persepsi. BN
sebagai parti yang sudah tua tidak dapat mengelak diri dari menempuh konflik
yang pelbagai satu demi satu. Setakat ini, mereka kelihatan bijak mengurus
konflik sehingga sebahagian besar rakyat, khususnya orang Melayu boleh tertipu
dengan propaganda BN.
Isu perebutan jawatan Menteri Besar Terengganu misalnya,
sekalipun berjaya menggegarkan negara, namun ia dilihat boleh diselesaikan
dalam tempoh tidak sampai seminggu. Soal bagaimana penyelesaian itu dibuat
tidak penting untuk diketahui rakyat kerana yang penting ianya diselesaikan dengan
segera.
Pakatan Rakyat juga sudah banyak kali diuji dengan cabaran
atau konflik dalaman. Untuk kali ini konflik nampaknya lebih besar dan mencabar.
Bencana berupa pergolakan politik dalaman ini lebih-lebih lagi akan mendapat
penilaian sekelian rakyat jelata. Rakyat sedang memerhatikan, menilai dan
membuat persepsi. Konflik adalah perkara biasa dalam kehidupan. Apa yang
dinilai ialah keupayaan menguruskan konflik. Tentulah persoalan yang
diperhatikan ialah bagaimana konflik diuruskan, berapa lama masa yang diambil,
dalam menyelesaikan konflik adakah muncul konflik lain?
Perkara yang paling ditakuti (atau mesti ditakuti) dalam
persepakatan parti-parti politik ialah perbezaan yang tidak ditemui jalan
penyelesaian. Juga jurang perbezaan yang terlalu banyak. Serang menyerang dan
tembak menembak antara sesama sendiri. Malahan ada yang sampai dedah mendedah.
Semuanya akan membentuk persepsi rakyat. Persepsinya negatif!
Jika ahli parti boleh dinasihat dan diarahkan, maka para
pemimpin juga tidak salah untuk dinasihati. Elok henti keluarkan kenyataan yang
boleh menambahkan lagi masalah. Misalnya, di tengah-tengah kemelut besar yang
melanda, tidak fasal-fasal kerajaan negeri Pulau Pinang diserang oleh seorang
ahli parlimen Pakatan berhubung isu terowong bawah tanah. Fakta serangan pula
tidak betul. Perlukah adegan sumbang seperti ini tercetus di saat imej Pakatan
perlu dipulihkan? Sekadar menyebut satu contoh. Banyak lagi episod lain, yang
tidak perlu sebenarnya, malah membina persepsi buruk rakyat terhadap Pakatan.
Semua adegan yang dilakonkan oleh para pemimpin Pakatan itu,
ketika ini, akan membina persepsi rakyat dengan berkesan untuk jangkamasa
panjang. Sikap yang dipamerkan ahli-ahli bawahan juga tidak kurang pentingnya;
apatah lagi di zaman langit terbuka, di mana semua orang ingin bercakap secara
bebas di media sosial. Semua itu turut membina persepsi.
Jadi, para pemimpin uruskan konflik dengan sebaiknya. Ahli
bawahan pula lontarkan pandangan dengan rasional dan biar ada batas sempadan.
Biar rakyat nampak kehebatan Pakatan dalam mengurus dan menangani masalah serta
cabaran. Imej Pakatan, kita yang ukirkan.
Saya sangat bersyukur atas rahmat yg diberikan kepada saya dibulan ini karna alhamdulillah melalui MBAH RAWAIRE saya sekaran sudah bisa sukses atas nomor yg diberikan kepada saya dan saya yg dulunya cuma seorang TKW dari singapur yg gajinya tidak pernah mencukupi kebutuhan keluarga saya dikampun dan alhamdulillah berkat bantuan MBAH RAWAIRE kini saya sudah bisa pulang kampun,saya bersama keluarga dikampun sudah punya usaha sendiri dan saya tidak pernah menyanka kalau saya bisah seperti ini,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH RAWAIRE di nomor 085-316-106-111...karna alhamdulillah saya menan nomor togel dari MBAH dan kalau uang indonesia 750 juta,,ini bukan rekayasa dari saya dari IBU RISKA.untuk lebih lenkapnya silahkan buka SITUS MBAH RAWAIRE
ReplyDeleteSaya sangat bersyukur atas rahmat yg diberikan kepada saya dibulan ini karna alhamdulillah melalui MBAH RAWAIRE saya sekaran sudah bisa sukses atas nomor yg diberikan kepada saya dan saya yg dulunya cuma seorang TKW dari singapur yg gajinya tidak pernah mencukupi kebutuhan keluarga saya dikampun dan alhamdulillah berkat bantuan MBAH RAWAIRE kini saya sudah bisa pulang kampun,saya bersama keluarga dikampun sudah punya usaha sendiri dan saya tidak pernah menyanka kalau saya bisah seperti ini,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH RAWAIRE di nomor 085-316-106-111...karna alhamdulillah saya menan nomor togel dari MBAH dan kalau uang indonesia 750 juta,,ini bukan rekayasa dari saya dari IBU RISKA.untuk lebih lenkapnya silahkan buka SITUS MBAH RAWAIRE