Isu biasa yang berbangkit setiap kali pilihanraya diadakan ialah
penyalahgunaan jentera serta dana kerajaan untuk kepentingan BN. Untuk
pilihanraya kecil ia lebih menjolok mata. Pembangkang setakat boleh menyindir;
BN menang besar atau kurangkan majoriti pembangkang kerana yang bertanding
ialah Kerajaan Pusat lawan parti pembangkang.
Kita pun sibuk menghitung jumlah pemberian termasuk janji yang
dibuat kerajaan Pusat dalam PRK, lalu melihat nisbah kenaikan undi BN. Misalnya
dalam PRK Sungai Limau, RM17 juta duit kerajaan Pusat dibelanja untuk tambah
465 undi BN. Itu sajalah yang mampu dibuat. Sedang BN terus bermaharajalela
dalam setiap PRK menyalahgunakan jentera dan dana kerajaan berkempen untuk BN.
Termasuklah menyekat kebebasan media dan salahguna media kerajaan (RTM) untuk
kempen BN.
Pembangkang sering mencabar para pemimpin BN, sertailah
pilihanraya sebagai ‘anak jantan’ serta menggunakan cara bermaruah. Soalnya
pembangkang bercakap dengan golongan yang tidak pernah fikir soal maruah dan
tidak pernah peduli mereka jantan atau pondan. Samalah agaknya dengan kita
nasihatkan pelacur agar pentingkan moral serta menjaga maruah diri. Kalau dia
tahu jaga moral tentu dari awal dia tidak melakukan perbuatan terkutuk itu.
Jenis kerajaan yang kita hadapi sejak separuh abad ini ialah sebuah kerajaan
pekak badak terhadap sebarang tuntutan ke arah pemurnian demokrasi.
Setiap kali PRK para jurukempen pembangkang akan menemui pengundi
bermodalkan lidah dan bahan bacaan, untuk menarik mereka mengundi calon dari
parti pembangkang. Semua perbelanjaan pilihanraya ditanggung oleh dana parti.
Tapi BN, hampir kesemuanya guna kemudahan dan duit kerajaan. Menghimpun rakyat
atas nama jabatan kerajaan tapi mengasak dengan kempen politik BN. ‘Rasuah’
yang dihambur untuk rakyat bukan sedikit, berjuta-juta sehingga sebahagian
rakyat kelemasan dengan (kononnya) budi BN dan terasa bersalah untuk tidak
mengundi mereka.
Di mana-mana negara demokrasi pun, amalan sejelik ini tidak pernah
atau tidak lagi digunakan, kecuali Malaysia dan satu dua negara yang paling
primitif amalan demokrasinya di atas mukabumi ini.
Pakatan Rakyat pernah menunjukkan contoh terbaik di empat buah
negeri, dalam PRU13 lalu bagaimana jentera dan dana negeri tidak
disalahgunakan. Bahkan Selangor yang paling terkedepan, mengeluarkan surat
pekeliling sebelum Dewan Undangan Negeri dibubarkan, mengenai had kuasa
kerajaan sementara yang hanya melaksanakan tugasan pentadbiran harian sahaja.
Antara kandungan pekeliling had kuasa kerajaan sementara di
Selangor itu ialah mesyuarat Exco tidak akan dilaksanakan kerana tiada dasar
baru dibuat, fungsi eksekutif tidak wajar diteruskan, pemeteraian kontrak utama
dan aku janji hendaklah dielakkan, pentadbiran awam tidak memihak kepada
mana-mana parti untuk kepentingan politik serta aset dan jentera kerajaan
dilarang digunakan termasuk kenderaan rasmi dan bangunan kerajaan. Namun
teladan orang baik gagal diikuti oleh pihak yang tidak kenal moral. Payah sungguh
mengajar orang angkuh. Lalu cara apa lagi yang wajar diguna untuk mengajar
golongan ini?
Hendak mengharapkana SPR jadi orang tengah menegakkan keadilan pun
adalah kerja yang sia-sia juga. Setiap kali isu ini dibangkitkan, penjelasan
dari SPR ialah tindakan kerajaan itu tidak bersalah. Yang bersalah ialah jika
calon atau ejen calon yang menyogok pengundi, pihak yang menyokong tidak boleh
disabitkan. Tujuh kali sudah Akta Kesalahan Pilihanraya dipinda namun tidak
pernah terfikir untuk mereka masukkan kesalahan parti politik menyalahgunakan
jentera kerajaan.
Dewan
Pemuda PAS Kedah mengambil langkah agak terkehadapan, menyerahkan memorandum
kepada Yang DiPertuan Agong berhubung dakwaan penyalahgunaan premis awam dan
eksploitasi kakitangan kerajaan untuk kempen BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK)
Sungai Limau.
Kandungan memorandum itu antara lain mahu baginda selaku penaung kepada kakitangan awam, agar campur tangan dengan menasihatkan perdana menteri agar tidak menyalahgunakan premis awam dan tidak mengeksploitasi kakitangan kerajaan untuk kempen BN.
Dalam memorandum itu juga turut dilampirkan bebarapa bukti sokongan termasuk program Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama calon BN yang menggunakan pejabat Mada, Bukit Besar pada 26 Oktober lalu sebagai contoh kes untuk disiasat. Soalnya siapa yang hendak menyiasat BN, jauh sekali dari mengesahkan salah laku mereka.
Kandungan memorandum itu antara lain mahu baginda selaku penaung kepada kakitangan awam, agar campur tangan dengan menasihatkan perdana menteri agar tidak menyalahgunakan premis awam dan tidak mengeksploitasi kakitangan kerajaan untuk kempen BN.
Dalam memorandum itu juga turut dilampirkan bebarapa bukti sokongan termasuk program Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama calon BN yang menggunakan pejabat Mada, Bukit Besar pada 26 Oktober lalu sebagai contoh kes untuk disiasat. Soalnya siapa yang hendak menyiasat BN, jauh sekali dari mengesahkan salah laku mereka.
Isu
kepincangan demokrasi ini adalah isu besar yang wajib ditangani dan
diperbetulkan sebelum berbicara mengenai menawan Putrajaya. Kalau demokrasi
pincang, berat sebelah BN semata-mata maka adatnya sampai kiamat pun
parti-parti pembangkang akan kekal jadi pembangkang. Perjuangan menuntut
kemurnian demokrasi tidak boleh bermusim, terhenti setakat menang tipis
pilihanraya kecil atau jarak yang masih jauh dari PRU. Logik akalnya, BN akan
terus berkuasa sampai kiamat selagi hal ini tidak diselesaikan.
No comments:
Post a Comment