Saturday, September 28, 2013

Tidak jadi komunis kalau setakat kaji sejarah PKM


Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mengecam 'pemimpin' PAS yang hadir ke Bangkok, Thailand untuk memberi penghormatan terakhir kepada bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng dan menyifatkan tindakan ini hanya untuk memenangi undi Cina.

Begitulah Perkasa yang hidupnya atas isu rasis, gemar benar membuat prasangka buruk terhadap sesiapa sahaja, terhadap apa jua isu yang terlintas di hadapan mata; asal dapat sedikit untung politik. Akhir zaman ini, 'isu rasis' pun boleh jadi modal untuk cari makan.

Sebelum itu The Malaysian Insider melaporkan pemimpin PAS Kedah Fadzil Baharom hadir ke tokong Wat That Thong di Bangkok bagi memberi penghormatan terakhir kepada bekas Setiausaha Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng. Ia berlaku di tengah-tengah usaha kerajaan Malaysia menyekat pintu sempadan dari dimasuki abu Chin Peng.

Friday, September 27, 2013

'Usah berkeras dengan Ustaz Azizan kalau hujah tak cukup kuat'



Selepas dua tahun Pakatan Rakyat mentadbir Kedah, Perhubungan PAS Kedah agak curiga dengan sokongan rakyat terhadap kerajaan yang dipimpin oleh Ustaz Azizan Razak. Sebuah jawatankuasa yang diketuai oleh Dato' Dr. Isa Ismail (Speaker DUN ketika itu) ditugaskan untuk membuat kajiselidik secara professional berhubung sokongan rakyat terhadap kerajaan negeri serta isu-isu semasa yang berbangkit di Kedah.

Secara terus terang, kajian tersebut dibuat antaranya sebab terdapat dakwaan kononnya gaya pentadbiran Ustaz Azizan tidak disenangi rakyat. Antara yang banyak membuat kritikan adalah segelintir ahli PAS sendiri.

Namun hasil kajiselidik tersebut agak menyenangkan kerana lebih 55 peratus rakyat Kedah ketika itu masih menaruh kepercayaan terhadap kerajaan Pakatan. Apa yang mengejutkan dalam pembentangan yang dibuat oleh Dr. Isa ialah, sokongan dan kepercayaan terhadap Ustaz Azizan sebagai Menteri Besar adalah lebih tinggi dari kepercayaan terhadap Pakatan Rakyat itu sendiri. Dakwaan kononnya Ustaz Azizan ditolak atau lebih keterlaluan lagi, 'jadi liability' terhadap Pakatan adalah tidak benar dan dinafikan oleh rakyat jelata.

Wednesday, September 25, 2013

Kenaikan tarif air di Kedah tak dapat dielak di bawah BN


Sewaktu di bawah Pakatan Rakyat, kerajaan Negeri Kedah berusaha keras menyelamatkan hak-hak negeri berhubung air, dari menjadi mangsa 'penjajahan' oleh kerajaan Persekutuan. Kini apabila Kedah bertukar teraju kepimpinan kerajaan negeri, dengan mudah pula hak tersebut diserahkan kepada Pusat di samping negeri terpaksa menanggung beban tanggungan tertentu. Akibat yang tidak dapat dielakkan dan hampir pasti akan berlaku ialah kenaikan tarif air untuk rakyat!

Sepanjang 50 tahun BN mentadbir Kedah (1957-2007), negeri ini dibebani hutang sebanyak RM2.4 bilion, yang mana RM1.7 bilion daripada jumlah itu adalah pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan untuk membiayai perkhidmatan bekalan air. Setelah mengambil alih pemerintahan pada Mac 2008, kerajaan Pakatan mendapati selain bebanan hutang yang sangat tinggi, infrastruktur dan perancangan perkhidmatan ini jauh ketinggalan di belakang keperluan semasa dan unjuran keperluan masa hadapan.

Hal ini berlaku kerana pihak Kerajaan Negeri waktu itu lebih cenderung membuat pinjaman daripada kerajaan Persekutuan, berbanding memohon geran (yang menjadi hak rakyat Kedah yang juga rakyat Malaysia) gara-gara keinginan mereka menentukan projek-projek itu dapat diagihkan berdasarkan kepentingan politik mereka. Hal ini dapat dikesan dengan ketara dalam projek pembinaan loji air di Padang Sanai yang telah dibangkitkan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri pada bulan Ogos 2010.

Sunday, September 22, 2013

PAS sedang berada di Fasa Pertelingkahan?




Dewan Ulamak PAS Pusat baru selesai menganjurkan Multaqa Ulamak Se-Malaysia yang diadakan di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut. Ucaptama oleh Ketua Dewan Ulamak, Dato' Harun Taib dan seterusnya resolusi yang dibuat dalam multaqa tersebut telah mencetuskan sedikit polemik dalaman.

Antaranya ialah cadangan supaya Tahaaluf Siyaasi bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat khususnya KeADILan disemak semula oleh Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat melalui kuasa yang ada bagi tujuan menjaga maslahah dan membendung serta menghalang mafsadah Syar'iyyah.

Multaqa juga menerima saranan daripada wakil-wakil perbahasan untuk menegaskan bahawa jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PAS sewajarnya daripada kalangan ulamak yg memahami dan faqih tentang Islam dan realiti semasa. Jawatan-jawatan lain termasuk naib-naib presiden juga turut perlu dipertimbangkan daripada kalangan ulamak dengan gandingan bersama golongan profesional dan aktivis.

Sebagai kolumnis akhbar rasmi parti elok untuk penulis tidak ambik peduli, mengulas atau jauh sekali dari memihak terhadap isu yang dibangkitkan itu. Cuma penulis rasa khuatir terhadap kaedah menguruskan perbezaan pandangan oleh ahli-ahli parti mutakhir ini, yang kadangkalanya kelihatan sudah hilang Islamnya. 

Memaki hamun, menyindir, menghina, mengutuk bahkan memfitnah nampaknya sudah mengambil tempat di dunia maya yang tidak bersempadan. Tidak hanya isu yang berbangkit di multaqa, bahkan apa saja isu dalaman yang muncul sama ada dakwaan liberalisasi, ribut dalam cawan PAS Kedah, penentuan calon PRU, lantikan Exco dan Menteri Besar di negeri Pakatan, Syiah dan sebagainya - semuanya menjadi bahan polemik di media maya dengan komen-komen panas tanpa batasan akhlak.

Dalam teori organisasi apa yang sedang berlaku dalam pertubuhan besar seperti PAS dipanggil Fasa Pertelingkahan atau peleraian. Kajian yang dibuat oleh para pengkaji organisasi professional atau ahli akademik, semua mendapat penemuan yang sama iaitu setiap organisasi akan melalui Fasa Pembinaan, Fasa Pengukuhan dan Fasa Pertelingkahan.

Fasa Pembinaan iaitu permulaan, ditanda oleh agenda yang bersifat ‘akar’ dan bersifat umum untuk membuka ruang kepada penyertaan orang baru. Fasa ini sangat sukar namun segala kesukaran dapat dihadapi dengan roh untuk berkorban. Kerana merasai susah payah bersama, maka, para ahli mudah untuk berlapang dada dan akur dengan kekurangan yang ada.

Fasa Pengukuhan ditanda oleh tema pengisian untuk memenuhkan rangka dan bekas yang sudah ada. Kebiasaannya, agenda ini dipimpin oleh ‘pemain-pemain’ baru yang hidup bersama dengan angkatan generasi awal. Maka, dengan berbekal semangat mewarisi aspirasi perjuangan, segala perancangan dibuat untuk mencapai halatuju yang telah ditetapkan sejak dari awal. Kecenderungan mereka ialah berasa sangat selesa dengan apa yang ada tanpa memikirkan akibat buruk daripada keselesaan tersebut.

Monday, September 16, 2013

Sasaran hasil negeri Mukriz berasaskan 'angan-angan'?



Buat pertama kali dalam tempoh lima tahun Kedah akan memperolehi pendapatan yang dijangkakan (bagi tahun 2014) lebih besar berbanding tahun sebelumnya. Demikian sebuah akhbar harian memetik kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir.

Katanya, kalau di tahun 2013 (zaman Pakatan) jangkaan pendapatan yang diunjurkan ialah RM640 juta tetapi jangkaan pendapatan bagi 2014 akan lebih besar dari itu. Apabila kali pertama memegang jawatan, maka apa sahaja yang dibuatnya dianggap perkara baru. Walhal unjuran pendapatan yang menetapkan pertambahan memang dibuat setiap tahun sama ada di zaman Pakatan atau sebelum dari itu.

Dalam pembentangan Bajet 2008 di zaman BN mentadbir Kedah, Dato' Seri Mahdzir Khalid selaku Menteri Besar menetapkan jangkaan hasil cuma RM484 juta. Sudah tentu ia jauh ketinggalan berbanding di zaman Pakatan, namun ia adalah jangkaan yang munasabah pada masa itu.

Friday, September 6, 2013

Supaya Pakatan Rakyat kelihatan 'muda dan bertenaga', para pemain utama yang baru perlu untuk PRU14!


Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin Mesir, Dr. Muhammad Badi'e ditangkap oleh regim tentera pada 20 Ogos 2013 kerana kononnya menghasut ke arah keganasan di Kaherah sehingga lebih 50 orang terbunuh. Dua timbalannya dalam Ikhwan juga ditangkap dan mereka semua didakwa di mahkamah atas tuduhan menganjurkan keganasan.

Dr. Muhammad Badi'e adalah pemimpin kelapan Ikhwanul Muslimin yang asaskan oleh Hassan Al-Banna pada 1928. Badi'e memegang jawatan tersebut sejak 16 Januari 2010 sehingga kini. Lulusan di bidang perubatan veterinar ini adalah nama besar dalam sebuah harakah Islam terbesar dan tertua di dunia iaitu Ikhwanul Muslimin.

Sewaktu demokrasi Mesir dipulihkan selepas regim Hosni Mubarak digulingkan oleh rakyat jelata, Ikhwan menyertai pilihanraya dengan menaja parti Kebebasan dan Keadilan yang dipimpin oleh Dr. Muhammad Morsi. Morsi bukan pemimpin utama Ikhwan, pertama kali dipilih ke parlimen pada tahun 2000 sebagai calon bebas dari proksi Ikhwan. Dalam Ikhwan beliau hanya ahli jawatankuasa pemandu.

Dalam pilihanraya presiden 2012, Morsi ditonjolkan mewakili parti Kebebasan dan Keadilan sekaligus mewakili Ikhwan. Mengapa bukan pemimpin nombor satu Ikhwan, Muhammad Badi'e atau lain-lain pemimpin utama? Memang dari awal mereka tidak sertai politik.

Di samping Ikhwan mempunyai sebab musabab tersendiri mengapa tidak menonjolkan tokoh tertinggi jemaah atau parti untuk bersaing merebut jawatan kerajaan, apa pun ia kelihatan cantik dan rasional. Jawatan politik di mata rakyat perlu memenuhi aspirasi rakyat yang pelbagai. Dalam parti hanya ahli-ahli yang membuat keputusan. Badi'e misalnya, hebat dan teruji berbanding Morsi namun jika sertai pilihanraya belum tentu cukup popular untuk menang.

Tunisia mengalami pengalaman yang sama. Rashid Ghannusi adalah pemimpin ulung parti An-Nahdah yang sehingga kini ia menjadi parti terbesar di Tunisia. Beliau adalah salah seorang pemikir Islam yang terkemuka di dunia, menulis mengenai Islam dan kemodenan, demokrasi dan sekularisme, hubungan antara Timur dan Barat, hak asasi manusia dan masyarakat sivil dan tulisan-tulisannya telah pengaruh ke atas pemikiran politik dan agama di seluruh dunia Arab dan Islam. Beliau telah dinamakan sebagai seorang dari kalangan 100 orang paling berpengaruh di dunia pada tahun 2012. Pernah dihukum penjara seumur hidup serta dibuang negara untuk hidup dalam buangan untuk satu tempoh yang panjang.

Thursday, September 5, 2013

Tiada kena mengena dengan Syiah tapi ADUN PAS tolak enakmen kerana berlawan dengan Syariah


Ramai yang marah-marah kepada Adun PAS Kedah, apabila sebuah akhbar harian menyiarkan sebagai tajuk utama muka hadapan 'Enakmen Anti Syiah Lulus' sedangkan 9 Adun dari PAS tidak menyokong enakmen yang dibentangkan oleh kerajaan Umno dalam Sidang Dun Kedah baru-baru ini.

Hujah mereka, walaupun enakmen itu dicadangkan oleh Umno tetapi oleh kerana ia membawa kebaikan, yakni tegas membanteras ajaran syiah yang menyalahi aqidah, maka ianya patut disokong. Tuduhan yang lebih liar ialah Adun PAS Kedah adalah penyokong Syiah sebab itu tidak mahu wujud enakmen untuk bertindak tegas terhadap Syiah. Begitulah sikap segolongan manusia yang gemar mengulas tanpa meneliti terlebih dahulu apa yang sebenarnya berlaku di sebalik penolakan PAS terhadap enakmen yang kononnya anti Syiah itu.

Sebenarnya enakmen yang dibentang dan diluluskan dengan sokongan majoriti Adun BN tersebut ialah Rang Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2013 bukannya 'Rang Undang-undang Anti Syiah' bahkan sepatah perkataan syiah pun tidak terkandung dalam enakmen tersebut. Justeru, penolakan PAS terhadap enakmen tersebut tiada kena mengena dengan isu Syiah.

Sembilan yang menentang enakmen tersebut terdiri tujuh Adun PAS dan dua KeADILan. Ustaz Azizan Razak (Sungai Limau) dan Dato' Taulan Rasul (Tokai) tiada dalam Dewan ketika pengundian, manakala Adun KeADILan dan DAP yang bukan Muslim tidak mengambil bahagian dalam pengundian kerana tidak mahu mencampuri urusan Islam.

Wednesday, September 4, 2013

SPRM berat sebelah isu GLC Kedah?


Pengarah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Kedah didiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes pecah amanah wang syarikat berjumlah lebih RM2 juta untuk menaja dana politik pada PRU-13 lalu.


(Bersama Datuk Shukri Abdul SPRM di Cairo, Mesir - foto tiada kena mengena dgn tulisan ini)


Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM Datuk Mohd Jamidan Abdullah berkata, SPRM menerima beberapa aduan dan menjalankan siasatan berhubung penyelewengan wang syarikat bagi dana politik khususnya menjelang PRU-13.

Berita tersebut menjadi tajuk utama akhbar Berita Harian 27 Ogos 2013. Laporan akhbar yang menjadi 'suara' BN itu dipanjangkan dengan menggambarkan bahawa GLC yang dimaksudkan ialah Kedah Corporation Berhad (KCB) anak syarikat kepada Perbadanan Menteri Besar yang pernah dilaporkan mengalami kerugian oleh Ketua Audit Negara semasa di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.