Singapura Dilanggar
Todak adalah sebuah cerita lagenda orang Melayu yang sangat terkenal
khususnya di Singapura. Kisah ini tercatat dalam Sulalatus Salatin atau
kitab sejarah Melayu lama. Kononnya suatu hari
Singapura telah diserang oleh ikan-ikan todak dari laut sehingga ramai kalangan
rakyat yang berada berhampiran pantai cedera dan mati tertikam.
Raja Singapura dengan mengenderai gajah turun
menyaksikan sendiri khabar yang sampai kepadanya. Terkejutlah raja melihat
ramai rakyat yang menjadi mangsa ikan todak. Timbul ketakutan dalam hatinya
kalau-kalau akhirnya serangan todak boleh sampai ke istana. Nyawa raja kaum
kerabat serta kerajaannya sendiri boleh berakhir dengan serangan todak.
Maka baginda menitahkan para pengawalnya mengerah
rakyat agar memagar pulau Singapura dengan menjadi benteng manusia menahan
serangan todak. Bodohnya rakyat kerana sanggup bersabung nyawa mengikut
perintah raja. Ramai yang mati dan cedera dek tikaman todak. Jika rakyat cerdik
ketika itu, mereka bersatu untuk tidak mengikut perintah raja demi keselamatan nyawa
masing-masing. Tanpa sokongan rakyat, raja boleh terguling begitu sahaja.
Walaupun menderhakai raja adalah amalan tidak baik dalam budaya Melayu, namun
situasi di kala itu menderhakai raja lebih afdhal dari menyeksa diri sendiri
dengan serangan todak.