Almarhum
Dato’ Fadzil Noor dalam ceramahnya gemar menggunakan istilah ‘pecacai’ yang
merujuk kepada golongan yang menjadi kuli atau barua politik pihak tertentu.
Mereka sentiasa mengikut telunjuk pihak tertentu dan mempertahankan segala
tindak tanduk pihak yang mereka sokong itu.
Istilah
pecacai kemudiannya diringkaskan menjadi macai. Istilah ‘macai’ begitu popular
dalam alam siber bagi merujuk kepada penyokong tegar parti politik yang akan membela,
mempertahan, mengampu dan menjilat pemimpin dalam apa saja isu. Sekalipun
secara terang-terangan macai tersebut mempertahankan perkara yang salah pada
parti dokongannya. Istilah macai tidak ada dalam kamus, namun selepas ini
pakar-pakar bahasa boleh berbincang sama ada perlu memasukkannya dalam
perbendaharaan Bahasa Melayu.
Walaupun
macai wujud di kedua-dua belah pihak parti mendokong kerajaan (BN) atau Pakatan
Rakyat, tetapi apabila disebut macai semua pihak lebih senang untuk menganggap
ia berada di pihak BN. Memang lumrah di Malaysia para pengampu dan penjilat,
yang mengharap habuan duniawi dari usaha membodek parti politik yang memerintah
hanya berada di sebelah sana. Bahkan ramai antara mereka yang dibayar hanya
untuk tugasan menjadi macai, khususnya macai di alam siber.
Oleh
kerana identiti sebenar macai yang wujud di alam siber boleh disembunyikan,
maka mereka bebas memfitnah dan membuka aib orang lain semata-mata ingin
mengurangkan sokongan rakyat terhadap pihak lawan mereka. Hujah dangkal bersulam maki hamun adalah
lumrah, kerana mungkin bagi mereka apabila bertugas sebagai macai sepenuh masa
maka perhitungan halal, haram, dosa, pahala - ditolak ke tepi. Apa yang penting
habuan duniawi.
Di luar
alam siber, aliran pemikiran macai sama sahaja. Sekalipun mereka dikenali umum,
mereka tidak malu untuk mengeluarkan kenyataan dangkal yang menyerlahkan kejahilan
diri. Tidak takut memfitnah sekalipun dosa memfitnah adalah sangat besar.
Seorang
bekas menteri yang merupakan ahli politik wanita terkenal bakal diheret ke
mahkamah berhubung kenyataan fitnah yang dibuat terhadap pemimpin utama PAS.
Dalam fitnah terbaru yang dibuat melalui tulisannya dalam sebuah akhbar harian,
perempuan ini menyebut “Puak ini
(Al-Maunah) jelas terpengaruh dengan ajaran dibawa sebuah parti yang kononnya
memperjuangkan Islam tetapi sebaliknya telah mengajar untuk membenci kerajaan,
para pemimpin serta polis dan tentera yang dianggap kafir, taghut, zalim dan
harus diperangi.”
Beliau yang bertaraf agamawan Umno memulakan
fitnah kononnya ada kumpulan yang akan menggulingkan kerajaan pada 31 Disember
2013. Komennya, ramai masih tertanya-tanya: apakah yang mendorong mereka hingga
tergamak mahu mengguling kerajaan dengan cara demikian?
Jika orang yang berlatarbelakang agama tidak
takut untuk melakukan fitnah, apalah yang diharapkan kepada para macai untuk
tidak melakukan perkara yang dikutuk oleh Allah SWT.
Menarik rasanya kalau ada ahli akademik membuat
kajian terhadap aliran pemikiran macai dan kesannya terhadap pola politik
tanahair. Tanpa kajian, saya merasakan bahawa factor utama Malaysia tidak
pernah bertukar kerajaan adalah kerana berfikir cara macai ini masih
mendominasi pemikiran para pengundi Melayu.
Mereka takut untuk mengalahkan BN kerana tak
mahu hilang kuasa Melayu, takut tukar kerajaan kerana khuatir Malaysia tiada
kerajaan maka jadi macam Somalia suatu masa dulu, tak mahu Pakatan menang sebab
Cina akan jadi Perdana Menteri, hak istimewa Melayu terhapus dan raja-raja
dipaksa turun takhta. Jika Pakatan menang negara akan muflis dan huru hara. Jika
pembangkang menang maka negara jadi miskin kerana pembangkang tidak ada duit. BN
perlu dikekalkan kerana banyak berjasa. Sekolah, hospital, jalanraya, dewan,
padang futsal, balai polis, bomba; semua BN punya. Harga barang naik tak jadi
masalah, tak mampu beli banyak beli sikit.
Sekali sekala pemikiran macai ditambah tahap
kedunguannya oleh para pemimpin mereka. Keluaran lalu saya menyenaraikan
kenyataan dangkal para pemimpin BN, khususnya berhubung kenaikan harga barang.
Baru-baru ini Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan,
Datuk Seri Hasan Malek menambah koleksi kenyataan ala macai dengan berkata,
rakyat menyokong kenaikan harga barang kerana kementeriannya tidak menerima
apa-apa aduan. Ketua Umno bahagian Kuantan datuk Zaiton Mat pula menyeru rakyat
Malaysia yang tidak suka pada kerajaan BN supaya keluar negara. Kenyataannya
merujuk kepada protes rakyat terhadap kenaikan harga barangan.
Kita kena terima hakikat bahawa semua pemikiran
macai itu masih melekat dalam benak pemikiran sebahagian orang Melayu dalam apa
keadaan sekalipun. Bagi golongan tersebut, Umno dan BN sudah jadi macam agama
anutan mereka yang tidak boleh ditukarganti.
Inilah cabaran besar Pakatan yang perlu
diselesaikan jika mahu ‘menggulingkan’ kerajaan dengan jayanya dalam PRU14
nanti. Di samping kita bercakap perihal isu besar yang melanda negara, isu-isu
kecil ala pemikiran macai yang melekat kukuh dalam benak pemikiran orang Melayu
ini mesti dihapuskan. Sementara golongan berusia dalam Umno yang tegar berfikir
ala macai pupus begitu sahaja sedit demi sedikit kerana panggilan Ilahi,
golongan muda mereka mesti diubah agar tidak berfikir cara macai;
sekurang-kurangnya berlaku alihan (swing) sebanyak 7 peratus, insya Allah
khurafat bahawa tiada parti lain layak memerintah selain Umno dapat dihapuskan.
Menarik rasanya kalau ada ahli akademik membuat kajian terhadap aliran pemikiran macai dan kesannya terhadap pola politik tanahair. Tanpa kajian, saya merasakan bahawa factor utama Malaysia tidak pernah bertukar kerajaan adalah kerana berfikir cara macai ini masih mendominasi pemikiran para pengundi Melayu.GUE RASA INI SATU CADANGAN YG SANGAT BAIK. MUNGKIN SATU JAWATANKUASA ATAU PANEL BERTINDAK CEPAT TERDIRI DARI PAKAR2 ATAU FAKIH DLM PELBAGAI BIDANG TERMASUK SAIKOLOGIS, 'ALIM (AGAMAWAN), PAKAR SAINS POLITIK, AKTIVIS, AHLI HUKUM DAN SEBAGAINYA. WAJIB DI SEGERAKAN. MAD SABU, BRO. ANWAR, RAFIZI, PEMUDA PAS, PSRUH JAYA PAS T'GANU, DR. MARIAH & LAIN2, TOLONG AMBIL PERHATIAN/AMBIL TINDAKAN.
ReplyDelete