Singapura Dilanggar
Todak adalah sebuah cerita lagenda orang Melayu yang sangat terkenal
khususnya di Singapura. Kisah ini tercatat dalam Sulalatus Salatin atau
kitab sejarah Melayu lama. Kononnya suatu hari
Singapura telah diserang oleh ikan-ikan todak dari laut sehingga ramai kalangan
rakyat yang berada berhampiran pantai cedera dan mati tertikam.
Raja Singapura dengan mengenderai gajah turun
menyaksikan sendiri khabar yang sampai kepadanya. Terkejutlah raja melihat
ramai rakyat yang menjadi mangsa ikan todak. Timbul ketakutan dalam hatinya
kalau-kalau akhirnya serangan todak boleh sampai ke istana. Nyawa raja kaum
kerabat serta kerajaannya sendiri boleh berakhir dengan serangan todak.
Maka baginda menitahkan para pengawalnya mengerah
rakyat agar memagar pulau Singapura dengan menjadi benteng manusia menahan
serangan todak. Bodohnya rakyat kerana sanggup bersabung nyawa mengikut
perintah raja. Ramai yang mati dan cedera dek tikaman todak. Jika rakyat cerdik
ketika itu, mereka bersatu untuk tidak mengikut perintah raja demi keselamatan nyawa
masing-masing. Tanpa sokongan rakyat, raja boleh terguling begitu sahaja.
Walaupun menderhakai raja adalah amalan tidak baik dalam budaya Melayu, namun
situasi di kala itu menderhakai raja lebih afdhal dari menyeksa diri sendiri
dengan serangan todak.
Muncul Hang Nadim budak berumur tujuh tahun
menasihati raja agar menggantikan benteng manusia dengan batang pisang. Tiada
manusia yang akan cedera atu mati. Cadangan bernas itu berjaya menyelamatkan
nyawa rakyat dan raja juga. Malangnya Hang Nadim pula tiba-tiba menjadi musuh
negara, dihukum bunuh oleh raja. Sekali lagi rakyat tunjukkan kebodohan apabila
tidak menentang tindakan raja. Rakyat semacam bersama raja memusuhi orang yang
menyelamatkan nyawa mereka sendiri.
Sebenarnya dalam kitab kisah Singapura Dilanggar
Todak ia dimulai dengan cerita kezaliman raja tersebut terhadap Tun Jana Khatib. Beliau adalah
seorang pedagang dan ulamak dari Pasai. Ketika di Singapura beliau sangat
disegani oleh rakyat kerana sikapnya yang lemah lembut dan berbudi bahasa di
samping melakukan kerja-kerja amal dan membantu penduduk-penduduk tempatan. Tun
Jana Khatib dihukum bunuh oleh raja di Hujung Pasar (sekarang Gelam) kononnya
kerana melakukan keanihan yang disaksikan oleh wanita pertama negara itu iaitu
permaisuri raja Singapura. Kononnya Singapura diserang oleh ikan todak kerana
pemerintah menzalimi Tun Jana.
Singapura Dilanggar Todak cuma sebuah kisah
lagenda turun temurun. Entah betul entah tidak, tiada siapa boleh buktikan. Ia
setaraf dengan hikayat Hang Tuah. Jika ada orang yang tidak percaya kisah
Singapura Dilanggar Todak, ia adalah kerana meyakini tidak mungkin ada raja
atau kerajaan yang bodoh lagi zalim seperti itu. Dan tidak mungkin juga ada
rakyat yang sedungu itu dalam dunia ini yang sentiasa menyokong pemerintah
mereka sehingga bergadai nyawa, sedang raja sedikit pun tidak terluka.
Hari ini dalam situasi negara bernama Malaysia,
warisan dari Tanah Melayu atau Semenanjung Emas, jika kisah lagenda Singapura
Dilanggar Todak dikaji semula dalam makmal sejarah dan politik; maka kisah
tersebut mempunyai kekuatan untuk dipercayai.
Kewujudan aspek pemerintah yang mementingkan
kuasa, takut kehilangan kuasa, memperbodohkan rakyat, mendera rakyat di saat
kritikal, setia menerima sokongan dari segolongan rakyat sekalipun
diperbodohkan dan dizalimi, mengajak rakyat memusuhi pihak yang cerdik serta
membela mereka; betul-betul menepati watak kerajaan yang sedang memerintah
negara kini.
Hari ini kalangan yang cerdik hairan mengapa
kerajaan yang zalim terus diangkat dan disokong. Penderitaan rakyat hari ini
adalah angkara ketirisan, keborosan dan salahlaku kerajaan yang berlangsung
sekian lama. Sama ada yang tercatat mahupun yang tidak, sudah berbillion wang
rakyat hangus angkara para ‘penyamun tarbus’ yang memerintah negara antaranya skandal
PKFZ RM12 Bilion, skandal baikpulih kapal selam RM500 juta, skandal NFC RM250
juta, skandal Sime Darby RM964 juta, skandal Paya Indah Westland RM88 juta, skandal
duit hilang Pos Malaysia RM230 juta, pembaziran pembelian Eurocopter RM1 bilion,
stadium Terengganu runtuh RM292 juta, kos
baikpulih MRR2 RM70 juta, skandal Maybank untuk BII RM4 bilion, lukisan MAS
beli untuk pejabat Munir RM 1.5 juta, lebihan bayar Kementerian Belia dan Sukan
RM8.4 juta, Kompleks Sukan London -RM70 juta,
baikpulih MATRADE RM120 juta, pampasan jambatan bengkok RM257 juta.
Dan lagi kerugian menjual Augusta RM510 juta,
harga kapal selam RM4.1 bilion, limbungan kapal TLDM RM6.75 bilion, tukaran
asing Bank Negara 1990an RM30 Bilion, royalti minyak Terengganu dikebas 2004-2007
RM7.4 Bilion, skandal Perwaja Steel RM2.56 bilion, skandal Bank Islam RM700 juta,
Philharmonic Orchestra diwujudkan RM500 juta, skandal perkakas ICT sekolah
RM2.21 bilion, komisyen pembelian jet dan kapal selam untuk Perimeker Sdn Bhd
dan IMT Defence Sdn Bhd RM910 juta, pembaziran pembinaan Imigresen & Kuarantin
(CIQ) & Pembatalan jambatan Malaysia-Singapore RM1.3 bilion, embelian
dakwat kekal untuk PRU RM2.4 juta, pampasan tak perlu 20 syarikat lebuhraya
2006-08 RM38.5 bilion, suntikan untuk selamatkan LRT-Putra RM4.5 bilion, suntikan
untuk selamatkan LRT-Star RM3.3 bilion, subsidi Petronas sejak 1997 pada IPP
RM30 bilion, subsidi kerajaan kepada IPP RM17 bilion. Itu cuma angka-angka
popular yang ‘disensasikan’ oleh pihak pembangkang. Berkajang-kajang lgi
senarai yang tidak disensasikan.
Di saat rakyat tertekan dengan kenaikan harga
barang yang membebankan angkara salahtadbir kerajaan BN, segolongan rakyat
boleh ditipu dengan mudah oleh pemimpin kerajaan. Mereka ditipu dengan cerita
dongeng ‘guling kerajaan’. Berbondong-bondong menuju balai polis untuk memberi
reaksi terhadap dongengan tersebut sehingga melupakan bebanan yang sedang
menimpa rakyat termasuk diri mereka juga. Sampai diri sendiri terseksa, terus
juga nak sokong pemimpin kerajaan. Hidup melarat pun masih tidak sedar diri,
terus menyokong pihak yang buatkan mereka susah. Pelik.
No comments:
Post a Comment