Makin
hari makin bertambah jumlah para pemimpin politik dari pihak kerajaan yang
bercakap memperbodohkan rakyat. Dah jadi satu koleksi lawak jenaka yang
berenteran. Ada menteri yang bercakap, jika ayam mahal belilah daging atau
ayam. Ada menteri yang cadangkan jika tak setuju kenaikan harga tol, sila guna
jalan biasa tanpa tol. Waktu harga petrol naik mereka beritahu, sebenarnya
harga petrol tidak naik cuma subsidi dikurangkan. Waktu harga gula dinaikkan
mereka cakap, tujuannya supaya rakyat sihat tak kena penyakit kencing manis.
Dalam pilihanraya kecil Sungai Limau kerajaan BN anjurkan pula jualan gula
RM1.00 sekilogram. Memang hebat kelentong para pemimpin politik yang sedang
memerintah Malaysia. Kalau ditakdirkan mereka masuk program Rajalawak, tergugat
juga para pelawak sedia ada.
Terbaru,
bekas Naib Presiden UMNO yang pernah digantung keahlian kerana didakwa terbabit
rasuah dalam pemilihan parti itu, Tan Sri Isa Samad turut menambahkan koleksi
kenyataan jenaka berhubung isu tekanan kos hidup yang sedang melanda rakyat.
Katanya, kenaikan harga barang bukan salah Umno.
"Itu
kita tak boleh elak, nak marah pada Umno sebab apa, kalau marah pada Umno harga
tidak boleh turun... kos hidup (tidak boleh turun).
"Kita
minta masyarakat memahami kenapa kos ni naik, kenapa pengurangan subsidi itu
terpaksa kita buat, demi untuk menjaga keadaan ekonomi negara," katanya.
Begitulah
Umno. Waktu mendabik dada bahawa negara berjaya memacu pertumbuhan ekonomi dan
memberi pelbagai bantuan untuk rakyat; maka itu adalah jasa Umno. Tetapi
sewaktu rakyat terdera dengan bebanan kos hidup akibat kepincangan kerajaan
mengurus ekonomi negara, maka itu bukan salah Umno.
Umno
adalah parti yang mendominasi kerajaan yang memerintah. Tanpa Umno tiadalah
kerajaan Barisan Nasional. Mereka yang mencipta politik mentadbir negara.
Mereka yang membangunkan negara dan mereka juga yang menghancurkannya.
Janganlah yang baik-baik sahaja dari Umno manakala yang buruk bukan dari Umno.
Kenaikan
harga barangan dan perkhidmatan adalah kesan daripada tindakan kerajaan
menaikkan harga minyak, gula, kadar tol, tarif elektrik, cukai pintu dan
sebagainya. Semua itu membabitkan kos asas pengeluaran barangan. Peniaga
terpaksa menaikkan harga barangan apabila kos pengeluaran bertambah.
Mengapa
kerajaan ‘terpaksa’ mengurangkan subsidi ke atas barangan tertentu? Kononnya
kerana mahu menggunakan wang untuk menguruskan negara. Itu cuma alasan yang
direka-reka. Sebenarnya hasil mahsul kekayaan negeri sudah cukup untuk menguruskan
negara tetapi ia menjadi tidak cukup apabila negara diurus oleh pemboros wang
rakyat. Perbelanjaan negara juga terpaksa menggunakan peruntukan yang besar
untuk membayar kos tidak perlu kepada para ‘penyamun’ berlesen yang sudah
berakar umbi dalam pemerintahan. Sama ada projek perlu dibuat dengan kos yang
berkali ganda lebih tinggi dari kos yang munasabah, atau projek mewah tidak
perlu yang sengaja dibuat untuk diagihkan kepada kroni; semuanya menggasak wang
rakyat dalam jumlah yang sangat besar.
Setiap
tahun Ketua Audit Negara dedahkan ketirisan yang berlaku namun para pemimpin
Umno yang memerintah kelihatan tidak mahu membetulkan penyelewengan. Tahun
berikutnya ada lagi pendedan baru. Begitulah berlaku saban tahun kehilangan
wang negara akibat diurus oleh sebuah kerajaan yang tiada integriti.
Antara
ketirisan juga ialah apabila BN menggunakan wang rakyat untuk memenangi
pilihanraya umum. Penganalisis politik terkemuka yang melakukan kajian terhadap
perjalanan politik Malaysia, Dr Bridget Welsh membuat penilaian bahawa BN
menggunakan sebanyak RM2 billion untuk kempen mereka. Itu cuma satu contoh
ketirisan wang negara.
Belum
kira pembaziran yang dibuat oleh Perdana Menteri, isteri, para menteri dan
lain-lain. Sudah puas pemimpin Pakatan mendedahkan di pentas ceramah, namun
mereka selamba saja menonjolkan wajah tidak bersalah. Kadangkala makin mendapat
tempat pula dalam kerajaan atau Umno. Sharizat Jalil di mana keluarganya
terbabit menjahanamkan RM250 juta wang rakyat terus diberikan mandat memimpin
wanita parti rasuah itu.
Ketirisan
keseluruhan wang rakyat ini dianggarkan RM30 billion setahun. Jumlah sebesar
itu boleh diguna untuk mengurus negeri Perlis lebih dari setengah abad.
Kononnya
penarikan subsidi untuk salur duit kepada pembangunan, soalnya mengapa subsidi
orang awam saja yang ditarik? Misalnya dalam isu penarikan subsidi bekalan
elektrik, mengapa pemberian subsidi kepada penjana tenaga bebas (IPP) sebanyak
RM19 bilion setahun tidak ditarik?
Umno
memerintah Malaysia sudah terlalu lama. Kesan negatifnya ialah hilang keyakinan
pihak luar terhadap sistem ekonomi Malaysia, akibat imej rasuah. Ranking indeks
rasuah Malaysia tidak pernah baik, sentiasa corot. Kerajaan yang ada ternyata
gagal menguruskan ekonomi negara dengan baik. Ia menyumbang kepada kejatuhan
nilai matawang Ringgit.
Sejak
dilanda kegawatan ekonomi pada tahun 1997, nilai mata wang Malaysia telah
terjunam. Peniaga negara kita terpaksa mengimport pelbagai
barangan dari luar negara dengan mata wang asing, mereka mengguna Dolar US. Walaupun harga barangan tertentu tidak
mengalami kenaikan harga di pasaran antarabangsa tetapi rakyat kita terpaksa
menanggung kos yang tinggi akibat nilai mata wang Malaysia yang rendah. Barangan keperluan terpaksa diimport juga
dari negara luar, maka harganya menjadi tinggi.
Semua
itu adalah kegagalan kerajaan yang didominasi Umno. Maknanya kelemahan kerajaan
Umno itulah yang jadi punca terhadap kenaikan harga barang. Takkan tak mahu
mengaku lagi?!
No comments:
Post a Comment