Sunday, August 10, 2014

"Wahai orang PAS, bertawadhuklah sikit..."




Masih terngiang-ngiang kata-kata Almarhum Ustaz Hasan Shukri, bekas Naib Presiden PAS, sewaktu menemani beliau pergi merasmikan mesyuarat agung sebuah kawasan di Perak. “Ahli PAS ni perlu ditekankan dengan ilmu tasawwuf, persoalan sifat-sifat mazmumah dan mahmudah supaya masing-masing ada sifat tawadhuk sikit,” katanya.

(Almarhum Ustaz Hassan Shukri)

Ketika itu saya baru menyertai Harakah, tahun 1988. Berlaku sedikit ‘ribut dalam cawan’ dalam Jabatan Penerangan PAS yang dipimpin oleh Ustaz Nakhaie Ahmad yang menjadi Naib Yang Dipertua PAS ketika itu. Ustaz Hassan membayangkan bahawa pergolakan dalaman itu lebih diburukkan oleh tiadanya sifat mahmudah dalam diri sebahagian individu terbabit. Mungkin masing-masing hanya memacu ego, tiada rasa tawadhuk dan hilang sifat memaafkan. Dalam peristiwa ‘ribut’ itu Ustaz Nakhaie keluar dari PAS dan akhirnya menyertai Umno. Beberapa rakan saya turut mengikut jejak langkah Nakhaie, antaranya Saifudin Nasution, Puad Zarkashi, Zulkifli Ahmad (bekas Presiden MISG), Che Johan Che Pa dan beberapa orang lagi.

Semua orang mengenali Ustaz Hassan adalah seorang yang semahunya cuba untuk tidak terbabit dalam apa saja konflik dalaman parti. Walaupun ada yang menuduhnya cuba ‘play safe’, hakikatnya beliau adalah tokoh pendamai dalam parti.

Apa yang dicetuskan Ustaz Hassan bahawa pentingnya tarbiyah PAS menekankan perihal menanam sifat-sifat mahmudah (terpuji) dalam diri serta menjauhkan sifat mazmuzah (tercela), merupakan kaedah pencegahan terbaik terhadap tercetusnya konflik dalaman parti.

Ilmu tasawuf ialah ilmu yang menyuluh perjalanan seseorang mukmin dalam membersihkan hati dengan sifat-sifat mahmudah serentak itu menjauhkan diri dari sifat mazmumah. Ia juga bertujuan mendidik nafsu dan akal supaya sentiasa berada dalam landasan dan peraturan hukum syariat Islam yang sebenar. 

Imam Al-Ghazali r.a. telah menggariskan sepuluh sifat mahmudah dalam kitab 'Arbain Fi Usuluddin' iaitu redha, mahabbah, sabar, ikhlas, taubat, takut, zuhud, syukur, tawakkal dan mengingati mati. Manakala 10 sifat tercela pula ialah marah, hasad, banyak bercakap, bangga diri, cinta kemegahan, cinta dunia, ujub, riyak, bakhil dan banyak makan.

Sewaktu Ustaz Hassan menekankan perlunya ahli PAS mendalami ilmu tasawuf, konflik dalaman PAS hanya sekelumit. Telefon bimbit pun belum muncul ketika itu. Ustaz Hassan sudah merasai kebimbangannya.

Hari ini cabaran dalam jamaah tentu lebih kompleks. Apa saja isu akan disemarakkan melalui media maya yang tiada batasan sempadan. Semua orang boleh bercakap apa sahaja, di mana sahaja tanpa perlu mengukur status dirinya siapa.

Apabila membuka saja paparan media sosial maka segala sifat tercela juga terpapar di situ. Sifat angkuh, ego, sombong, marah, hasad semuanya terpancar dengan jelas. Langsung tiada sifat tawadhuk. Ahli-ahli biasa boleh menghentam pemimpin parti di semua peringkat tanpa batasan akhlak. Sindiran, kutukan dan penghinaan kadangkala di luar batas pemikiran yang rasional. Mereka dibelasah tanpa belas kasihan. 

Berperang sesama sendiri usah dikira, bahasa yang terpancul semuanya ‘menakutkan.’ Kelihatannya seolah-olah Islam yang kita terima hari ini tidak sempurna kerana tiada penekanan akhlak. Jumlah anggota parti seperti itu mungkin masih di paras monoriti tetapi mereka sangat bermaharajalela di alam maya. Saya tidak merujuk kepada mana-mana ‘kumpulan’, sama sahaja pendokong dari pandangan mana pun. Macam kata pepatah kita, ‘2x5’, ‘5x2’.

Jika penekanan tasawuf ada dalam diri masing-masing, rasanya perbezaan sikap dan pandangan tidaklah ditangani dengan begitu gelojoh dan buruk. Kalau ada sifat tawadhuk, tahu menghormati manusia, tidak ego dengan pendirian sendiri maka suasana tidaklah seburuk itu. Kalau masing-masing ada sifat mengingati mati sekurang-kurang setiap patah perkataan yang mahu dilontarkan akan difikirkan akibatnya pada alam selepas mati nanti.

Akibat memacu rasa marah dan dendam kesumat juga semua perkara hendak dilondehkan di alam maya. Biar semua orang tahu, sekalipun akibatnya akan menempelak parti sendiri. Pihak yang hilang sabar akan mendedahkan pula. Maka berlakulah pertandingan dedah mendedah, sehingga masing-masing terbabit berdiri bogel di hadapan orang ramai yang sentiasa menyaksikannya.

Betul, zaman ini maklumat akan melanda tanpa batas sempadan, namun batas akhlak dan prinsip kerahsiaan dalam jamaah masih wajib dipatuhi kerana tiada nas yang memansuhkannya. Tidak semua perbincangan parti boleh dibuat secara terbuka atas nama ketelusan.

Zalim ialah meletakkan sesuatu pada tempat yang salah. Itu yang kita semua faham dari penjelasan para alim ulamak. Asas sesuatu perbuatan itu boleh jadi harus tetapi bila dilakukan pada tempat, situasi atau ketika yang salah maka ia jadi zalim. Berbincang masalah dalaman parti sesama orang yang berkepentingan dan layak sahaja adalah kerja mulia. Maka berbincang isu dalaman parti secara terbuka di alam maya adalah perbuatan yang tidak mengikut peraturan. Ia zalim! Lebih-lebih lagi bila nafsu marah dan ego menguasai diri. Mana boleh isu dalaman boleh diikuti oleh semua orang termasuk musuh. Akibatnya jamaah akan lemah atau boleh dilemahkan, lalu akan berpecah.

Sedih sungguh meyaksikan situasi seperti ini mutakhir ini. Semuanya gara-gara asas penghayatan tasawuf dalam diri sudah tidak ditekankan. Elok kalau penekanan Almarhum Ustaz Hassan Shukri diberi perhatian semula.


1 comment:

  1. Saya sangat bersyukur atas rahmat yg diberikan kepada saya dibulan ini karna alhamdulillah melalui MBAH RAWAIRE saya sekaran sudah bisa sukses atas nomor yg diberikan kepada saya dan saya yg dulunya cuma seorang TKW dari singapur yg gajinya tidak pernah mencukupi kebutuhan keluarga saya dikampun dan alhamdulillah berkat bantuan MBAH RAWAIRE kini saya sudah bisa pulang kampun,saya bersama keluarga dikampun sudah punya usaha sendiri dan saya tidak pernah menyanka kalau saya bisah seperti ini,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH RAWAIRE di nomor 085-316-106-111...karna alhamdulillah saya menan nomor togel dari MBAH dan kalau uang indonesia 750 juta,,ini bukan rekayasa dari saya dari IBU RISKA.untuk lebih lenkapnya silahkan buka SITUS MBAH RAWAIRE












    Saya sangat bersyukur atas rahmat yg diberikan kepada saya dibulan ini karna alhamdulillah melalui MBAH RAWAIRE saya sekaran sudah bisa sukses atas nomor yg diberikan kepada saya dan saya yg dulunya cuma seorang TKW dari singapur yg gajinya tidak pernah mencukupi kebutuhan keluarga saya dikampun dan alhamdulillah berkat bantuan MBAH RAWAIRE kini saya sudah bisa pulang kampun,saya bersama keluarga dikampun sudah punya usaha sendiri dan saya tidak pernah menyanka kalau saya bisah seperti ini,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH RAWAIRE di nomor 085-316-106-111...karna alhamdulillah saya menan nomor togel dari MBAH dan kalau uang indonesia 750 juta,,ini bukan rekayasa dari saya dari IBU RISKA.untuk lebih lenkapnya silahkan buka SITUS MBAH RAWAIRE

    ReplyDelete