Berita panas dari Kedah minggu ini ialah apabila
seorang pejuang maya pro BN, ditangkap polis kerana didakwa membuat ugutan
untuk membunuh Menteri Besar Kedah, Datuk Paduka Mukhriz Mahathir dan juga kepada
Setiausaha Sulit Sultan Kedah Dato’ Paduka Syed Unan Mashri Syed Abdulah.
Blogger berusia 37 tahun itu sebelum
ini dikesan membuat ugutan bunuh itu melalui laman Facebook menggunakan akaun
'Padi Jantn'. Pihak polis berjaya mendapat perintah tahanan reman untuk beliau.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya
berkata, siasatan dibuat adalah susulan dari lebih 20 laporan polis dibuat
pelbagai pihak menggesa supaya tindakan tegas diambil terhadap individu
terbabit.
Padi Jantn bukanlah nama asing lagi
dalam dunia maya politik. Laman tersebut (Facebook dan blog) sangat aktif
menghentam dan memfitnah kerajaan Pakatan Rakyat Kedah. Laman itu seringkali
menyiarkan foto-foto menghina pemimpin kerajaan Pakatan yang diedit, khususnya
Almarhum Ustaz Azizan Razak. Padi Jantn dikatakan ‘keybord warrior’ BN yang
berbayar.
Cuma akhir-akhir ini Padi Jantn membuat
kejutan apabila tiba-tiba serangannya berubah haluan; kali ini mengkritik
kerajaan negeri Kedah pimpinan Mukhriz Mahathir secara terbuka. Isunya adalah
isu lama, iaitu Madrasah Salihiah. Kalau dahulu Padi Jantn mengkritik Ustaz
Azizan tetapi kali ini ini serangan dihalakan kepada Mukhriz, sebab yang
memimpin kerajaan sekarang ialah Mukhriz. Lebih-lebih lagi sewaktu jadi pembangkang
dahulu, Mukhrizlah yang paling lantang memperjuangkan agar surau tersebut
dikekalkan di situ. Beliau pernah berkampung di situ bersama Perkasa demi
mempertahankan tanah wakaf tersebut. Apabila dapat jawatan Menteri Besar,
perjuangan tanah wakaf pun nampaknya berakhir.
Isu
Madrasah Salihiah, yang terletak di Bandaraya Alor Setar diroboh untuk
pembangunan menyeluruh kompleks Aman Central panas di zaman Ustaz Azizan
apabila BN menjadikannya isu rasis untuk membakar sentimen Melayu.
Media
BN kala itu hanya melapor madrasah itu akan dirobohkan untuk dibuat kompleks
perniagaan tetapi tidak melaporkan tentang surau baru lebih besar yang akan
dibina di tempat tersebut di samping pampasan RM1.48 juta untuk membina wakaf
baharu di tempat lain yang lebih besar manfaatnya. Ertinya roboh satu surau
dapat dua surau yang lebih besar.
Media
BN memberitahu, bangunan itu mempunyai nilai sejarah kerana berusia 100 tahun
tetapi surau yang kononnya berusia 100 tahun itu telah dirobohkan di zaman BN
memerintah Kedah.
Media
BN menceritakan seolah-olah keputusan merobohkan madrasah hanya berdasarkan
‘fatwa’ yang dibuat oleh Ustaz Azizan seorang. Mereka menggelapkan sama sekali
peranan besar Mufti dan Majlis Fatwa Negeri Kedah yang bermuzakarah secara
mendalam sebelum memutuskan keharusan madrasah dirobohkan. Perangai hodoh media
BN tidak pernah berubah dalam kerja menggelapkan berita serta melaporkan
sesuatu perkara secara tidak adil.
Ahli
Majlis Fatwa yang menyetujui penggantian madrasah wakaf itu adalah Dato’ Sheikh
Baderuddin Haji Ahmad (Mufti yang juga Pengerusi), Dato' Mursyid Diraja Dato'
Paduka (Dr) Syeikh Abd. Majid Bin Mohd. Noor (Universiti Al-Azhar Mesir,
Universiti Ain As-Syam, Mesir), Dato' Wira Syeikh Yahya Bin Hj Jusoh
(Universiti Al-Azhar Mesir (Ijazah Sarjana Muda (BA) Syariah), Universiti Islam
Antarabangsa (Diploma Undang-undang Pentadbiran dan Kehakiman), Dato' Syeikh
Abdul Razak Bin Haji Mohd Yusof (Universiti Ain Syam, Kaherah, Mesir (Diploma
Pendidikan), Dato' Syeikh Abd. Hamid Bin Md. Tahir (Universiti Al-Azhar Mesir
(Ijazah BA Syariah Dan Undang-undang) Jayyid (Diploma Pendidikan), Tuan Syeikh
Abdul Rahman Bin Abu Bakar (Universiti Ein Syams, Mesir (Diploma Pendidikan)
Universiti Al-Malik Saud, Riyadh, Universiti Kebangsaan Malaysia (Sarjana Pendidikan
(M.Ed)), Prof. Madya Dr. Haji Abdul Aziz Bin Hj Hanafi (Universiti Al-Azhar
Mesir, Ijazah sarjana (MA) Syariah, Doktor Falsafah (Ph.D) dalam Jurusan
Syariah Politik Islam/Ekonomi Islam, Tuan Syeikh Marwazi Bin Dziyauddin,
Universiti Al-Azhar Mesir - Ijazah Sarjana Muda (Syariah), Universiti Malaya -
Ijazah Sarjana (Syariah) Fiqh dan Usul Fiqh dan Tuan Syeikh Aminudin Bin Hj Abd
Rahim (Universiti Al-Azhar Mesir - Sarjana Muda (BA) Syariah).
Itu
sedutan catatan terdahulu yang menyebabkan kerajaan BN Kedah kini selesa untuk
meneruskan projek Aman Central sekalipun untuk sejurus waktu mereka berjaya
menipu orang Melayu/Islam di negeri ini berhubung isu tersebut.
Berbalik kepada isu tangkapan terhadap
pemilik akaun FB dan blog Padi Jantn. Apa yang menjadi persoalan ialah laporan
polis yang dibuat oleh pihak Umno dan Perkasa berhubung ugutan terhadap Mukhriz
tersebut adalah terhadap ‘Muhamad Taufik’ yang dinamakan sebagai pemilik akaun
FB Padi Jantn. Lalu individu tersebut yang ditahan oleh pihak polis.
Mengapa isu Madrasah Salihiah itu
menjadi begitu besar sehingga Menteri Besar diugut untuk dibunuh? Tun Mahathir
yang mengulas isu tersebut sendiri tidak yakin dengan ugutan bunuh itu.
Baginya, orang Malaysia tidak seganas itu.
Lagipun, kalau betul seseorang nak
membunuh dia tak akan buat ugutan terbuka. Besar kemungkinan itu kerja orang
yang gilakan publisiti atau cuma ‘mahukan sesuatu’. Yang jadi hero dalam isu ini pula ialah Mukhriz. Sudah
setaraf dengan presiden Amerika yang sering jadi sasaran pembunuh.
Akhirnya isu
ini akan jadi bahan lawak jenaka sahaja.
Saya sangat bersyukur atas rahmat yg diberikan kepada saya dibulan ini karna alhamdulillah melalui MBAH RAWAIRE saya sekaran sudah bisa sukses atas nomor yg diberikan kepada saya dan saya yg dulunya cuma seorang TKW dari singapur yg gajinya tidak pernah mencukupi kebutuhan keluarga saya dikampun dan alhamdulillah berkat bantuan MBAH RAWAIRE kini saya sudah bisa pulang kampun,saya bersama keluarga dikampun sudah punya usaha sendiri dan saya tidak pernah menyanka kalau saya bisah seperti ini,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH RAWAIRE di nomor 085-316-106-111...karna alhamdulillah saya menan nomor togel dari MBAH dan kalau uang indonesia 750 juta,,ini bukan rekayasa dari saya dari IBU RISKA.untuk lebih lenkapnya silahkan buka SITUS MBAH RAWAIRE
ReplyDeleteSaya sangat bersyukur atas rahmat yg diberikan kepada saya dibulan ini karna alhamdulillah melalui MBAH RAWAIRE saya sekaran sudah bisa sukses atas nomor yg diberikan kepada saya dan saya yg dulunya cuma seorang TKW dari singapur yg gajinya tidak pernah mencukupi kebutuhan keluarga saya dikampun dan alhamdulillah berkat bantuan MBAH RAWAIRE kini saya sudah bisa pulang kampun,saya bersama keluarga dikampun sudah punya usaha sendiri dan saya tidak pernah menyanka kalau saya bisah seperti ini,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH RAWAIRE di nomor 085-316-106-111...karna alhamdulillah saya menan nomor togel dari MBAH dan kalau uang indonesia 750 juta,,ini bukan rekayasa dari saya dari IBU RISKA.untuk lebih lenkapnya silahkan buka SITUS MBAH RAWAIRE