Pelik... ada orang hentam Harakah, tanpa membacanya
(Foto Presiden di Turki, ehsan Harakah)
Era langit tanpa sempadan ini, sangat mudah
untuk menyalurkan pandangan peribadi. Bermula dari muhasabah yang tulus ikhlas,
hinggakan kritikan bersulam keegoan seteruslah kepada maki hamun dan sumpah
seranah semuanya boleh didapati di alam maya atas apa jua isu.
Lidah rasmi PAS, Harakah, sekali lagi menjadi
sasaran serangan dari kalangan yang tidak berpuashati apabila organ parti ini
menyiarkan rencana yang menyebut ‘Lotfi (bekas ahli PAS dari Kedah) menyertai
kumpulan militan dalam konflik bersenjata menentang pemerintahan Syria…’ Mereka
marahkan Harakah kerana menuduhnya militan. Persepsi yang tertanam kukuh di
kalangan rata-rata rakyat Malaysia, militan adalah kumpulan pengganas. Justeru
orang yang berjihad tidak layak dicop militan.
Typical pihak yang cuba melakukan provokasi
ialah mengaitkan subjek kemarahan dengan aspek yang ditolak ramai. Suatu masa
dahulu, mana-mana tokoh yang cuba disingkirkan dari kepimpinan utama Pakatan
Rakyat oleh pihak tertentu akan dicop sebagai ‘alat Umno’ atau ‘Umno’; strategi
untuk memudahkan kerja penyingkiran. Begitulah dalam isu ini, tiba-tiba Harakah
dituduh mempunyai dalang Syiah di belakangnya. Tuduhan ini bukan kali pertama
dilontar, namun sejak tuduhan liar itu mula tercetus di muktamar PAS suatu masa
dahulu hingga kini; belum ada ahli lembaga pengarah Harakah mahupun
kakitangannya yang bersolat berlapikkan batu.
Melalui tulisan Abu Firdaus, Harakah
menyiarkan takrifan militan secara panjang lebar dalam keluaran berikutnya. Secara
mudah difahami, militan ialah pasukan bersenjata bukan kerajaan yang berjuang
untuk sesuatu tujuan. Militant berasal dari kata akar military iaitu
ketenteraan. Militan tidak semestinya pengganas (terrorist) tetapi pengganas
semestinya militan.
Konflik takrifan itu tercetus akibat terlalu
lama umat Islam di negara ini dipesongkan dengan kefahaman militan adalah
pengganas oleh media-media utama negara. Juga media antarabangsa. Mereka telah
berjaya membentuk persepsi. Selepas Harakah menyiarkan penjelasan maksud
militan yang sebenar, maka terpulanglah kepada golongan tersebut sama ada mahu
meyakini Harakah atau ‘beriman’ dengan akhbar Utusan. Hakikatnya isu tersebut
terlalu remeh untuk dijadikan bahan konflik.
Pandangan dan berita Presiden agak sepi dalam Harakah hanya berlaku dalam masa sebulan terakhir ini apabila beliau sakit. Beliau dinasihatkan doktor untuk berehat. Sepanjang Ramadhan semua aktiviti rasminya di seluruh negara dibatalkan. Hormatilah sama privacy pemimpin. Ramai pemimpin politik dan dunia merahsiakan status kesihatan tidak baik pemimpin mereka. Bagi mereka berita pemimpin sakit adalah negatif pada persepsi rakyat. Namun Harakah tetap hormati hak ahli-ahli yang ingin mengetahui keadaan pemimpin kesayangan mereka.
(Jangan buat fitnah Harakah tak lapor status kesihatan Presiden, siap muka hadapan lagi)
Kritikan terhadap Harakah juga dikaitkan
dengan (kononnya) harakah tidak menyiarkan pandangan Presiden berhubung isu
Syria, Iraq, Palestine serta dunia antarabangsa, khususnya sewaktu menyertai persidangan
anjuran Economic and Social Researches Center di Turki. Juga kononnya Harakah tidak melaporkan berita kesihatan
Presiden sewaktu di sana. Termangu dibuatnya apabila membaca semua tuduhan itu,
sebab ianya tidak benar sama sekali. Terbukti pihak yang membuat tuduhan ini
tidak membaca Harakah!
Semua kenyataan Presiden berhubung
pergolakan dunia disiarkan secara terang dan jelas dalam Harakah. Hampir tiada
isu yang tidak disentuh oleh beliau, termasuk isu di Syria. Harakah melaporkan, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
membuat penegasan bahawa PAS bersama dengan gerakan Islam di seluruh
dunia bagi mengutuk segala bentuk kekejaman dan kezaliman yang berlaku di
Syria.
Kebimbangan Barat terhadap aspek kemanusiaan di
Syria dan negara-negara umat Islam sebenarnya hanyalah helah mereka untuk
mengembangkan pengaruh 'hegemoni' mereka di situ. Adalah jelas mereka kini
'melindungi cita-cita hegemoni' dan 'pecah dan perintah’ untuk menguasai Syria
di sebalik sikap anti-Assad serta 'ingin membantu' mereka. Sebab itu Presiden tak bersetuju ahli PAS
pergi mengangkat senjata di Syria kerana akhirnya hanya menjayakan cita-cita
Amerika menjayakan cita-citanya memecah-belahkan umat Islam.
(Ucapan Presiden sewaktu persidangan di Turki dilaporkan oleh Dr Syed Azman dalam Harakah... bukan dalam Utusan, kenapa tak baca?)
Kata Ustaz Abdul Hadi, seperti dilaporkan Harakah, Amerika yang menjadi rakan strategik Israel akan melindungi negara haram tersebut daripada sebarang gerakan yang dianggap ancaman kepada keselamatan Israel khususnya dalam berdepan dengan Islam. Mereka juga bermatlamat bagi menekan, melemah dan menghapuskan gerakan kebangkitan seperti Hamas, Jihad Islami (daripada Sunni) dan Hizbullah (daripada Syiah). Mengapa Presiden turut menyebut Hizbullah? Huraian terhadap Hizbullah dan Syiah juga dibuat secara panjang lebar oleh Presiden dalam tulisannya yang disiarkan oleh Harakah tahun lalu lalu.
Kata Ustaz Abdul Hadi, seperti dilaporkan Harakah, Amerika yang menjadi rakan strategik Israel akan melindungi negara haram tersebut daripada sebarang gerakan yang dianggap ancaman kepada keselamatan Israel khususnya dalam berdepan dengan Islam. Mereka juga bermatlamat bagi menekan, melemah dan menghapuskan gerakan kebangkitan seperti Hamas, Jihad Islami (daripada Sunni) dan Hizbullah (daripada Syiah). Mengapa Presiden turut menyebut Hizbullah? Huraian terhadap Hizbullah dan Syiah juga dibuat secara panjang lebar oleh Presiden dalam tulisannya yang disiarkan oleh Harakah tahun lalu lalu.
Saya
ingin memetik sedikit dari sikap dan pandangan Presiden itu yang disiarkan oleh
Harakah pada tahun 2013:
Saya telah menulis
satu kajian terperinci khusus kepada ahli-ahli PAS dan semua pihak yang ingin
tahu. Kajian itu bertajuk: "Mazhab-Mazhab dan Firqah dalam Islam"
(edisi tulisan jawi ) dan "Ensaiklopedia Mazhab dan Ideologi" (edisi
rumi), dengan merujuk kepada sumber-sember ulama terdahulu dan terkini.
Para ulama telah
menyenaraikan mazhab-mazhab yang keluar daripada agama Islam dan mazhab yang
masih dianggap penganut Islam, kerana masih berpegang dengan rukun-rukun asas
dalam perkara iman dan Islam walau pun salah ijtihadnya.
Mereka membilangkan
dua mazhab dalam Syiah, iaitu Imamiyyah dan Zaidiyyah, dan satu mazhab dalam
Khawarij iaitu ‘Ibadiyyah dimasukkan dalam kategori umat Islam.
Para ulama zaman
dahulu dan kini meletakkan mazhab-mazhab ini dalam kajian feqah muqaran
(perbandingan) dan disebut juga dalam kitab-kitab tafsir dan hadis.
Sehingga
kini penganut mazhab ini diizinkan menunaikan ibadat haji di Makkah bersama
seluruh umat Islam yang datang dari seluruh pelosok dunia, walaupun mengikut
cara mazhabnya.
(Cukup
hanya petikan, tulisan penuh carilah sendiri… jangan malas mencari dan membaca)
Sikap
Presiden itu tidak bermakna dia seorang Syiah. Jika Harakah mengambil sikap
yang sama dengan Presiden tidak menjadikan Harakah sebagai akhbar anti Syiah
secara membuta tuli, maka tidak bermakna Harakah didalangi Syiah!
Punca kemarahan kaki racau terhadap Harakah
mungkin bukan itu semua. Bukan kerana kononnya PAS ketepikan Presiden tetapi
kerana mereka yang tidak bersetuju dengan sikap Presiden lalu jadikan Harakah
sebagai sasaran. Ianya berkaitan sikap Presiden PAS sekembalinya dari Turki
secara tegas menolak ahli-ahlinya yang menyertai perjuangan bersenjata di Iraq
dan Syria.
“PAS tidak bersetuju dengan pendekatan yang berlaku di Syria dan Iraq
yang mengambil cara perang untuk menyelesaikan masalah dalaman negara umat
Islam. Ianya juga bercanggah dengan konsep jihad dalam al-Quran dan Sunnah yang
diamalkan oleh para Khulafa' di sepanjang zaman.
"Sekiranya didapati ada (terlibat kumpulan radikal), maka kita tidak teragak-agak akan mengambil tindakan dengan memecat
mereka daripada keahlian PAS," ujar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru
Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan.
Kalau
tak setuju dengan Presiden dan parti kerana larang ahlinya pergi berperang di
Syria dan Iraq, keluar saja parti dan dan pergilah berperang di sana. Syahid
atau tidak hanya Allah yang maha mengetahui tapi dengarlah sejenak pesanan
Presiden ini… Ini pun ada dalam Harakah, yang penting baca. Jangan kritik
tanpa membaca!
Adapun jihad terkini yang disytiharkan oleh kalangan yang betapa tinggi semangat jihadnya digambarkan dengan wajah yang buruk terhadap Islam oleh kawan dan lebih lagi lawan. Adakah kerana semangat tanpa feqah yang boleh ditembusi oleh bisikan syaitan yang merosakkan amal dan orang yang beramal. Kalau syaitan boleh masuk ke dalam hati dan saf mereka yang sedang solat berjamaah, maka syaitan lebih mudah masuk kedalam saf mareka yang berjihad tanpa feqahnya.
Contoh yang nyata kepada wajah umat Islam terkini ialah apabila mereka melontar jumrah di musim haji. Umat Islam dahulu melontar memgikut sunnah dengan feqah hajinya, menggunakan batu sebesar hujung jari dengan semangat melontar syaitan. Kini ada jamaah haji yang melontar kawan sendiri dengan batu besar dan kasut kerana hajinya tidak ada feqah. Maka kalau berjihad tanpa mendalami Feqahnya menerima padah amaran Rasulullah S.A.W. yang membunuh dan dibunuh kedua-duanya masuk neraka, bukannya mati syahid.
Percayalah bahawa jihad tetap wajib sehingga hari kiamat, berilmu adalah wajib disertakan dengan feqahnya bagi mensahihkan amal yang wajib. Benarlah bahawa syaitan lebih mudah menggoda seratus orang lebai yang jahil daripada seorang yang berilmu. Paling bodoh ialah orang merasakan dirinya sudah cukup berilmu segala-galanya.
Contoh yang nyata kepada wajah umat Islam terkini ialah apabila mereka melontar jumrah di musim haji. Umat Islam dahulu melontar memgikut sunnah dengan feqah hajinya, menggunakan batu sebesar hujung jari dengan semangat melontar syaitan. Kini ada jamaah haji yang melontar kawan sendiri dengan batu besar dan kasut kerana hajinya tidak ada feqah. Maka kalau berjihad tanpa mendalami Feqahnya menerima padah amaran Rasulullah S.A.W. yang membunuh dan dibunuh kedua-duanya masuk neraka, bukannya mati syahid.
Percayalah bahawa jihad tetap wajib sehingga hari kiamat, berilmu adalah wajib disertakan dengan feqahnya bagi mensahihkan amal yang wajib. Benarlah bahawa syaitan lebih mudah menggoda seratus orang lebai yang jahil daripada seorang yang berilmu. Paling bodoh ialah orang merasakan dirinya sudah cukup berilmu segala-galanya.
Saya sangat bersyukur atas rahmat yg diberikan kepada saya dibulan ini karna alhamdulillah melalui MBAH RAWAIRE saya sekaran sudah bisa sukses atas nomor yg diberikan kepada saya dan saya yg dulunya cuma seorang TKW dari singapur yg gajinya tidak pernah mencukupi kebutuhan keluarga saya dikampun dan alhamdulillah berkat bantuan MBAH RAWAIRE kini saya sudah bisa pulang kampun,saya bersama keluarga dikampun sudah punya usaha sendiri dan saya tidak pernah menyanka kalau saya bisah seperti ini,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH RAWAIRE di nomor 085-316-106-111...karna alhamdulillah saya menan nomor togel dari MBAH dan kalau uang indonesia 750 juta,,ini bukan rekayasa dari saya dari IBU RISKA.untuk lebih lenkapnya silahkan buka SITUS MBAH RAWAIRE
ReplyDeleteSaya sangat bersyukur atas rahmat yg diberikan kepada saya dibulan ini karna alhamdulillah melalui MBAH RAWAIRE saya sekaran sudah bisa sukses atas nomor yg diberikan kepada saya dan saya yg dulunya cuma seorang TKW dari singapur yg gajinya tidak pernah mencukupi kebutuhan keluarga saya dikampun dan alhamdulillah berkat bantuan MBAH RAWAIRE kini saya sudah bisa pulang kampun,saya bersama keluarga dikampun sudah punya usaha sendiri dan saya tidak pernah menyanka kalau saya bisah seperti ini,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH RAWAIRE di nomor 085-316-106-111...karna alhamdulillah saya menan nomor togel dari MBAH dan kalau uang indonesia 750 juta,,ini bukan rekayasa dari saya dari IBU RISKA.untuk lebih lenkapnya silahkan buka SITUS MBAH RAWAIRE
saya PAK SLEMET posisi sekarang di malaysia
ReplyDeletebekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
sempat saya putus asah dan secara kebetulan
saya buka FB ada seseorng berkomentar
tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
karna di malaysia ada pemasangan
jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
saya minta angka sama AKI NAWE
angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
terima kasih banyak AKI
kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
tak ada salahnya anda coba
karna prediksi AKI tidak perna meleset
saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan
saya PAK SLEMET posisi sekarang di malaysia
bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
sempat saya putus asah dan secara kebetulan
saya buka FB ada seseorng berkomentar
tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
karna di malaysia ada pemasangan
jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
saya minta angka sama AKI NAWE
angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
terima kasih banyak AKI
kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
tak ada salahnya anda coba
karna prediksi AKI tidak perna meleset
saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan