Sunday, April 13, 2014

Wajah-wajah sekular tak boleh disembunyi

Tiada hukuman yang lebih ‘gila’ dari hukuman mati beramai-ramai terhadap penyokong Presiden Mesir yang digulingkan Dr. Mohamad Morsi. Mahkamah kudeta Mesir menghukum mati 529 orang itu setelah menjalani dua sesi prosiding iaitu hari Sabtu dan Isnin.

Fakta pelik dalam dakwaan tergesa-gesa ini ialah beberapa orang daripada mereka telah disahkan terkorban pada peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Medan Rabiatul Adawiyah. Mereka sudah mati sebelum diputuskan hukuman mati. Beberapa orang yang dihukum itu telah berada dalam tahanan politik sejak rampasan kuasa tentera lagi. Mereka telahpun di dalam penjara sebelum peristiwa yang dikaitkan dengan dakwaan berlaku.

Lima orang daripada mereka sudah dua tahun tinggal di luar negara dan tidak pernah pulang ke Mesir sejak rampasan kuasa Mesir berlaku. Mereka dituduh melakukan jenayah semasa ketiadaan mereka di Mesir. Fakta yang lebih lucu ialah 529 itu didakwa membunuh seorang anggota polis. Keputusan tersebut juga dikeluarkan tanpa mendengar hujah pihak pembela, yang mana ini merupakan hukuman mati terbesar dalam sejarah Mesir.

Keputusan yang dibuat ‘mahkamah kanggaroo’ Mesir itu adalah kehendak Israel. Sehari sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman, Israel mengarahkan kesemua kedutaannya di seluruh dunia dikosongkan. Mereka dapat menghidu kemarahan umat Islam.

Apabila golongan Islam dibantai oleh mana-mana regim yang zalim, maka kita akan dapat saksikan dengan jelas pihak yang akan bersama dengan puak yang zalim atau pihak Islam yang dizalimi. Sikap ini sama sekali sekali tidak dapat disembunyikan di sebalik insiden yang berlaku, walaupun pada waktu yang lain mereka berjaya ‘menonjolkan keIslaman’ dengan jubah dan telekung yang dikenakan sekali sekala.

Rangkaian kerajaan sekular atau golongan sekular tidak mungkin mengeluarkan kenyataan menyelar kezaliman yang dilakukan oleh rakan sekular mereka yang memusuhi gerakan Islam. Jangan harap kita dapat mendengar kecaman oleh kerajaan Malaysia, Indonesia, Bangladesh termasuk sebahagian besar kerajaan Arab yang menjadi pecacai Amerika Syarikat – dalam isu hukuman mati terhadap 529 penyokong Ikhwanul Muslimin itu.

Jika begitu sikap kerajaan sekular maka begitulah juga sikap para ulamak yang menjadi perngampu kerajaan sekular. Di Malaysia, jangan harap untuk mendengar barang sepatah kecaman yang dikeluarkan oleh para ulama pro pemerintah sekalipun mereka tahu bahawa bersekongkol dengan kezaliman itu juga adalah perbuatan zalim.

Sebaliknya rangkaian kumpulan atau kerajaan Islam sahaja yang istiqomah membantah kezaliman. PAS bersama seluruh gerakan Islam sedunia mengecam keras hukuman mati tersebut.  Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan tuduhan sebagai direka cipta.

“Kes ini melibatkan perbicaraan paling pantas dalam sejarah kehakiman moden dengan skala tertuduh sebegitu ramai bagi pertuduhan bunuh. Apa yang berlaku menunjukkan tatacara perbicaraan mahkamah dan peraturan undang-undang tidak dipatuhi.

“Kami menggesa agar demokrasi dan keamanan dipulihkan dengan menarik balik pengharaman Ikhwan Muslimin, sebuah organisasi politik yang telah mendokong dan menyertai piliharanya dalam sistem demokrasi di Mesir,” tegasnya.

Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan turut mengecam regim Assisi sambil menyindir pihak yang berdiam terhadap kezaliman kerajaan kudeta itu.

“Mereka yang menyebut kami 'diktator', harus melihat Mesir kini. Hukuman mati tidak sesuai dengan undang-undang hak asasi manusia dan peraturan Kesatuan Eropah. Lalu mengapa Eropah diam saja terhadap keputusan ini?” soalnya dengan tegas.

Para ulamak dunia yang tidak bersama golongan sekular juga turut mengecam. Syaikh Dr. Salman Al Audah memberi komentar terhadap hukuman tersebut dengan berkata, “Celakalah bagi mereka yang memberi alasan (keuzuran) kepada para thaghut dan penzalim!”

Syaikh Majid Al Ghamidi, mengatakan, “Baru kamu mengetahui bahawa sesungguhnya ada bangsa Arab yang lebih kotor dari bangsa Yahudi. Tiadalah laknat Allah melainkan ke atas orang yang zalim.”

Syaikh Nabil Al Awadhi dari Kuwait mengatakan, “Bila rusak para pemimpin, maka ia bukanlah penyelamat ummat.” Syaikh Humaid An Nuaimi berkata, Dan beginilah engkau dibunuh wahai Sayyid Quthb, dan beginilah juga mereka mau membunuh Badi’ dan Al Katatni, hanya karena mereka ingin mendaulatkan Islam.

Apabila umat Islam diuji dengan pembatantaian oleh puak sekular (yang juga mengaku Islam) maka terserlah perbezaan antara keduanya. Maka usahlah bekas para pendokong gerakan Islam di Malaysia begitu terliur untuk bersama parti sekular yang tidak pernah bersimpati dengan nasib umat Islam yang berjuang mendaulatkan Islam, yang dizalimi.


No comments:

Post a Comment