Assalamu'alaikum Semua
Tiba-tiba terasa nak menjengah blog sendiri bila terasa terlalu lama tak menulis. Ohh rupanya kali terakhir menulis di blog ini ialah pada September 2014, bermakna hampir dua tahun berlalu.
Punca merenggangkan diri dengan blog ini dahulu adalah kerana krisis dalaman dalam parti. Menulis ketika rakan-rakan sekeliling tengah ghairah berkrisis, menimbulkan krisis dalam diri sendiri. Sebab sejak dahulu, saya menyampah dengan krisis dalaman. Bagi saya setiap krisis boleh diatasi dengan duduk berbincang. Tapi kalau berbalah sampai nak berbincang pun tak boleh, maka status kedua pihak 2X5, 10X1 saja. Kalau budak-budak,boleh luku kepala keduanya.
Apapun itu cerita dulu. Dah jadi sebahagian catatan sejarah. Plotnya dipanjangkan pula dengan pembentukan parti baharu dan macam-macam lagilah.
Biarkan saja proses itu berjalan. Beri sedikit masa saja nak mengemas, membersihkan habuk-habuk dan menyusun semula blog. Sebelum terus menulis.
Saturday, September 3, 2016
Thursday, September 11, 2014
PasMa boleh jadi pemangkin perpecahan dalam PAS
Tiba-tiba muncul sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang bernama PasMa, singkatan dari Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia. Maka ‘PasMa’ pun buat seketika menjadi wirid paling banyak disebut, di seluruh negara, khususnya di kalangan peminat dan pemerhati politik tanah air.
Belum sempat pemimpin nombor satu PasMa sebenar membuat apa-apa kenyataan berhubung, senarai ‘jawatankuasa lengkap’ PasMa tersebar ke seluruh negara, siap dengan Mursyidul Amnya sekali.
Keesokan harinya, ‘Mursyidul Am’ serta beberapa orang yang disenaraikan dalam kepimpinan PasMa membuat penafian. Seorang demi seorang mengaku tidak tahu menahu. Demikianlah larisnya pasaran khabar angin dan fitnah yang melanda negara sekecil Malaysia ini. Lebih laju berita dari berlakunya peristiwa.
Belum sempat pemimpin nombor satu PasMa sebenar membuat apa-apa kenyataan berhubung, senarai ‘jawatankuasa lengkap’ PasMa tersebar ke seluruh negara, siap dengan Mursyidul Amnya sekali.
Keesokan harinya, ‘Mursyidul Am’ serta beberapa orang yang disenaraikan dalam kepimpinan PasMa membuat penafian. Seorang demi seorang mengaku tidak tahu menahu. Demikianlah larisnya pasaran khabar angin dan fitnah yang melanda negara sekecil Malaysia ini. Lebih laju berita dari berlakunya peristiwa.
Wednesday, August 13, 2014
Belanda Timur musnah di tangan kerajaan BN Kedah!
Sewaktu Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan mengambilalih pentadbiran negeri Kedah pada Mac 2008, beliau bertekad menjadikan Kedah sebagai Belanda Timur, yakni menjadikan negeri ini sebagai pengeluar dan pembekal pertanian yang terkemuka khususnya di Malaysia. Tekad itu juga terkandung dalam manifesto PAS Kedah PRU12.
(Dahulu)
Sepanjang memimpin pentadbiran Kedah, Ustaz Azizan sangat teruja dengan projek-projek pertanian yang digerakkan oleh GLC, khususnya Kedah Agro (anak syarikat Perbadanan Menteri besar) dan Kumpulan Ladang. Pernah kepimpinan PAS Pusat yang diketuai oleh Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang melawat Kedah. Beliau dan rombongan dibawa Ustaz Azizan melawat ladang nenas yang diusahakan oleh Kedah Agro yang terletak di Daerah Kubang Pasu.
Pakatan sedang membina persepsi untuk PRU14
Agak-agak positif atau NEGATIF?
Bagi setiap parti politik yang bersaing untuk merebut kuasa
dalam sistem demokrasi, hari-hari yang dilalui adalah hari di mana mereka
membina persepsi. Manakala hari-hari terakhir menjelang detik rakyat membuat pemilihan
dalam pilihanraya umum; adalah tempoh singkat untuk parti politik
memperkukuhkan persepsi baik terhadap parti mereka.
Berkempen selepas parlimen dibubarkan hanyalah menggunakan
kekuatan vocal atau visual yang didokumentasikan untuk meyakinkan pemilih.
Sedangkan kaedah ‘berkempen’ yang sangat berkesan sebenarnya sedang berlangsung
sekarang, di luar tempoh pilihanraya.
Bencana yang melanda negara belum tentu akan menyebabkan
imej sesebuah parti politik yang memerintah menjadi buruk. Imejnya buruk hanya
jika kerajaan tersebut gagal menguruskan bencana tersebut. Rakyat terasa susah
kerana kegagalan kerajaan maka ia sudah menjadi ‘kempen’ berkesan memburukkan
imej parti politik pemerintah. Jika hal sebaliknya berlaku, maka bencana yang
melanda akan menjadi batu loncatan pula untuk parti pemerintah menggilap imej.
Sewaktu Susilo Bambang Yudoyono (SBY) mengambilalih
pentadbiran Indonesia sebagai Presiden, kebetulannya banyak malapetaka besar
yang berlaku di negara tersebut. Terdapat pihak yang anti SBY jadikan isu
bencana sebagai senjata politik untuk memburukkan SBY. Pendokong khurafat pula
mengaitkan SBY sebagai ‘pembawa sial’ lalu tercetuslah sindiran terhadap SBY
sebagai ‘Selalu Bencana Ya…”
Sunday, August 10, 2014
"Wahai orang PAS, bertawadhuklah sikit..."
Masih terngiang-ngiang kata-kata
Almarhum Ustaz Hasan Shukri, bekas Naib Presiden PAS, sewaktu menemani beliau
pergi merasmikan mesyuarat agung sebuah kawasan di Perak. “Ahli PAS ni perlu ditekankan
dengan ilmu tasawwuf, persoalan sifat-sifat mazmumah dan mahmudah supaya
masing-masing ada sifat tawadhuk sikit,” katanya.
(Almarhum Ustaz Hassan Shukri)
Ketika itu saya baru menyertai
Harakah, tahun 1988. Berlaku sedikit ‘ribut dalam cawan’ dalam
Jabatan Penerangan PAS yang dipimpin oleh Ustaz Nakhaie Ahmad yang menjadi Naib
Yang Dipertua PAS ketika itu. Ustaz Hassan membayangkan bahawa pergolakan
dalaman itu lebih diburukkan oleh tiadanya sifat mahmudah dalam diri sebahagian
individu terbabit. Mungkin masing-masing hanya memacu ego, tiada rasa tawadhuk
dan hilang sifat memaafkan. Dalam peristiwa ‘ribut’ itu Ustaz Nakhaie keluar
dari PAS dan akhirnya menyertai Umno. Beberapa rakan saya turut mengikut jejak langkah Nakhaie, antaranya Saifudin Nasution, Puad Zarkashi, Zulkifli Ahmad (bekas Presiden MISG), Che Johan Che Pa dan beberapa orang lagi.
Semua orang mengenali Ustaz
Hassan adalah seorang yang semahunya cuba untuk tidak terbabit dalam apa saja konflik
dalaman parti. Walaupun ada yang menuduhnya cuba ‘play safe’, hakikatnya beliau
adalah tokoh pendamai dalam parti.
Sunday, July 20, 2014
Kenapa Mukhriz hendak dibunuh?
Berita panas dari Kedah minggu ini ialah apabila
seorang pejuang maya pro BN, ditangkap polis kerana didakwa membuat ugutan
untuk membunuh Menteri Besar Kedah, Datuk Paduka Mukhriz Mahathir dan juga kepada
Setiausaha Sulit Sultan Kedah Dato’ Paduka Syed Unan Mashri Syed Abdulah.
Blogger berusia 37 tahun itu sebelum
ini dikesan membuat ugutan bunuh itu melalui laman Facebook menggunakan akaun
'Padi Jantn'. Pihak polis berjaya mendapat perintah tahanan reman untuk beliau.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya
berkata, siasatan dibuat adalah susulan dari lebih 20 laporan polis dibuat
pelbagai pihak menggesa supaya tindakan tegas diambil terhadap individu
terbabit.
Padi Jantn bukanlah nama asing lagi
dalam dunia maya politik. Laman tersebut (Facebook dan blog) sangat aktif
menghentam dan memfitnah kerajaan Pakatan Rakyat Kedah. Laman itu seringkali
menyiarkan foto-foto menghina pemimpin kerajaan Pakatan yang diedit, khususnya
Almarhum Ustaz Azizan Razak. Padi Jantn dikatakan ‘keybord warrior’ BN yang
berbayar.
Cuma akhir-akhir ini Padi Jantn membuat
kejutan apabila tiba-tiba serangannya berubah haluan; kali ini mengkritik
kerajaan negeri Kedah pimpinan Mukhriz Mahathir secara terbuka. Isunya adalah
isu lama, iaitu Madrasah Salihiah. Kalau dahulu Padi Jantn mengkritik Ustaz
Azizan tetapi kali ini ini serangan dihalakan kepada Mukhriz, sebab yang
memimpin kerajaan sekarang ialah Mukhriz. Lebih-lebih lagi sewaktu jadi pembangkang
dahulu, Mukhrizlah yang paling lantang memperjuangkan agar surau tersebut
dikekalkan di situ. Beliau pernah berkampung di situ bersama Perkasa demi
mempertahankan tanah wakaf tersebut. Apabila dapat jawatan Menteri Besar,
perjuangan tanah wakaf pun nampaknya berakhir.
Isu
Madrasah Salihiah, yang terletak di Bandaraya Alor Setar diroboh untuk
pembangunan menyeluruh kompleks Aman Central panas di zaman Ustaz Azizan
apabila BN menjadikannya isu rasis untuk membakar sentimen Melayu.
Wednesday, July 16, 2014
Menjelaskan kritikan kaki racau terhadap Harakah
Pelik... ada orang hentam Harakah, tanpa membacanya
(Foto Presiden di Turki, ehsan Harakah)
Era langit tanpa sempadan ini, sangat mudah
untuk menyalurkan pandangan peribadi. Bermula dari muhasabah yang tulus ikhlas,
hinggakan kritikan bersulam keegoan seteruslah kepada maki hamun dan sumpah
seranah semuanya boleh didapati di alam maya atas apa jua isu.
Lidah rasmi PAS, Harakah, sekali lagi menjadi
sasaran serangan dari kalangan yang tidak berpuashati apabila organ parti ini
menyiarkan rencana yang menyebut ‘Lotfi (bekas ahli PAS dari Kedah) menyertai
kumpulan militan dalam konflik bersenjata menentang pemerintahan Syria…’ Mereka
marahkan Harakah kerana menuduhnya militan. Persepsi yang tertanam kukuh di
kalangan rata-rata rakyat Malaysia, militan adalah kumpulan pengganas. Justeru
orang yang berjihad tidak layak dicop militan.
Typical pihak yang cuba melakukan provokasi
ialah mengaitkan subjek kemarahan dengan aspek yang ditolak ramai. Suatu masa
dahulu, mana-mana tokoh yang cuba disingkirkan dari kepimpinan utama Pakatan
Rakyat oleh pihak tertentu akan dicop sebagai ‘alat Umno’ atau ‘Umno’; strategi
untuk memudahkan kerja penyingkiran. Begitulah dalam isu ini, tiba-tiba Harakah
dituduh mempunyai dalang Syiah di belakangnya. Tuduhan ini bukan kali pertama
dilontar, namun sejak tuduhan liar itu mula tercetus di muktamar PAS suatu masa
dahulu hingga kini; belum ada ahli lembaga pengarah Harakah mahupun
kakitangannya yang bersolat berlapikkan batu.
Melalui tulisan Abu Firdaus, Harakah
menyiarkan takrifan militan secara panjang lebar dalam keluaran berikutnya. Secara
mudah difahami, militan ialah pasukan bersenjata bukan kerajaan yang berjuang
untuk sesuatu tujuan. Militant berasal dari kata akar military iaitu
ketenteraan. Militan tidak semestinya pengganas (terrorist) tetapi pengganas
semestinya militan.
Subscribe to:
Posts (Atom)





