Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat
Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, sokongan yang diberikan
oleh beberapa negara Arab terhadap kerajaan sementara Mesir yang merampas kuasa
tidak semestinya bermakna mereka juga menyokong kezalimannya terhadap rakyat.
“Arab Saudi yang mengiktiraf kerajaan
Mesir, tak semestinya menyokong kekejamannya,” katanya.
Hairan kita berpanjangan sebenarnya.
Sehebat mana pun ulamak, bila kemudiannya menyertai parti sekular maka mereka lantas jadi dungu untuk memahami situasi semasa. Kadangkala
cakap-cakap mereka tampak lebih jahil dari golongan yang jahil.
Semua tahu bahawa kerajaan Arab Saudi
(bukan rakyatnya) dari awal menyokong penuh tindakan tentera menumbangkan
sebuah kerajaan yang sah pimpinan Presiden Mohamed Morsi melalui rampasan
kuasa. Saudi mengumumkan akan menyumbang sebanyak USD5 bilion kepada kerajaan
haram yang merampas kuasa itu.
Bahkan pemerintah Saudi, Raja Abdullah Raja Abdullah Arab Saudi secara terang-terangan menyeru
bangsa Arab untuk berdiri bersama-sama menentang "cubaan untuk menjejaskan
kestabilan Mesir" (merujuk pada himpunan pro demokrasi) sewaktu kerajaan
haram Mesir itu membunuh beribu-ribu rakyatnya, menyerang dan membakar masjid.
Bagaimana Fathul Bari boleh keluar kenyataan; Arab Saudi iktiraf kerajaan
tentera Mesir tidak semesti iktiraf kekejamannya. Ulamak muda Umno seorang ini
butakah?
Fathul Bari turut seterusnya mengambil
contoh kerjasama yang dilakukan PAS dengan parti yang bukan berlandaskan Islam
iaitu DAP dan PKR.Katanya, kerjasama itu bukan bermakna PAS menyokong Kristian, amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dan pluralisme.
“Sepertimana orang Pas yang mengiktiraf KeADILan dan DAP, tak bererti sokong Kristian, LGBT dan pluralisme,” katanya.
PAS menolak LGBT dan pluralisme atau
tidak menganut ajaran Kristian itu betul tetapi adakah KeADILan dan DAP
menjadikan kristian sebagai dasar perjuangan dan menerima LGBT? Bila pula KeADILan
terima pluralisme? Fathul Bari sudah jadi ulamak pemfitnah!
Boleh jadi ulamak muda Umno ini termakan
dengan dakyah yang sebarkan oleh media primitif pro BN yang menjalankan agenda
propaganda jahat saban waktu untuk menggambarkan bahawa DAP dan KeADILan adalah
parti yang menyokong Kristian dan LGBT, manakala KeADILan pula dituduh
menganggap semua agama adalah benar (pluralisme). Malang sungguh ulamak yang
jadikan Utusan Malaysia dan TV3 sebagai sumber rujukan.
Berbalik kepada isu keganasan tentera
membunuh rakyat Mesir, Penasihat Agama Islam Negeri
Johor, Datuk Nuuh Gadut berkata, ulamak Mesir yg berpengaruh mesti mainkan
peranan untuk damaikan kedua-dua pihak. Ini juga antara ulamak yang suka
membuat ulasan tanpa mendalami isu. Apa yang
hendak didamaikan? Apa yang berlaku bukan peperangan antara dua pihak tetapi
satu pihak (tentera) yang merampas kuasa, menjatuhkan Presiden yang sah,
mengurungnya, menindas pihak yg dijatuhkan dan akhirnya melakukan pembunuhan
beramai-ramai terhadap rakyat.
Contohnya mudah saja, hanya
baru-baru ini Mufti Perlis Dr. Juanda
telah dirompak. Wajarkah Datuk Nuuh nasihatkan Dr. Juanda dan perompak,
"Kamu berdua jangan gaduh2, berdamailah..." Begitulah di Mesir,
sebagai ulamak sepatutnya Nuuh nasihatkan pihak tentera yang merampas kuasa
dari Presiden yang dipilih secara sah oleh rakyat, menghentikan kezaliman
terhadap rakyat. Beliau sepatutnya menasihati kerajaan Malaysia supaya jangan
bersekongkol dengan kezaliman dengan tidak menyatakan bantahan apa-apa bantahan
rasmi bagi pihak kerajaan Malaysia terhadap kerajaan haram tentera Mesir.
Apa yang terpancar dari
pemikiran Fathul Bari dan Datuk Nuuh sebenarnya adalah realiti segelintir
ulamak yang mendapat gambaran salah perihal sesuatu isu. Mereka menerima
maklumat yang salah lalu memproses (menghukum) berasaskan maklumat tidak betul
tersebut.
Jika di Malaysia hampir
semua media elektronik dan akhbar-akhbar harian utama melaporkan maklumat salah
atau maklumat yang diprogandakan terhadap rakyat, masa di Mesir juga begitu.
Tiada bezanya kerajaan sekular di mana-mana pun, media mereka dikongkong.
Akhbar Al Youm Mesir yang
pro perampas kuasa melaporkan bahawa Mursyid Am Ikhwanul Muslimin dan Jamaah
Ikhwanul Muslimin membakar masjid-masjid dan gereja-gereja, Masjid Rabiatul Adawiyah berjaya dibebaskan daripada cengkaman
samseng Ikhwanul Muslimin, 30 mayat yang sudah busuk ditemui di bawah pentas
utama Rabiatul Adawiyah. Ianya mungkin sudah mati sebelum serangan meleraikan
demonstrasi dilakukan (14 Ogos), Ikhwan
membiarkan Masjid Rabiatul Adawiyah ditinggalkan dalam keadaan hancur, mereka
juga mencuri wang zakat milik masjid dan membakar pusat kesihatan bersebelahan
masjid dan kerugian dianggarkan berjumlah 12 juta pound Mesir dan polis
menjumpai senjata api dan senjata tajam di dalam kawasan demonstrasi di
Rabiatul Adawiyah.
Takkanlah berita bohong
begini yang hendak dijadikan rujukan oleh ulamak Umno. Zaman langit terbuka ini
bukan susah sangat untuk mendapat maklumat sebenar situasi di Mesir.
No comments:
Post a Comment