Susah untuk rakyat Malaysia, khususnya orang
Melayu yang berjiwa lembut, untuk memahami mengapa begitu kejam pihak tentera
dan polis kerajaan haram Mesir menyerang, menyeksa dan membunuh rakyatnya
sendiri yang turun dengan tangan kosong untuk membantah rampasan kuasa. Begitu banyak laporan yang tersiar di media
maya melalui audio visual perihal kekejaman pihak tentera, termasuk menggunakan
samseng membunuh rakyat dengan sewenang-wenangnya, meroboh dan membakar khemah
penyokong Mohamad Morsi, menyerang orang ramai hingga ke dalam masjid bahkan
sanggup membakar Rumah Allah itu. Ada tahanan yang sudah ditangkap, dibunuh
begitu sahaja dalam trak yang berkunci dengan dilemaskan asap gas pemedih mata.
Ada laporan menyebut terdapat yang ditembak sewaktu dalam tahanan.
Laporan terakhir menyebut bahawa lebih dua ribu
orang awam dibunuh manakala lebih sepuluh ribu tercedera. Sehingga kita
tertanya-tanya, jenis makhluk apakah polis dan tentera Mesir dan para pemimpin
kerajaan yang memerintah Mesir kini? Kumpulan manusia atau binatang buas?
Namun di Mesir gambaran yang dipersembahkan
oleh kerajaan Mesir terhadap rakyatnya berbeza dari apa yang kita kutip melalui
media maya. Setelah semua rangkaian media bebas serta yang pro Morsi
diharamkan, mereka mempropagandakan bahawa pihak
tentera adalah pejuang yang mempertahankan negara dari kezaliman Ikhwan
Muslimin, diseru untuk ikhlas dalam perjuangan dan taat kepada pemerintah yang
sah.
Dalam surat khabar dipaparkan senarai tentera yang terkorban dan dikatakan sebagai hero negara dan syuhada. Ayat-ayat Quran mengenai jihad dan mati syahid menghiasi ruangan akhbar pada muka surat yang menunjukkan senarai gambar dan nama tentera yang terkorban.
Dalam surat khabar dipaparkan senarai tentera yang terkorban dan dikatakan sebagai hero negara dan syuhada. Ayat-ayat Quran mengenai jihad dan mati syahid menghiasi ruangan akhbar pada muka surat yang menunjukkan senarai gambar dan nama tentera yang terkorban.
Hampir 95 peratus rakyat Mesir adalah muslim dan mereka sangat kuat berpegang pada nilai islami. Terdapat yang terkesan dengan seruan dan sentimen agama. Malahan kononnya tentera Mesir juga didoktrin dengan semangat jihad yang hebat.
Ucapan 'ketua penjenayah' Mesir, Abdul Fatah
As-Sisi kepada rakyat kelihatan sangat lunak dan Islamik. Selepas menjatuhkan Presiden Morsi yang dipilih
secara sah oleh rakyat melalui demokrasi serta membunuh ribuan rakyat yang
tidak berdosa, As-Sisi masih mampu berkata, "Rakyat Mesir bebas memilih
siapa yang mereka mahu sebagai pemerintah. Tentera dan polis akan melindungi
hak rakyat untuk memilih pemimpin mereka."
Presiden Sementara Mesir, Adly Mansour mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Arab Saudi, Raja Abdullah Abdul Aziz Al Saud untuk "berdiri bersama Mesir menentang keganasan" dan yakin bahawa Arab Saudi dan Mesir akan "kekal mendukung kestabilan" di rantau Arab.
Presiden Sementara Mesir, Adly Mansour mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Arab Saudi, Raja Abdullah Abdul Aziz Al Saud untuk "berdiri bersama Mesir menentang keganasan" dan yakin bahawa Arab Saudi dan Mesir akan "kekal mendukung kestabilan" di rantau Arab.
Mansour berkata beliau menghargai pendirian
Arab Saudi mengenai ancaman pelampau Mesir dan menyatakan bahawa dunia Arab
perlu bersetuju dengan beliau. Menurutnya Mesir
telah mengatasi beberapa halangan dan telah dikurniakan dengan kemenangan yang
diperolehi daripada mempertahankan identiti Arab dan Islam.
Mansour berkata bahawa Mesir akan terus menghentikan keganasan, yang telah mengancam rakyat dan keselamatan negara di negara ini.
Mansour berkata bahawa Mesir akan terus menghentikan keganasan, yang telah mengancam rakyat dan keselamatan negara di negara ini.
Baru-baru ini beberapa negara Barat mengancam
akan memotong bantuan yang dicadangkan terhadap Mesir ekoran keganasan yang
dilakukan oleh junta tentera terhadap rakyat. Menteri Luar Saudi, Saud
Al-Faisal lantas berkata, "Kepada negara-negara yang mengumum akan
memotong bantuan atau mengancam untuk berbuat demikian di Mesir, negara Arab
dan Islam tidak akan teragak-agak membantu Mesir." Hebatnya kerajaan Saudi
yang bersekongkol dengan kezaliman ala Firaun tentera Mesir turut bercakap atas
semangat 'Arab dan Islam'.
Demikian juga segelintir ulamak penyokong junta
tentera Mesir dari negara-negara Arab hinggalah ke Malaysia mempertahankan
kezaliman tersebut bersandarkan Islam dan menentang kerajaan junta tentera
adalah sikap Khawarij kerana menyanggah kerajaan yang memerintah.
Begitulah wajah kerajaan yang zalim di
mana-mana negara umat Islam pun. Mereka tiada rasa malu untuk mengungkapkan
perkataan yang lunak-lunak di sebalik kezaliman yang dilakukan. Bahkan pihak
yang dizalimi mereka pula yang akan dilabel dengan pelbagai imej keji.
Melayu mungkin belum lupa dengan peristiwa
pembunuhan beramai-ramai di Memali 1985. 14 penduduk kampung Memali yang diserang
dan dibunuh kejam dianggap bughoh (penderhaka) oleh kerajaan yang memerintah
manakala pihak penyerang pulak diangkat sebagai hero, malah ada yang menganggap
kematian mereka adalah syahid.
Begitu juga dalam setiap kejadian keganasan
terhadap rakyat yang dilakukan oleh pihak tertentu dalam beberapa siri himpunan
Bersih yang menuntut demokrasi yang adil, rakyat biasa yang berhimpun secara
aman dianggap perusuh manakala pihak yang membelasah rakyat adalah wira.
Muncullah ulamak-ulamak pengampu yang mempertahankan keganasan serta
menyalahkan rakyat. Ulamak tersebut juga bercakap atas nama Islam serta
menampilkan ayat-ayat Quran untuk mempertahankan 'kezaliman' pihak berkenaan.
Mereka berselindung di sebalik retorik yang
muluk-muluk malah kelihatan Islamik untuk menutup kejahatan, sekalipun
perkataan yang sanggup peralatkan itu adalah mulia seperti 'Allah, Islam, iman,
maruah, jihad, hak, syahid' dan sebagainya. Kesimpulannya watak sekular atau
kerajaan yang zalim di mana-mana negara umat Islam sama sahaja.
No comments:
Post a Comment