Baru-baru
ini, sewaktu Perhubungan PAS Kedah mengadakan program untuk memantapkan
organisasi di SP Inn Sungai Petani; Umno Bahagian Merbok pula mengadakan
pertemuan khas dengan Pengerusi Perhubungannya Dato’ Paduka Mukhriz Mahathir.
Meriah hotel milik anak syarikat kerajaan negeri itu apabila dua buah parti
utama yang bersaing mengadakan program sebelah menyebelah.
Jika
PAS sebagai pembangkang sedang bangkit semula membina kekuatan, Umno pula
sedang berhempas pulas untuk memulihkan masalah dalaman parti pemerintah itu
satu demi satu bahagian. Baru minggu lalu Mukhriz terpaksa campurtangan
menasihati seorang ADUN BN supaya tidak meneruskan hasrat untuk menyaman
pemimpin Umno bahagian berhubung pertikaian politik dalaman mereka. Setiap
bahagian Umno ada masalahnya masih-masing yang lebih merumitkan berbanding
sewaktu jadi pembangkang dahulu.
Selepas
sembilan bulan berlalu, tempoh berbulan madu Menteri Besar Kedah itu sudah
berakhir. Apa yang terpaksa dilaluinya kini
ialah masalah demi masalah yang melanda sebuah parti tua lagi nazak yang talian
hayatnya cuma kuasa dan wang dari kerajaan Pusat dan bukan jatidiri perjuangan.
Semua
orang tahu Mukhriz diangkat menjadi Menteri Besar bukan kerana keikhlasan
Najib. Ia adalah kerana Tun Mahathir dan atas desakan konco-konconya. Tun Daim
Zainuddin mengadakan perjumpaan dengan pemimpin Cina Kedah dan meminta Najib
mengumumkan Mukhriz sebagai bakal menteri besar. Ia dibantu dengan penolakan
sebahagian besar ahli Umno Kedah, khususnya generasi muda, terhadap Dato’ Ahmad
Bashah Md Hanipah – pengerusi Perhubungan Umno ketika itu.
Sebaik
terlantik, Mukhriz cuba membawa imej baik di hadapan para pemimpin Umno Kedah.
Dalam mesyuarat perhubungan yang pertama, beliau dilaporkan berjanji akan
memberikan mereka tempat dalam GLC. Tapi biasalah, masakan semuanya dapat
ditunaikan. Mukhriz membawa balik beberapa bekas pegawainya sewaktu bertugas di
kementerian dahulu. Terlepas lagi pejuang Umno dari Kedah. Bahkan beliau telah
meletakkan orangnya dalam post yang sepatutnya milik pegawai kerajaan negeri
(KCS). Ini menimbulkan kemarahan sebahagian KCS.
Dalam
pengisian jawatan GLC tentulah kroni yang jadi keutamaan. Mukhriz melantik
Dato’ Abu Hasan Sarif yang memberi laluan kepadanya menjadi Ketua Bahagian
Jerlun sebagai Pengerusi Kumpulan Ladang PKNK dan Ali Lembaga Pengarah Kedah
Medical Center walhal beliau dianggap tidak layak untuk berada di tempat
tersebut berdasarkan latarbelakangnya. Bekas Naib Ketua Bahagian Jerlun
(sepenggal) Abd Aziz Mahamud dilantik sebagai pegawai khas bergred tinggi, pengarah
GLC dan mendapat anugerah DSDK (Dato’).
Pemimpin
yang tidak menjadi kroni, apatah lagi kalah dalam pemilihan bahagian tidak
mendapat tempat yang baik. Dato’ Zaini Jakpar (Bukit Kayu Hitam), Dato’ Ahmad
Lebai Sudin (Bukit Lada) dan Dato’ Ali Yahya (Pantai Merdeka) tidak mendapat
tempat yang baik sekalipun mereka adalah ADUN. Jawatan ADUN angkat terhadap
kawasan yang BM kalah juga ditarik balik.
Sewaktu
Kedah ditadbir Pakatan Rakyat, urusan pelantikan majlis Ketua Kampung (MKK)
diserahkan kepada ADUN atau ADUN angkat. Pakatan ‘mengajar’ pejabat daerah
supaya lantikan kakitangan khas kerajaan negeri itu (MKK) biar ditentukan oleh
ADUN yang menjadi sebahagian entiti kerajaan bukannya parti politik.
Kini
pejabat daerah menjadi ‘pening’ dengan Umno bahagian kerana mereka juga ingin
mengatur kedudukan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKKP).
Ertinya satu senarai calon JKKKP oleh ADUN dan satu lagi senarai JKKKP oleh
Umno bahagian. Akibatnya selepas sembilan mentadbir terdapat beberapa daerah
yang belum dapat memuktamadkan kedudukan JKKKP. Semuanya gara-gara perebutan
kuasa dalam parti tua itu. Rakyat pula yang terpaksa tanggung padah.
Bukan
rahsia lagi bahawa KCS yang sudah sepenggal terbiasa dengan corak pentadbiran
Pakatan, rasa tidak selesa dengan pendekatan BN yang mahu campurtangan dalam
urusan pentadbiran. Saya masih menyiasat benar atau tidak cerita yang tersebar
kononnya seorang pegawai hilang sabar apabila didesak oleh Exco membayar RM1.2
juta untuk program Rajalawak lalu bersuara, “Ingat duit bapak hangpa ka?” Hanya
RM200 ribu yang dikeluarkan kemudiannya.
Kedudukan Mukhriz di
peringkat pusat juga semakin terancam dan kelihatan tiada masa depan, sama
seperti gelapnya masa depan Umno itu sendiri. Lebih-lebih lagi apabila beliau
dikaitkan dengan cubaan untuk menjatuhkan Najib dengan bantuan Tun Daim, Dato’
Zainuddin Maidin, Tan Sri Sanusi Junid, Datuk Sabarudin Chik dan beberapa orang
lagi. Sumber mengatakan ‘mujur’ Tan Sri Muhyiddin sendiri tidak merestui cubaan
tersebut.
Mukhriz kalah pertandingan
Naib Presiden Umno, antaranya, adalah kerana Najib selaku presiden tidak
merestuinya. Mukhriz tidak mendapat undi dari Pahang. Kedah dianggap kubu
sokongan terhadap beliau; namun kalah di Alor Setar, Sungai Petani, Baling dan
lebih mengejutkan lagi tewas di bahagiannya sendiri iaitu Jerlun.
Cakap Mukhriz tidak lagi
berwibawa di peringkat Pusat. Contohnya, dia mahukan Ketua Pemuda Sik Mahadhir
Abdul Hamid jadi Ketua Pemuda Negeri tetapi Khairy Jamaludin tidak pedulikan
kehendak Mukhriz, sebaliknya melantik Ketua Pemuda Umno Bahagian Merbok.
Nampaknya laluan Mukhriz
tidak sangat cerah, mentadbir negeri tanpa majority dua pertiga. Mukhriz naik
kerana Tun. Wibawa Tun semakin luntur seiiring usia. Sampai waktunya Tun kena
‘pergi’ juga. Masa itu, jalan Mukhriz akan lebih sukar.
Kepada sesiapa yang berkenaan,
ReplyDeleteBahawa kami YIP KUM FOOK (YIP KUM FOOK & ASSOCIATES) dan anaknya YIP JIUN HANN yang berjalan tugas sebagai lawyer di alamat: NO. 2A & 2B, 2ND FLOOR JALAN 53, DESA JAYA KEPONG 52100 KUALA LUMPUR & LOT 3.55, KOMPLEKS DESA BATU 8, JALAN KEPONG 52100 KUALA LUMPUR (YIP JIUN HANN & ASSOCIATES).. JAYANTHI DEVI BALAGURU, PENGURUSI PARTI GERAKAN SEGAMBOT, DAN OOI AH BAH(LLB) ..(CHIA OOI SUN & CO.) ADVOCATES & SOLICITORS NO. 48-1, 1ST FLOOR JALAN BRUNEI UTARA OFF CHANGKAT THAMBI DOLLAH, PUDU 55100 KL.
Dengan terus terang nya disini menegaskan:-
1) Untuk menengahkan keadilan undang-undang Negara, hak asasi manusia dan sebuah Negara demokrasi yang sebenar-benar, kami tidak mengentar kepada sesiapa yang cuba menakut-nakutkan.
2) Kami sedia mehadapi pengkhianat di mahkamah
Sekian dimaklumkan, Terima Kasih.
Mr. Lawrence YIP
Kepada seluruh rakyat Malaysia yang dihormati,
ReplyDeleteDengan hormatnya sini, Kami ingin memaklumkan bahawa “MCA GOMBAK” YIP KUM FOOK(YIP KUM FOOK & ASSOCIATES), LOW MEI LAN(ISTERI) dan anak mereka YIP JIUN HANN yang berjalan tugas sebagai lawyer di alamat : NO. 2A & 2B, 2ND FLOOR JALAN 53, DESA JAYA KEPONG 52100 KUALA LUMPUR & LOT 3.55, KOMPLEKS DESA BATU 8, JALAN KEPONG 52100 KUALA LUMPUR (YIP JIUN HANN & ASSOCIATES)
Harap semua rakyat Malaysia mengambil perhatian dan jauhkan orang yang tersebut kerana jangan terkena tipu
Mereka sangat jahat dan hatinya hitam(kejam), sanggup menipu wang wanita, merosak keluarga orang lain dan sendirinya memakan wang Temple, SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, NO: 19 JALAN 38 TAMAN DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, dan berpura-pura merepot ke polis resit hilang.........harap perhatian
Sekian dimaklumkan,
Terima Kasih
SAMNAK SAMBODHI COMMITTEES
KAMI HANTAR MESEJ INI SEBAB RAMAI ORANG KENA TIPU DAN PEMINTASAN DI KEPONG...HARAP ORANG RAMAI BERJAGA-JAGA DENGAN MEREKA TERSEBUT