Apakah selepas ini Umno akan bangunkan semula pusat potong babi di kampung Berjaya demi Gerakan?
Exco yang memegang potfolio Kerajaan Tempatan negeri Kedah,
Badrul Hisham Hashim mengumumkan kesediaan mengkaji bagi mengembalikan semula kuota
perumahan 30 peratus untuk Bumiputera bagi Tanah Simpanan Melayu yang
ditukarganti (swapping). Kenyataan yang dibuat selepas dilantik jadi Exco itu
sangat mengejutkan oleh sebuah kerajaan Umno kononnya sangat kuat Melayunya. Di
saat sekutu parti rasis itu berkempen memboikot perniagaan orang Cina, Umno
Kedah korbankan hak Melayunya
untuk 'disedekahkan' kepada orang Cina?
Di masa Pakatan Rakyat, Ustaz Azizan mengubah polisi
asal pemilikan minimum Bumiputera 30 peratus kepada 50 peratus. Tujuannya untuk
mempastikan pemilikan Bumiputera terhadap tanah yang asalnya milik Melayu
khususnya di kawasan bandar tidak berpindah milik dengan mudah. Polisi itu
mendapat tentangan keras dari Gerakan dan MCA sepanjang penggal. Ia dijadikan
isu utama oleh kedua-dua parti rasis itu untuk menghasut orang Cina menolak
PAS.
Dalam meredakan kemarahan masyarakat Cina yang
termakan hasutan rasis Gerakan dan MCA itu, Dato’ Ir. Phahrolrazi Zawawi yang
memegang potfolio kerajaan tempatan pada masa itu menjelaskan bahawa tanah
Simpanan Melayu yang diswapping cuma sekitar 15 peratus dari tanah perumahan
yang akan dimajukan.
Kira-kira 70 peratus lagi adalah berstatus milikan
bebas (free hold) di mana kuota untuk Bumiputera hanya 30 peratus, bermakna
bukan Bumiputera boleh membeli sehingga 70 peratus.
Memandangkan bukan Bumiputera hanya merupakan 22.6
peratus dari penduduk Kedah, dari jumlah itu Cina adalah 14 peratus; maka
mereka tiada masalah langsung untuk membeli rumah di negeri ini, kerana peluang
untuk mereka memiliki rumah sangatlah besar.
Timbul pula persoalan pada masa itu mengapa kuota
Melayu untuk tanah Simpanan Melayu yang ditukarganti itu sehingga 50 peratus sedangkan
di zaman BN dulu cuma 30 peratus?
Jawapan yang diberi kerajaan negeri ialah, kerana
tanah yang ditukarganti itu dibuat berdasarkan keluasan semata-mata, bukannya
berdasarkan nilai tanah. Maksudnya begini; apabila pemaju mahu menukar status
tanah Simpanan Melayu di pinggir Bandaraya Alor Setar (contohnya) untuk
dijadikan free hold, pemaju perlu mencari tanah ganti dengan keluasan yang
sama. Pasti pemaju akan mencari tanah yang nilainya lebih murah untuk swapping,
asalkan keluasannya sama. Maka berlaku susutan nilai terhadap tanah Simpanan
Melayu. Jadi adillah, jika susutan nilai itu ditampung oleh kenaikan lagi 20
peratus dalam kuota pemilikan rumah bagi tanah Simpanan Melayu yang diswapping.
Isu kuota perumahan 50-50 ini bukan isu besar bagi
bukan Melayu, khususnya masyarakat Cina. Orang Cina tiada masalah untuk beli
rumah di Kedah. Belilah seberapa banyak pun asalkan ada duit.
Dato' Phahrolrazi adalah orang yang bertanggungjawab
menggubal polisi kuota perumahan 50-50 tersebut. Beliau
bertanding di DUN Pengkalan Kundor yang mengandungi 22.82 peratus pengundi Cina. Phahrolrazi menang dengan majoriti lebih
besar dari PRU12, membuktikan bahawa umumnya orang Cina langsung tidak termakan
isu rasis yang dimainkan Gerakan dan MCA.
Tiba-tiba kerajaan Umno Kedah nampak macam tikus kepada parti Gerakan dan MCA. Malang nasib Melayu Kedah. Baru mula pegang
kerajaan tidak sampai sebulan, kerajaan Umno Kedah sudah lunak kepada tuntutan rasis Gerakan. Apakah selepas ini
kerajaan Umno Kedah akan membuka semula pusat potong babi di Kampung Berjaya
yang diruntuhkan oleh kerajaan PAS dahulu?
Alamakk.. bro kita sudah pandai buka blog nama sendiri.. tahniah.. jangan banyak memfitnah.. sebab fitnahlah Pas tak pernah berjaya dalam segala hal!
ReplyDeleteBenda yang sama terjadi pada Pakatan!
Terima kasih kerana mengingatkan saya, insya ALLAH saya akan kekalkan imej blog tanpa fitnah.
ReplyDelete