(Foto hiasan)
Teringatkan artikel yang saya tulis sebelum parlimen bubar untuk PRU13
lalu, perihal iktibar Perang Hunain iaitu: kalah akibat terlalu yakin bahawa
tentera Islam akan menang kerana tenteranya lebih ramai. Inilah tulisannya...
Saat tumbangnya BN semakin hampir. Buktinya tampak jelas
apabila di mana sahaja himpunan anjuran Pakatan Rakyat, walaupun tanpa upah,
rakyat jelata hadir berpusu-pusu. Kehadiran untuk program BN ramai juga tetapi
semuanya hadir kerana kerahan tenaga dan paksaan. Setiap program yang
melibatkan kehadiran Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri maka semua
kakitangan kerajaan dipaksa hadir, sekalipun ia program politik. Inilah kelebihan
dan keaslian sokongan untuk Pakatan berbanding BN.
Selepas Parlimen dibubarkan nanti, keghairahan akan lebih
terserlah di kalangan para penyokong Pakatan. Semua markaz pilihanraya Pakatan
akan dihurung siang dan malam. Kehadiran rakyat dalam apa jua himpunan akan
berlipat ganda berbanding sebelumnya. Kekuatan yang paling meyakinkan Pakatan untuk menang ialah
sokongan bukan Melayu, khususnya kaum Cina. Mereka jadi undi penentu terhadap
kemenangan Pakatan di banyak lokasi. Waktu itu amat sukar untuk setiap benak
sanubari aktivis pembangkang yang telah terdera separuh abad oleh kerajaan
memerintah untuk tidak meyakini bahawa 'ini kalilah' Pakatan akan menerajui
Putrajaya.
Asas untuk kepercayaan itu ialah; bilangan rakyat yang
menyokong Pakatan sudah tampak besar. Hukum demokrasi macam itu, yang ramai
mesti menang.
Dalam Pakatan ada tiga komponen parti utama, yang paling
ramai ahli dan penyokong ialah PAS. PAS wujud hampir di semua tempat di akar
umbi. Di lokasi yang tiada cawangan dan ahli pun sekurang-kurangnya ada
penyokong. Ia berbeza dengan DAP dan KeADILan. Di samping ramai bilangan ahli,
PAS berbeza dengan rakan tahaluf kerana meletakkan Islam sebagai dasar dan
matlamat di peringkat organisasi. PAS ada tarbiyah berasaskan Islam.
Maka di sini, penulis ingin mengingatkan diri sendiri
serta seluruh pejuang Islam yang berharap memperolehi kuasa melalui pilihanraya
supaya menginsafi bahawa; kita mungkin kalah dalam PRU13 jika meyakini bahawa sokongan
rakyat jelata terhadap Pakatan sudah terlalu besar! Maaf kerana kenyataan anti
klimaks ini. Menyebutnya sebelum PRU adalah lebih baik dari mengungkapkannya
selepas seandainya kalah dalam PRU.
Allah telah memberi iktibar dalam Al-Quran bermaksud, "Dan ingatlah peperangan
Hunain iaitu kamu menjadi bongkak kerana banyaknya jumlah kamu, maka jumlah
yang banyak tidak memberi faedah kepada kamu sedikit pun dan bumi yang luas
terasa sempit oleh mu kemudian kamu lari ke belakang dengan bercerai-berai.
Kemudian Allah menurunkan ketenangan kepada RasulNya dan orang-orang yang
beriman dan Allah menurunkan bala tentera yang kamu tiada melihatnya dan Allah
menimpakan bencana kepada orang-orang kafir dan demikian pembalasan kepada
orang-orang kafir “. (al-Taubah: 25 - 26)
PRU13 adalah sebuah 'peperangan' untuk mengalahkan musuh. Kita memerlukan
persiapan dari pelbagai segi, bilangan yang cukup, keperluan yang lengkap dan kesediaan
fizikal yang mantap. Namun jangan lupa bahawa persiapan dasar yang paling utama
iaitu ketaqwaan dan keimanan.
Dalam peperangan Hunain umat Islam dapat lihat akan kesilapan yang telah
dilakukan oleh para sahabat kerana merasa yakin dengan bilangan mereka dan
merasa hebat dengan kekuatan mereka. Ini ditambah lagi dengan kejayaan umat Islam
dalam menakluk dan membuka kota Mekah dari tangan musyrikin.
Perang Hunain ini adalah satu bentuk tarbiyah yang diberikan oleh Allah. Kerana sayangnya Allah kepada hambaNya. Imam Ibn al-Qayyim menyatakan bahawa Allah memberikan kekalahan supaya mereka (tentera Islam) merasa akan kepahitan kekalahan kemudian barulah diberikan kemenangan supaya kepala yang ditegakkan kerana kemenangan menakluk Mekah dapat ditundukkan supaya malu di hadapanNya.
Kita terlalu ghairah dengan kata-kata keramat 'Menawan Putrajaya' sehingga kadangkala alpa akan silibus tarbiyah bahawa ketentuan kuasa terserah kepada Allah untuk memberikan kepada siapa yang dikehendakiNya dan perihal kemenangan yang berasaskan iman dan taqwa yang selalu ditekankan oleh presiden parti.
Perang Hunain ini adalah satu bentuk tarbiyah yang diberikan oleh Allah. Kerana sayangnya Allah kepada hambaNya. Imam Ibn al-Qayyim menyatakan bahawa Allah memberikan kekalahan supaya mereka (tentera Islam) merasa akan kepahitan kekalahan kemudian barulah diberikan kemenangan supaya kepala yang ditegakkan kerana kemenangan menakluk Mekah dapat ditundukkan supaya malu di hadapanNya.
Kita terlalu ghairah dengan kata-kata keramat 'Menawan Putrajaya' sehingga kadangkala alpa akan silibus tarbiyah bahawa ketentuan kuasa terserah kepada Allah untuk memberikan kepada siapa yang dikehendakiNya dan perihal kemenangan yang berasaskan iman dan taqwa yang selalu ditekankan oleh presiden parti.
Dalam kaedah demokrasi, menunjukkan kekuatan besar bagi menarik sokongan
rakyat adalah penting, ia perlu dilakukan. Namun jangan tertipu dengan besarnya
sokongan maka Pakatan pasti menang.
No comments:
Post a Comment