Sewaktu
menulis ruangan ini, ketika ini, saya mendapat maklumat dari rakan-rakan
peniaga akhbar di Bandaraya Alor Setar bahawa gerombolan dari Kementerian Dalam
Negeri bertindak merampas akhbar Harakah, Roket dan Suara KeADILan. Lama benar
tidak mendengar KDN bertindak demikian terhadap akhbar yang menjadi suara rasmi
parti-parti dari Pakatan Rakyat.
Pegawai KDN biasanya tidak bertindak sewenang-wenangnya dalam isu yang berkaitan parti politik tanpa arahan dari Menteri. Dalam amalan politik Malaysia, Menteri Dalam Negeri pula tidak akan berani bertindak sendirian jika tanpa arahan dari Perdana Menteri.
Ketika rencana ini ditulis juga tersebar berita bahawa tiga pemimpin utama Pakatan ditahan polis. Mereka ialah aktivis PAS Datuk Tamrin Ghafar, Naib Presiden KeADILan Tian Chua dan penggerak NGO Asal Bukan Umno (ABU) Haris Ibrahim. Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Cikgu Bard juga kononnya dicari polis. Berita panas seperti itu sangat pantas tersebar, maklumlah ini zaman ICT.
Semalam di hadapan Balai Polis Jinjang, 18 rakyat biasa yang memberi simpati terhadap Adam Adli yang ditahan kerana dituduh menghasut; telah diberkas pihak berkuasa. Mereka bukan penyamun atau perompak tetapi orang awam yang hadir dengan tangan kosong untuk bangun menentang kezaliman kerajaan BN terhadap Adam Adli.
Hari ini Adam Adli, aktivis muda yang sering memperjuangkan kebebasan demokrasi didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 4(1)(B) Akta Hasutan, berikutan ucapannya pada 13 Mei lalu yang kononnya menghasut rakyat.

Rakyat baru sahaja selesai
menghabiskan siri bantahan di seluruh negara (Black 505) berhubung dakwaan
penipuan PRU13. Penipuan itu menyebabkan Umno (Nota: lebih tepat menggunakan
Umno, bukannya BN) berjaya memperolehi undi popular 47 peratus. Kemuncak siri
bantahan yang dianjurkan oleh berpuluh buah NGO tersebut akan berlaku pada 25
Mei ini di Selangor. Sehingga rencana ini ditulis, perhimpunan belum berlaku
namun melihat kepada senario awal manipulasi BN terhadap isu tersebut ia
kelihatan tidak akan dibiarkan berlaku secara aman.
Persoalan menarik ialah, mengapa
kerajaan minoriti Najib Razak kelihatan seolah-olah memilih suasana tidak
tenteram ini berlaku? Umno mempunyai kuasa Persekutuan dan penguasaan
sepenuhnya terhadap media utama negara. Mencipta kegelisahan untuk menagih
sokongan bukan kali pertama dibuat oleh Umno. Ia sudah dibuat berkali-kali
sejak merdeka.
Modus Operandi yang paling licik dan
'berjaya' digunakan Umno ialah ketika Operasi Lallang 1988. Umno yang
mencetuskan suasana tidak tenteram, membakar isu rasis tetapi pemimpin
pembangkang yang menjadi mangsa. Jika ada pun pemimpin Umno yang ditahan di
peringkat awal maka ia cuma sandiwara untuk menipu rakyat bahawa kerajaan
bertindak adil. Namun selepas itu berbondong-bondong pemimpin pembangkang
disumbat ke lokap.
Jangan terkejut kalau selepas ini
beberapa pemimpin Umno dan Perkasa juga ditahan pihak berkuasa demi mengaburi
mata orang kampung di luar bandar yang tiada talian internet. Masa itu rakyat
Malaysia hanya berbicara mengenai pemimpin politik yang ditahan dan dakwa di
mahkamah. Atau keganasan pihak berkuasa membelasah rakyat di mana-mana
perhimpunan. Mereka tidak lagi memberi tumpuan kepada isu penyelewengan
pilihanraya dan ketidakadilan sistem demokrasi di Malaysia yang menjadi isu
pokok.
Selalunya begitulah, bila muncul isu
yang lebih brutal maka isu pokok tuntutan rakyat akan diketepikan.
Ulamak-ulamak Umno pun akan muncul di kaca televisyen memberi fatwa bahawa haram
menyokong keganasan walhal tuntutan perjuangan rakyat tidak diulas sepatah pun.
Walhal juga, pihak mereka yang memulakan keganasan. Ahli-ahli akademik
berkepentingan, professor kangkung serta pemimpin NGO yang disumbat mulut
dengan wang ringgit pun muncul mempertahankan kezaliman Umno dengan hujah
bersulam kewarasan, kononnya.
Sekarang, secara mutlak Umno sudah
berjaya menguasai Malaysia dengan majoriti mudah. Kalau kelebihannya cuma 10
kerusi sekalipun Umno tidak perlu susah hati. Mereka memiliki polis, tentera
serta semua jentera kerajaan Persekutuan. Pertukaran hanya diizinkan berlaku
lima tahun dari sekarang. Jadi Umno peduli apa? Umno tidak perlu runsing untuk
memikirkan kejatuhan kerajaan sekarang ini. Dan sekarang adalah masa terbaik
untuk mereka melakukan kezaliman dan kekerasan terhadap pembangkang. Biarkan
saja jika ada rakyat (khususnya orang Melayu) yang bersimpati terhadap
pembangkang kerana Melayu mudah lupa. Lima tahun lagi orang Melayu hanya perlu
'dirasuah' dengan pelbagai umpan kebendaan untuk menyokong Umno. Umno tidak
pernah takut untuk kehilangan kuasa kerana yakin ada kalangan rakyat yang boleh
mereka berbodohkan dengan mudah.
Pakatan harus mengkagumi Umno dari
aspek konspirasi jahat. Mereka ternyata sangat unggul! Mungkin Yahudi APCO yang
dibayar RM77 juta menggunakan duit rakyat masih berperanan sebagai penasihat.
Percayalah bahawa rentetan kekerasan yang akan muncul selepas ini bukan
keputusan sambil lewa ataupun terdesak, tetapi keputusan yang dibuat dengan
perancangan yang sangat rapi.
Jika begitu congak politiknya, para
pemimpin Pakatan perlu menangani permainan kotor Umno dalam masa terdekat ini
dengan perhitungan yang lebih baik.
No comments:
Post a Comment