Antara kejayaan Umno dalam menipu
orang Melayu ialah kononnya PAS anti perpaduan ummah, sedangkan Umno sentiasa
menghulurkan salam perpaduan dengan PAS. PAS menolaknya, dalam waktu yang sama
sanggup pula berbaik dengan DAP yang kafir. Itu antara isu di mana 'silent
majority' Melayu terkesan dalam PRU 13 lalu.
Pemimpin PAS sentiasa menegaskan
bahawa kerjasama antara parti itu dengan Umno, atau mana-mana pertubuhan
sekalipun tidak menjadi masalah. PAS bersedia untuk duduk bersama sesiapa
sahaja untuk membincangkan isu Islam atau Melayu. Cuma bermuafakatan itu tidak
bermakna PAS bersama Umno dalam pentadbiran negara, sama ada atas nama Kerajaan
Perpaduan atau PAS menyertai BN.
Mungkin orang melihat bahawa ada
banyak perkara boleh dibuat dari perpaduan politik PAS-Umno kearah manfaat
bersama satu kelompok manusia yang sebangsa dan seagama. Tetapi ada satu
perkara besar yang PAS atau sesiapa sahaja tidak akan mampu buat bila masuk
bergabung dengan Umno - iaitu membanteras rasuah! Timbalan Presiden PAS, Haji
Mohamad Sabu berkata, bukan tidak ada orang baik dalam Umno tetapi sesiapa pun
yang mahu membetulkan isu rasuah Umno akan gagal. Para perasuah sudah
mendominasi Umno dan kerajaan. AJK PAS Pusat Ustaz Idris Ahmad berkata,
penyakit rasuah Umno sudah berada di 'stage four' (tahap empat, iaitu paling
kronik).
Pendek kata, penyakit rasuah akan hilang dari Umno apabila parti itu mati atau
kalah.
Kroniknya rasuah dalam Umno dan
kerajaan yang dipimpin Umno sehinggakan jika PAS bersama Umno dalam kerajaan,
maka mudharat yang datang dalam kerajaan akan lebih besar manakala PAS akan
rosak dengan palitan budaya rasuah bawaan Umno. Sebab itu PAS memilih untuk
membentuk rakan kongsi lain (Pakatan Rakyat) bagi menumbangkan terus Umno dan
BN bersama nyawa rasuah mereka.
Cuma perkara yang
belum mampu dilakukan oleh PAS setakat ini ialah menyedarkan orang Melayu
bahawa rasuah itu sangat besar bahayanya serta Umno dan rasuah adalah sinonim.
Umno berjaya melunakkan Melayu dengan rasuah dengan menghulurkan 'rasuah'
berbentuk pelbagai pemberian tunai kepada Melayu. "I help
you, you help me." Melayu dilunakkan bahawa budaya pembelian jawatan dalam
Umno itu hanyalah politik wang bukan rasuah, sedangkan politik wang dan rasuah
itu adalah umpama khinzir dan babi.
Rasuah berasal
daripada perkataan Arab “al-risywah”. Daripada
Abu Hurairah RA. dia
berkata: “Rasulullah SAW telah mengutuk orang yang suka memberi rasuah dan
orang yang suka menerima rasuah dalam soal hukum-menghukum”. Sabda Rasulullah SAW lagi: “Pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya akan masuk neraka”.
Rasuah merupakan satu tindakan pemerasan yang
dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah
dirinya sendiri. Ini kerana apabila melalui prosedur-prosedur biasa, dia tidak
akan memperoleh apa-apa yang dikehendakinya itu atau
dia tidak berhak sama sekali untuk berbuat demikian. Misalnya, menteri yang berkuasa
meluluskan projek mensyaratkan pulangan sebanyak 25 peratus dari untung projek
untuk dirinya. Keuntungan itu telah dinaikkan (mark up) dari awal, yakni
sewaktu peletakan harga oleh orang yang berkuasa meluluskannya. Contoh rasuah
yang disebut ini, menurut pakar kaji rasuah telah menjahanamkan kira-kira RM20
billion wang negara setahun.
Walaupun Tun Dr. Mahathir nampak, malahan
seluruh para pemimpin Umno tahu dan sedar kewujudan rasuah
jenis ini tetapi orang Melayu umumnya tidak nampak. Sebab itu pak-pak lebai dan
ustaz-ustaz Umno setia memberi undi kepada parti rasuah itu terus berkuasa.
Mereka tidak nampak apa yang orang baik (dan orang jahat macam Tun Mahathir
juga) nampak.
Teruknya
bahana rasuah ini ialah wang negara dibaham oleh para penyamun yang berkuasa
dengan banyaknya, kebenaran boleh disembunyi dan kebatilan dapat dilunakkan,
sampai bila-bila orang Melayu tidak maju di bidang ekonomi kerana ia dikuasai
oleh pemodal dari bukan Melayu akibat rasuah dan yang paling jahanam ialah
rakyat sentiasa membuat pemilihan yang salah untuk menentukan peneraju kuasa
kerana keputusan yang mereka buat adalah berbayar.
Rasuah akan
menyebabkan pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir. Akibatnya, ia
menimbulkan masalah negatif lain yang
bertali temali. Terlalu banyak negara dan kerajaan
yang jatuh dan hancur kerana rasuah.
Orang
bukan Muslim dari DAP atau KeADILan pun sedar bahaya dan bencana rasuah ini
serta kewajipan menolak sebuah pemerintah rasuah. Tetapi mengapa ulamak-ulamak
berbangsa Melayu yang asyik berkepit dengan kitab sehingga kitab bau ketiak dan
ketiak bau kitab, tapi gagal menerangkan kejahatan Umno sebagai parti yang
menjuarai rasuah serta wajib Umno ini dijatuhkan?
Selagi orang Melayu tidak faham serta tidak takutkan
bencana rasuah, maka mereka tidak akan menolak Umno. Tun Mahathir berkata,
orang Melayu bukan suka sangat Umno namun mereka tiada pilihan kerana takutkan
DAP berkuasa. Maknanya, Umno berjaya takutkan Melayu 'bahaya' DAP. Soalnya
mengapa kita tidak berjaya menakutkan Melayu perihal bahayanya memilih parti
rasuah.
Banyak kerja sebenarnya untuk dilakukan terhadap sebuah
bangsa yang buta untuk mengenali integriti tapi kerja itu tetap perlu dilakukan
dengan tekun dan sabar. Jika tidak, bangsa Melayu akan terus dijajah oleh parti
perasuah sehinggalah negara ini hancur bersama-sama dengan mereka.
No comments:
Post a Comment