Pakar-pakar motivasi selalu menyebut ungkapan ini, "Jika kita melakukan perkara yang sama saban hari maka jangan harap untuk melihat hasil yang lebih baik dari biasa." Maksudnya sangat mudah untuk difahami, iaitu lakukan perubahan dalam usaha dan kerja maka natijah yang diperolehi barulah turut berubah, yakni akan menjadi lebih baik.
Malaysia telah menghadapi 13 kali pilihanraya umum, hasilnya sama iaitu BN (dahulunya Perikatan) tidak pernah kalah dan pembangkang tidak pernah mampu menumbangkan parti tua itu di Pusat.
Pasca PRU13, untuk kali pertama dalam sejarah Malaysia pihak pembangkang mencanangkan secara bersunguh-sungguh bahawa kemenangan BN ialah kerana penipuan. Apabila digerakkan secara besar-besaran, suara rakyat Malaysia itu didengari oleh dunia.
Cerita penipuan pilihan raya di Malaysia menjadi gah di media antarabangsa. Laporannya tersiar di TVBS Taiwan, Hong Kong Phoenix satelit televisyen, CCTV China, NHK Jepun, CNN Amerika Syarikat, British BBC, News Asia dan banyak lagi stesen berita besar dan kecil di seluruh dunia. Sekurang-kurangnya rakyat negara ini merasa 'bangga' dalam tempoh sebulan ini kerana nama Malaysia menjadi sebutan di persada dunia.
Dunia umumnya mungkin tidak memahami sangat sistem pilihanraya Malaysia di mana penentuan kerusi dibuat berasaskan sempadan pilihanraya. Mereka menjadi hairan bagaimana BN boleh menerajui kerajaan sedangkan mereka cuma memperolehi undi popular 47 peratus berbanding Pakatan Rakyat sebanyak 51 peratus.
Cerita penipuan pilihanraya di Malaysia yang menjadi buah mulut dunia antarabangsa, mengingatkan kita kepada cerita yang sama dalam pilihanraya di Zimbabwe. Pada pilihan raya 1990, parti pemerintah Zimbabwe iaitu Zimbabwe African National Union – Patriotic Front atau lebih dikenali ZANU-PF pimpinan Robert Mugabe mendapat kutukan dari seluruh dunia kerana didakwa memenangi pilihanraya dengan membeli undi daripada rakyat.
Parti pembangkang bawah pimpinan Edgar Tekere Zimbabwe Unity Movement, memenangi hanya 16 peratus undi walaupun mood rakyat pada masa itu dikatakan memihak kepadanya. Robert Mugabe menghadapi tekanan dunia dengan aksi pekak badaknya, akhirnya suara lantang dunia hilang dibawa angin lalu.
Pilihan raya presiden diadakan sekali lagi pada 2002 dan ia dicemari dengan tuduhan pembelian undi, ugutan dan penipuan. Mugabe yang menyalahgunakan sepenuhnya media serta jentera kerajaan dapat mengekalkan kuasanya sebagai presiden dengan penuh cabaran walaupun gerakan membantah penipuan pilihanraya berlaku dengan kuat.
Melihat kepada kekuatan Mugabe yang semakin lemah pada pilihanraya tersebut, pembangkang meramalkan bahawa parti pimpinannya akan mengalami kekalahan pada pilihanraya parlimen nanti. Namun apa yang berlaku selepas itu, kepincangan demokrasi tetap berterusan. Demokrasi tidak adil ala Malaysia berlarutan. Apabila pilihan raya parlimen Zimbabwe diadakan pada 31 Mac 2005 parti Mugabe menang lagi.
Parti Gerakan Perubahan Demokratik (MDC) dan Jonathan Moyo yang memimpin pembangkang menggerakkan bantahan terhadap penipuan yang didakwa berlaku. Mereka mahukan penyiasatan dibuat terhadap 32 daripada 120 kawasan parlimen. Ibarat anjing menyalak bukit, bantahan pembangkang tidak pernah dilayan.
Kali ini pemerhati politik tidak meramalkan lagi bahawa parti ZANU-PF akan kalah jika berlaku lagi pilihanraya selepas ini. Alasannya sama seperti yang saya ungkapkan di muqaddimah tulisan ini. Jika senarionya sama, maka hasilnya pun sama.
Mari alihkan pertanyaan yang sama di Malaysia, jika senario demokrasi sejak merdeka berlarutan hingga PRU14 mungkinkah BN akan dapat ditumbangkan? Maka jawapannya di atas kertasnya ialah, BN akan terus berkuasa. Mungkin mandat yang mereka perolehi lebih besar.
Semua media utama memihak pada BN, jentera kerajaan disalahguna untuk kempen, wang kerajaan diguna biayai kempen BN, undi rakyat diperolehi dengan pemberian ganjaran, kerajaan membanyakkan undi pos kerana ia terdedah kepada konspirasi memenangkan BN, pemindahan pengundi secara terancang, sebahagian hak pembangkang dinafikan dan pembangkang dilayan seperti musuh negara, serta 1001 catatan kepincangan demokrasi di negara ini terus berlarutan, berulang dan berulang. Maka BN pun akan terus memang dan menang. Iyalah senario sama, hasil pun sama.
Maka timbullah persoalan, bagaimana untuk mengubah kebiasaan yang telah dibelenggu oleh BN sejak merdeka itu?
BN pun tahu jika kebiasaan itu (demokrasi yang berat sebelah) diubah bermakna mereka menempah maut. Presiden Indonesia selepas Soeharto, Baharudin Jusof Habibie bermurah hati menunaikan tuntutan rakyat membenarkan demokrasi berjalan secara adil. Habibie disukai rakyat kerana melakukan reformasi, namun partinya Golkar kalah dalam pilihanraya umum yang diadakan selepas itu.
Rakyat Malaysia telah menganjurkan tiga kali Himpunan Bersih yang mendapat liputan peringkat antarabangsa. Kerajaan tidak pernah memberi perhatian kepada tuntutan tersebut, sebaliknya mengalih kepada isu remeh temeh seperti 'keganasan' peserta himpunan, membawa kanak-kanak, Ambiga seorang penganut Hindu - semuanya tiada mengena dengan tuntutan rakyat terhadap demokrasi. Dasar pekak badak Robert Mugabe dalam isu demokrasi menjadi ikutan para pemimpin kerajaan Malaysia.
Memaksa secara kekerasan agar kerajaan melaksanakan demokrasi secara saksama bukanlah cara yang sesuai di negara ini kerana ia akan membawa kemudharatan yang lebih besar.
Ramai tidak bersetuju cara 'Arab Spring', cuma rakyat jangan berhenti berfikir spring apa yang patut diguna untuk membetulkan demokrasi yang pincang di Malaysia. Jika tidak, kita menyertai PRU macam orang bodoh, masuk untuk menerima kekalahan.

No comments:
Post a Comment