Bersama-sama
mereka juga adalah para lelaki yang memakai baju hitam ala Perkasa,
duduk beramai-ramai di atas jalanraya di hadapan Wisma Darul Aman.
Mereka turut menahan setiap kereta yang keluar dari Wisma Darul Aman,
mengarahkan cermin kereta diturunkan kononnya untuk mempastikan supaya
Menteri Besar tidak terlepas keluar.
Apa yang diperjuangkan oleh
kumpulan tersebut? Mereka menuntut supaya Kerajaan Negeri membatalkan
projek
pembinaan jirat Cina di atas tanah seluas 190 ekar di Sungai Kob. Hujah
mereka tanah tersebut berstatus Simpanan Melayu serta jirat Cina
tersebut tidak sesuai diadakan di kawasan yang terdapat ramai penduduk
Melayu/Islam. Mereka menuduh projek tersebut diluluskan oleh kerajaan
Pakatan Rakyat Kedah walhal ianya diluluskan di zaman BN.
Persoalannya
setelah BN kembali berkuasa, apa sudah jadi dengan tuntutan kumpulan
tersebut? Sehingga kini tiada sebarang kenyataan rasmi oleh pihak
kerajaan negeri bahawa projek itu telah ditarik balik. Namun Umno dan
Perkasa yang dilihat menjadi dalang mengapikan isu rasis dahulu, kini
semacam sudah berpuas hati tanpa sebab.
Masih ingat lagilah
penentangan besar-besaran Umno Kedah dan Perkasa terhadap pembinaan
projek Aman Central yang kononnya merobohkan sebuah madrasah berusia 100
tahun? (Walhal surau cuma berusia 4 tahun pada masa itu) Tokoh besar
yang menjadi icon kumpulan pembantah tersebut ialah
Datuk Mukhriz Tun Mahathir lantang berpidato mengecam tindakan kerajaan
negeri, walaupun pemindahan tapak surau dengan fatwa Majlis Mufti serta
perkenan Sultan Kedah.
Kerajaan negeri telah mengenalpasti tapak
perpindahan surau baru. Sedang usaha ke arah pembinaan surau baru
berlaku, kerajaan bertukar. Bila Mukhriz sudah jadi Menteri Besar
pembinaan Kompleks Aman Central tanpa surau '100 tahun' diteruskan juga.
Sekarang kompleks milik 'kapitalis Cina' dari Pulau Pinang yang
dahulunya mereka tentang siang dan malam bertukar menjadi projek
kebanggan kerajaan negeri.
Bahkan surau baru yang diusahakan
kerajaan dahulu lenyap entah ke mana. Tiada pula ketika ini gerombolan
Perkasa dan Umno rasis yang bangkit menentang Mukhriz, atau
sekurang-kurangnya meminta penjelasan dari beliau. Apa ertinya
penentangan mereka dahulu, ikhlas demi maruah Islam (kononnya) atau
sekadar gimik untuk menang pilihanraya?
Masih ingat lagikah
gelagat Mukhriz yang hadir dalam himpunan bersama kumpulan yang
menamakan diri mereka Bersih KUIN, lantang menentang kerajaan negeri
dalam pelbagai isu yang melibatkan kolej universiti swasta tersebut?
Antara isu yang diperjuangkan kononnya kelewatan membayar gaji
kakitangan. Kerajaan negeri dihentam bertalu-talu.
Namun selepas
berkuasa memimpin kerajaan negeri, beliau dengan tiada rasa berdosa
mendera beratus kakitangan Insaniah Holding dengan menahan gaji mereka
selama lima bulan!
Begitulah banyak lagi penentangan yang dibuat
Umno, Perkasa termasuk yang dipimpin Mukhriz sendiri dalam pelbagai isu
lain di Kedah. Antaranya isu pusat hiburan, pusat potongan babi, iklan
tulisan jawi dan sebagainya - semuanya nampak gah sewaktu BN jadi
pembangkang tetapi bila jadi kerajaan semua yang pernah diperjuangkan
itu sepi begitu sahaja, walaupun kuasa sudah berada di tangan.
Mukhriz
sewaktu jadi pembangkang
tidak sama dengan Mukhriz sewaktu jadi Menteri Besar. Cakapnya dulu tak
serupa bikin. Macam lagu si Tegar, penyanyi cilik dari Indonesia 'Aku
Yang Dulu Bukan Yang Sekarang'. Dulu lain, sekarang lain.
No comments:
Post a Comment