Antara soalan yang menarik dalam
menganalisis keputusan PRK Sungai Limau ialah mengapa berlaku kemerosotan undi
PAS serentak menyumbang kepada pengurangan majoriti berbanding PRU13. Pada
PRU13 majoriti diperolehi oleh Ustaz Azizan Razak ialah sebanyak 2,774
sedangkan kali ini Ustaz Mohd Azam Abd Samat hanya memperolehi majoriti 1,084.
Ia mengingatkan kita kepada majoriti yang diperolehi oleh Ustaz Azizan sewaktu
mengalahkan Dato’ Mohd Suhaimi Abdullah iaitu sebanyak 1,080 pada PRU 2004 -
kurang hanya empat undi.
Sebab yang terang lagi bersuluh
mengapa berlaku kemerosotan majoriti kali ini ialah kerana ini adalah
pilihanraya kecil, bukan pilihanraya umum. Pelbagai kementerian Kerajaan Pusat,
badan berkanun, GLC, pihak swasta yang pro BN bergabung kekuatan dengan
kerajaan negeri dengan kekuatan logistic dan sumber dana yang berjuta-juta
menghadapkan serangan kepada PAS sebagai sebuah parti politik! Analoginya macam
Amerika Syarikat sebagai sebuah negara berperang dengan tentera Sulu. Layakkah?
Demikianlah rakyat patut bertanya layakkah kerajaan Pusat dan Negeri (atas nama
BN) berlawan dengan PAS sebuah parti politik pembangkang? Pihak yang
mempersoalkan kemerosotan undi PAS sepatutnya merasa hairan, kerana logiknya
PAS bukan setakat patut kalah tetapi hilang deposit.
Para penghitung janji BN melaporkan,
parti berimej rasuah itu membelanjakan kira-kira RM15.5 juta dalam kempen
mereka di Sungai Limau. Jumlah itu meliputi RM5.5 juta untuk sekolah menengah
agama, RM2.25 juta untuk sekolah jenis kebangsaan Cina, dan RM1.2 juta untuk
sekolah-sekolah lain.
Portal berita Malaysiakini
melaporkan BN juga mengagihkan bantuan sebanyak RM2.8 juta untuk bantuan
perumahan dan cermin mata percuma, RM802,700 untuk program Bantuan Azam Tani
Mara, RM2.5 juta untuk tukun tiruan dan RM500,000 untuk jeti perikanan. Ia
tidak termasuk RM300,000 untuk Masjid Simpang Empat, RM118,000 untuk guru-guru
prasekolah agama Kafa dan 33 masjid, RM30,000 dalam bentuk pinjaman TEKUN serta
RM19,700 dalam bentuk zakat dari Agrobank.
Semua itu diterjemahkan kepada peningkatan undi BN hanya sebanyak 465, bermakna kos satu kepala untuk membeli undi BN ialah RM32,258. Nah, apa yang hendak dibanggakan.
Semua itu diterjemahkan kepada peningkatan undi BN hanya sebanyak 465, bermakna kos satu kepala untuk membeli undi BN ialah RM32,258. Nah, apa yang hendak dibanggakan.
Tidak dapat dinafikan bahawa Ustaz
Azizan dahulu mempunyai sokongan peribadi, selain dari sokongan berasaskan
parti. Mereka adalah saudara mara dan kenalan beliau, juga orang yang
mengkaguminya kerana Menteri Besar. Dahulu mereka ini mengundi PAS dan kini
beralih mengundi BN. Jumlah itu juga terkandung dalam 465 undi tersebut, jadi pencapaian
sebenar BN nampaknya indah khabar dari rupa.
Dalam ruangan yang terhad ini saya
tidak berniat untuk memperincikan bagaimana mewahnya BN berbelanja dalam pesta
membeli undi, tapi percaya ramai akan geleng kepala dengan tindakan BN
‘merasuah’ pengundi. Ia sungguh luar biasa dan ‘gila-gila’.
PAS kehilangan 1,225 undi dari perolehan PRU13 lalu. Peratus keluar mengundi kali ini berkurang sebanyak 4.5 peratus iaitu 1,100 berbanding PRU13. Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato’ Mahfuz Omar mendakwa ramai pengundi PAS tidak pulang adalah antara faktor kemerosotan majoriti. Dakwaan itu betul, namun ia bukanlah satu-satunya sebab yang menyumbang kemerosotan kerana kalau semua 1,100 (jumlah yang berkurang) adalah pengundi PAS pun ia belum mencecah majoriti 2,774 yang diperolehi dahulu. Perlu juga diambilkira bahawa sebahagian kecil yang tidak pulang itu juga adalah penyokong BN.
PAS kehilangan 1,225 undi dari perolehan PRU13 lalu. Peratus keluar mengundi kali ini berkurang sebanyak 4.5 peratus iaitu 1,100 berbanding PRU13. Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato’ Mahfuz Omar mendakwa ramai pengundi PAS tidak pulang adalah antara faktor kemerosotan majoriti. Dakwaan itu betul, namun ia bukanlah satu-satunya sebab yang menyumbang kemerosotan kerana kalau semua 1,100 (jumlah yang berkurang) adalah pengundi PAS pun ia belum mencecah majoriti 2,774 yang diperolehi dahulu. Perlu juga diambilkira bahawa sebahagian kecil yang tidak pulang itu juga adalah penyokong BN.
Adakah pertambahan 465 undi BN itu,
sebahagian besarnya datang dari pengundi Cina yang merupakan 1,800 dari jumlah
pengundi keseluruhan? Arah aliran undi Cina sangat sukar dikenalpasti,
lebih-lebih lagi dalam PRK. Tidak seperti orang Melayu yang tidak menunjukkan
sokongan kepada parti yang tidak disukai, orang Cina menampakkan diri mereka
menyokong semua parti. Mereka mengangguk dan berkata “ya” kepada semua parti
yang datang berkempen. Malahan dalam PRU13 lalu, orang Cina hadir beramai-ramai
ke majlis jamuan makan anjuran BN tetapi beramai-ramai pula menolak BN.
Terdapat dakwaan sebelum ini bahawa masyarakat
Cina mahu mengambil langkah selamat memandangkan mereka adalah minoriti di
Sungai Limau, lantas memilih BN untuk PRK. Oleh kerana bilangan pemilih Cina
adalah kecil dan berselerakan di merata daerah mengundi, maka sukar untuk mengesan
kecenderungan mereka. Tetapi kita dapat mengesan bahawa undi BN meningkat
banyak di Simpang 3 (BN menang 397 berbanding 46 pada PRU13) iaitu peti undi
Cina paling ramai, iaitu sebanyak 380 dari 1433 pemilih.
Begitu juga di Titi Batu, BN menang
dengan majoriti 163 sedangkan PRU13 kalah 276. Di samping faktor keluarga calon
BN, daerah mengundi ini menyumbang sejumlah 217 pemilih Cina. Di Kabu 10, PAS
kalah 106 undi sedangkan PRU13 pas menang 87 undi. Peti undi ini juga terdapat
pengundi Cina yang agak ramai iaitu 197 undi. Peti undi Sungai Limau di mana
terdapat 252 pengundi Cina, BN turut menambah majoriti kemenangan. Berdasarkan
keputusan tersebut saya mengesyaki sebahagian pengundi Cina yang dahulunya
menyokong PAS kini beralih kepada BN tetapi tidaklah melebihi 50 peratus dari
jumlah pengundi Cina yang keluar mengundi.
Kecenderungan pemilih membuat
pilihan selalunya dikaitkan dengan isu semasa, namun perkara ini tidak terpakai
untuk PRK Sungai Limau. Kajian yang dibuat oleh Ilham Center menemui
kebenarannya, iaitu hanya 4 peratus dari pemilih dianggarkan membuat keputusan
berdasarkan isu. 81 peratus membuat keputusan berdasarkan parti politik yang
mereka sedia sertai atau menyokongnya. Kira-kira satu pertiga dari kekuatan jentera
bertumpu kepada gerakerja kempen penerangan yang tentunya berkaitan dengan isu
semasa, sedangkan hanya 4 peratus yang menjadikannya faktor pembuat keputusan.
Situasi yang agak ganjil ini berlaku di Sungai Limau.
Sebab
itu agaknya BN memilih strategi menghulur habuan kebendaan sebagai senjata
utama menghadapi semua golongan, khususnya golongan atas pagar yang merupakan
hanya kira-kira 10 peratus dari jumlah pengundi. Ia beretepatan dengan kajian
yang menunjukkan bahawa majoriti golongan atas pagar menjadikan; siapa yang
dapat menghulur lebih banyak habuan kebendaan maka parti itu akan disokong. BN
mempunyai kelebihan di sini.
Mukhriz seawal permainan sudah
mengumum tidak akan menjawab serangan oleh pembangkang. Serangan terhadap
Menteri Besar itu sangat agresif dan saban hari pelbagai isu ditujukan
kepadanya. Ia melibatkan kegagalannya walaupun baru lima bulan mentadbir.
Serangan lain ialah isu tekanan kos
hidup akibat kenaikan harga barang, cadangan GST dalam Bajet 2014, Laporan
Audit 2012, desakan kenaikan harga padi dan juga kelemahan infrastruktur jalan
dan air di Sungai Limau. Semua isu adalah menyentuh kehidupan penduduk Sungai
Limau tetapi BN berjaya mengalpakan pemikiran rakyat untuk sementara terhadap
semua isu tersebut dengan pemberian habuan duniawi. Memang BN sentiasa menang
dalam perkara ini.
Sementara BN lebih gemar bermain
dengan isu picisan seolah-olah tidak menghormati tahap pemikiran rakyat Sungai
Limau. Antaranya mengungkit kembali konflik PAS Kedah suatu ketika dahulu, ‘PAS
alat DAP’, kafir mengkafir, putarbelit isu kalimah Allah, Anwar – kesemuanya
dari piring hitam rekod cap anjing yang rakyat umum sudah terlalu bosan
mendengarnya akibat sering diulang-ulang. BN kalah dalam aspek isu semasa.
PRK Sungai Limau bukan penentu
kerajaan. BN menghadapinya dengan segala kekuatan selayak mempertahankan sebuah
kerajaan. Ia berpunca dari keegoan bahawa BN masih gagah walaupun imej kegagahan
itu dibeli menggunakan jutaan ringgit wang rakyat. Rakyat terbanyak di Sungai
Limau menghukum BN.
Tak apalah BN sekurang-kurang boleh mencanangkan
mereka ‘menang dalam kalah’. Menang dalam kalah kali kedua berturut-turut bagi
Mukhriz selepas kekalahan Naib Presiden Umno.
No comments:
Post a Comment