Kemenangan memang sudah dijangka kerana dalam tempoh lebih lima bulan berlalu tiada berlaku sebarang isu besar yang memungkinkan berlaku peralihan sokongan besar-besaran terhadap mana-mana parti. Sikap politik berasaskan tradisi keluarga masih mendominasi politik di sini. Manakala kekurangan majoriti PAS sangat munasabah kerana parti pembangkang itu dihadapkan dengan tentangan oleh jentera kerajaan Pusat, yang nisbah kekuatannya dianggarkan 1:20 atau mungkin lebih rendah dari itu.
Tiada banyak perbezaan PRK Sungai Limau dengan semua siri PRK yang berlangsung di Malaysia pada zaman Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri. BN cuba memenangi hati rakyat bukan melalui melalui 'track record' mahupun isu, tetapi melalui 'rasuah' terhadap rakyat.
Pihak pembangkang sudah letih bercakap perihal PRK yang sangat tidak adil terhadap parti pembangkang, di mana BN menggunakan sebahagian besar kementerian kerajaan untuk membantu kempen mereka. Tiada siapa yang dapat menghalangnya, walaupun SPR selaku pengadil sekalipun.
Jentera pilihanraya BN hanya goyang kaki, semua kerja dibuat oleh kakitangan kerajaan. Saya sangat percaya duit yang didermakan pada pengundi dari pintu-kepintu juga adalah duit kerajaan, bukan duit BN. Sebagai parti politik, BN tidak mampu untuk menyediakan peruntukan sebesar itu.
Cuba
bayangkan setiap kali gerakan kempen dari rumah ke rumah oleh BN, ada
saja ole-ole yang dibawa bersama. Penduduk bukit Bukit Choras yang
menjadi kubu kuat PAS menceritakan bahawa bekalan beras yang mereka
terima cukup untuk enam bulan. Begitu juga barang keperluan yang lain.
Semakin kuat sesuatu tempat menjadi kubu PAS, maka semakin banyaklah
habuan kebendaan yang diberikan. Sungai Dedap yang menjadi kubu PAS
turut menjadi mangsa serangan habis-habisan. Bantuan membaiki rumah
segera khusus untuk ahli-ahli PAS dilancarkan. Barangan keperluan harian
tidak terkira banyaknya, sehingga yang luput tarikh pun turut diedar.
Ini adalah antara sebab kehadiran perayu undi atau kumpulan kempen BN dapat menembusi sebahagian rumah pengundi PAS. Ada orang PAS terfikir, 'biar dia beri umpan aku ambil, tapi undi untuk PAS.' Rupanya umpan kebendaan menjadi anak kunci BN dapat membuka pintu rumah orang PAS. Iyalah sekali buka pintu dapat RM300. Jika dahulu jangan harap perayu undi BN dapat menembusi rumah orang PAS.
PAS memulakan langkah dengan operasi memantau ahli dan penyokong sendiri serta memantapkan sokongan mereka sehingga ke hari mengundi, namun tidaklah mudah kerana BN cuba menarik penyokong PAS lemah dan atas pagar melalui umpan-umpan besar anjuran kerajaan yang dibuat di merata tempat. Untuk mempengaruhi pengundi muda mereka mengedarkan topi keledar dan minyak engin motorsikal secara percuma. Pertandingan futsal dengan penyertaan percuma tetapi ganjaran hadiah yang luarbiasa. Barangan keperluan harian dibawa masuk dan diagihkan berlori-lori secara terbuka. Program berbentuk pesta di mana-mana sahaja diadakan, mengundang artis-artis ternama dengan umpan cabutan bertuah yang hebat-hebat termasuk motorsikal baru. Semua program tersebut adalah anjuran Kementerian atau menggunakan peruntukan kementerian.
Dalam mana-mana pilihanraya, selalunya bercakap mengenai isu semasa. Mengikut kajian oleh Ilham Center, di Sungai Limau isu politik semasa memainkan peranan yang sangat kecil dalam menentukan keputusan pengundi. Isu-isu yang dibangkitkan oleh kedua pihak adalah isu yang sudah biasa didengari rakyat. Jika ada pun isu baru berhubung kegagalan Mukhriz selaku Menteri Besar Kedah maka ia tenggelam oleh publisiti luarbiasa media arus perdana yang memberi liputan sebelah pihak terhadap kempen BN.
Begitu juga kelebihan calon PAS berbanding calon BN yang sangat dikenali serta disenangi penduduk, di samping mempunyai ramai saudara mara di Sungai Limau tidak juga menyumbang penyebab untuk sokongan besar disebabkan dalam PRK sokongan berasaskan parti adalah paling dominan.
Sejak zaman Tun Mahathir, PRK sinonim dengan projek serta pembangunan kilat. Namun di zaman Najib, ia sangat menjolok mata. Pembangkang dibuli semahunya dalam PRK dengan kekuatan kerajaan Pusat. SPR tidak boleh berbuat apa kerana demokrasi pincang seperti itu tetap ditanggung halal.
Sungai Limau adalah kerusi PAS, justeru pembangkang kena bertungkuslumus mempertahankannya. Jika kerusi milik BN, perlukah pembangkang menyertai PRK? kadangkala rasa tidak adil kerana rakyat dapat nikmat pembangunan luarbiasa akibat pengorbanan pembangkang sertai PRK, tapi BN pula yang diberi hadiah kemenangan. Itu perlu difikirkan.

No comments:
Post a Comment