Kisah Kolej
Universiti Insaniah (KUIN) yang kononnya dirundung pelbagai masalah sewaktu
pentadbiran Pakatan dahulu disensasikan habis-habisan oleh media Umno dalam
usaha memburukkan imej kerajaan negeri.
Kalangan
rakyat yang terpengaruh dengan propaganda negatif itu merasa 'lega' kerana
akhirnya Pakatan tumbang di Kedah, tentulah apabila Umno kembali berkuasa
semuanya akan pulih semula. Rupanya harapan menggunung yang diberikan
sebahagian rakyat sia-sia sahaja kerana Umno dapat Insaniah ibarat kera dapat
bunga. Keadaan jadi lebih celaru.
Tiba-tiba kakitangan
Insaniah Holdings serta anak-anak syarikatnya yang menjadi cabang perniagaan
KUIN mengamuk kerana tidak dibayar sesen pun gaji selepas Umno mengambilalih
Kedah. Staf Insaniah Holdings adalah terdiri dari manusia biasa, tiada seorang
pun malaikat atau robot yang tidak bekehendak kepada makan minum atau lain-lain
keperluan kemanusiaan. Mereka ada keluarga untuk disara dan anak-anak untuk
disekolahkan. Semuanya perlukan wang namun hak mereka itu disekat oleh kerajaan
negeri.
Insaniah
Holdings Sdn. Bhd. ditubuhkan dengan keputusan oleh Ahli Lembaga Pengarah
Insaniah yang dipengerusikan oleh Menteri Besar. Di bawah Insaniah Holdings
terdapat Insan Maya, Insan Faseh, Insan System, Insan Medic, Insan Hospitality
dan Insan Bestari. KUIN mengadakan perjanjian dengan anak-anak syarikat Insan
Holdings, antaranya bersetuju menyediakan modal kerja, melalui pemberian
pendahuluan dari masa kesemasa penggajian, sewaan, ulititi dan operasi.
Insaniah
Holdings adalah anak syarikat di bawah KUIN, ia didaftarkan perniagaan oleh
KUIN dan perakuan menjalankan program pengajian oleh KUIN. Stafnya adalah juga
staf di bawah seliaan KUIN. Mengapa tiba-tiba ada pihak 'wayar putus' dari KUIN
membuat kenyataan bahawa Insaniah
Holdings tiada kena mengena dengan KUIN?
Semua yuran
pengajian pelajar dibayar kepada Bendahari KUIN bukan kepada Insaniah Holdings
sekalipun anak-anak syarikat yang menguruskan pengajian. Mengapa pihak tersebut
boleh mencabar anak syarikat Insaniah Holdings membayar sendiri gaji stafnya
yang seramai 302 orang itu?
Insaniah
Holdings ditubuhkan pada 2009 di bawah kepimpinan Dr. Jamil Osman
selaku rektor. Anak-anak
syarikat yang ditubuhkan di bawahnya bertujuan untuk menjana pendapatan KUIN,
supaya IPT milik kerajaan negeri ini tidak mengharapkan bajet negeri
semata-mata untuk menggerakkan KUIN. Apa yang diharapkan tidak menjadi apabila
akhirnya Insaniah Holdings menjadi bebanan kepada KUIN. Di situlah bermulanya
polemik dan pertikaian.
Kos
pengurusan untuk Insaniah Holdings terlalu tinggi, gaji para pemegang
jawatannya dikatakan sangat lumayan hingga menyebabkan bajet negeri untuk KUIN
terpaksa diguna menampung keperluan Insaniah Holdings. Maka pelbagai masalah
timbul dalam KUIN sejak 2009, sebahagian besarnya berpunca dari isu kewangan.
Pihak yang
tertekan dengan masalah kewangan di KUIN menyalahkan kewujudan Insaniah
Holdings. Mereka berhujah tanpanya pun KUIN boleh beroperasi untuk menguruskan
pengajian, maka lebih baik anak-anak syarikat tersebut ditutup sahaja.
Perbelanjaan
paling besar adalah untuk operasi Insan Medic (program perubatan), sedangkan
pelajarnya tidak ramai. Yuran pelajar langsung tidak dapat menampung kos. Secara
peribadi saya bersetuju pandangan tersebut. Bidang pengajian perubatan adalah
terlalu besar untuk dilibatkan oleh sebuah IPT milik kerajaan negeri. Biarlah
kerajaan Pusat yang memikirkan hal tersebut kerana itu tanggungjawab mereka
serta mereka ada kemampuan. KUIN patut ukur baju di badan sendiri pada masa
itu. Dari segi politik pun, kerajaan tak akan dimarahi oleh rakyat hanya kerana
tidak melaksanakan pengajian perubatan. Tapi rakyat akan marah kalau akibatnya,
duit rakyat terpaksa dikorbankan untuk perkara yang bukan menjadi keutamaan
kerajaan negeri.
Apapun
setiap perkara yang dilakukan manusia mesti ada pro dan kontranya. Boleh jadi
kita tidak terfikir apa yang orang paling berkuasa dalam pentadbiran kerajaan
pada masa itu fikirkan. Pihak pembangkang (BN) ketika itu tidak mampu untuk
mengubah apa yang kerajaan putuskan.
Ditakdirkan
Allah, kerajaan Kedah bertukar tangan. KUIN dan Insaniah Holdings
keseluruhannya berada di bawah pentadbiran kerajaan yang memerintah kini.
Mereka mewarisi dan bertanggungjawab terhadap apa yang ditinggalkan kerajaan
terdahulu sama ada yang baik atau yang buruk. Jahil sungguh jika ada pemimpin
kerajaan negeri yang berkata, KUIN milik kerajaan dan Insaniah Holdings milik
Ustaz Azizan, tidak perlu fikirkan gaji untuk kakitangannya Insaniah Holdings.
Pandangan
serta tindakan tersebut bukan setakat menampakkan kejahilan memahami tanggungjawab
dalam mentadbir negeri tetapi juga zalim kerana menganiayai pekerja Insaniah
Holdings yang tidak bersalah apa-apa dalam polemik pentadbiran. Kalau mereka
ingin menutup Insaniah Holdings dan anak syarikatnya, tutuplah dengan mengikut
prosedur dan perundangan dengan sewajarnya. Gaji yang berlalu wajib dibayar.
Pampasan untuk pekerja mesti dilunaskan mengikut peraturan. Insaniah Holdings
nampaknya jadi mangsa balas dendam politik, tapi orang yang mereka dera ialah
kakitangan yang tiada kena mengena dengan pihak yang membuat keputusan dahulu.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletePETIKKAN DIATAS:
ReplyDelete"Boleh jadi kita tidak terfikir apa yang orang paling berkuasa dalam pentadbiran kerajaan pada masa itu fikirkan".
-----------------------------------
Salam Bro,
Ya, memang ada niat murni dan munasabah (logical and feasible) yang difikirkan oleh MB Ust Azizan pada masa itu berkenan kewujudan Insaniah Holding dan kesemua anak2 syarikatnya.
Saya kenal secara terus dengan kesemua CEO tiap2 anak syarikat itu dan tahu secara details sejarah,vision and mission,over headnya dan cash flownya,budget dan costingnya,business plan dan projectionnya, bahkan profit dan loss (P&L)nya.Saya tahu asal usul Insan Maya,Insan System,Insan Fasih,Insan Hospitality,Insan Bestari dan yang terakhir sekali Insan Medic.
Saya boleh bantu saudara Zulkifli Yahaya untuk memberi segala maklumat yang tersurat dan yang tersirat berkenaan "kewujudan Insaniah Holding" ini dan hakikat sebenar kejayaan dan kegagalannya.Saya juga mempunyai minit2 meeting, hala tuju syarikat dan tindakan membuat keputusannya(decision making).
Kalau saudara berada di KL, saya boleh ketemukan saudara dengan mantan Rektor Insaniah Dato Wira Jamil supaya mendapat pencerahan cerita sebenar.
Boleh hubungi saya melalui email samaran saya:
kassimbaba61@gmail.com
Saya kadang2 berada di Insaniah Mergong, dan kadang2 saya berada di KL...tengok tugasan yang di beri.
Sila ke TranungKite Online (TKO): Forum, bawah tajuk:
"HOT: Staf Insaniah Kedah belum dapat gaji, 29hb Jun 2013"
Yang tengah sedang rancak keudara. Article tuan ini pun berada di sana. Hampir 28,000 follower nya dan terus meningkat.
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=10744&postdays=0&postorder=asc&start=195
TQ.. baru baca komen
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteCuba bayangkan pelajar lama yang pulang dari cuti semester dan pelajar baru sepatutnya sudah mula kelas 14hb Julai 2013 di kampus Kuala Ketil. Tapi apa yang berlaku, pensyarah tiada, kakitangan admin dan lain pun tidak ada, mereka hanya berkeliaran sahaja di bangunan kulliyyah, seperti anak2 ayam kehilangan ibu. Dekan Kejuruteraan pun tak bolih buat apa-apa, hanya tengok-tengok dari tingkap aje lah. Kesudahan nya beberapa pelajar Multimedia serta Muamalat juga sudah mohon berhenti tapi pejabat-pejabat HEA dan HEP di Mergong Alor etar, kenalah talipon ibu bapa mereka , ada yang nak pindah ke Mergong, ibu bapa marah dan suruh berhenti sahaja. Banyak tempat lain bolih terima mereka. Terserlah lah apa dah berlaku, satu bencana bagi pelajar2 dan ibu bapa mereka. Terima kasih MB baru Mukhris. Nasi sudah menjadi bubur, mana dia Pengarah PRO Insaniah, kenapa tak tolong selesaikan masaalah ini. Apa kaitan mereka dengan politik , mereka hanya anak-anak Kedah yang nak menutut di intituisi pendidikan.
Kakitangan Pusat Sumber Manusia ada yang sombong mengeluarkan kata-kata kepada pensyarah-pensyarah yang sedia ada, “Baru sekarang hampa hegeh nak masuk Insaniah, sendiri mau ingat la!” seolah olah bersetuju dan menyokong kezaliman kepada staf dan pensyarah yang tiada lagi harapan nak dapat gaji.
Jadi sebagai kesimpulan, ramai pensyarah sudah isi barang2 peribadi dalam kotak nak balik dan hijrah ke tempat lain. Tiada surat atau hitam putih, diberhentikan ke atau di tamatkan jawatan ke, semua tidak tahu apa-apa. Terima kasih Insaniah.
KUIN ni hak milik kerajaan ke swasta ?
ReplyDeleteBacalah cerita satu pihak lagi..
DeleteSaya memang pening dengan pengurusan perkhidmatan KUIN dan Insaniah Holdings Sdn Bhd (IHSB);
- Saya di berikan surat tawaran kerja oleh pihak KUIN pada 28 Februari 2011 dan surat tersebut telah ditandatangani oleh Pendaftar KUIN.
- Di dalam surat tersebut termaktub bahawa saya akan diserapkan ke IHSB dan semua emolumen saya akan di bayar oleh pihak IHSB.
- Apa yang pelik dalam pengurusan perkhidmatan saya ialah , sepanjang saya diserapkan oleh ke IHSB, pihak IHSB langsung tidak pernah mengeluarkan surat perlantikan saya berkhidmat di bawah IHSB.
- Tiba-tiba apabila saya memaklumkan bahawa saya memohon untuk berhenti dalam tempoh sebulan saya terus diberhentikan oleh IHSB serta merta dalam 24 jam.
- Sepatutnya mereka merujuk kepada pihak KUIN yang menawarkan pekerjaan kepada saya bukan memecat saya.
http://beritakuin.blogspot.com/2013/03/kenyataan-akhbar-kesal-tindakan-zalim.html