Ketua Penerangan PAS Pusat Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
menegaskan bahawa tiada di kalangan pemimpin PAS yang menjadi pengikut ajaran
Syiah. Oleh itu, beliau mengecam tindakan media arus
perdana yang cuba memberikan bayangan sebaliknya.
Tuan Ibrahim dapat
mengidu bahawa cubaan jahat untuk mengaitkan
pimpinan PAS dengan ajaran Syiah hanyalah usaha musuh-musuh PAS bagi
memecahbelahkan parti terutama menjelang pemilihan parti pada November ini.
"Tiupan ini semakin dahsyat sehinggakan membaca artikel tertentu yang bercanggah pendapat juga boleh menimbulkan polemik dan menjadi senjata fitnah oleh pihak-pihak tertentu untuk menuduh pihak yang lain pro-Syiah," ujarnya.
"Tiupan ini semakin dahsyat sehinggakan membaca artikel tertentu yang bercanggah pendapat juga boleh menimbulkan polemik dan menjadi senjata fitnah oleh pihak-pihak tertentu untuk menuduh pihak yang lain pro-Syiah," ujarnya.
Situasi politik terkini dalam negara menunjukkan bahawa
satu-satunya musuh utama bagi Umno ialah PAS. Bukan KeADILan atau DAP. Umno
telah berjaya melumpuhkan KeADILan dan tidak dapat berbuat apa-apa terhadap DAP
yang telah berjaya memenangi hati masyarakat Cina. Langkah Umno menjuarai isu
rasis adalah tindakan nekad mereka untuk tidak mengharapkan lagi sokongan dari
masyarakat Cina. Umno memilih untuk mendapatkan sebanyak-banyaknya sokongan
Melayu. Pesaing utama ialah PAS. Umno sudah tumbang diperingkat Pusat dalam
PRU13 lalu jika lima peratus dari pengundi Melayu yang mereka miliki itu
berpindah kepada PAS.
Bukan mudah bagi Umno untuk memusnahkan PAS dari luar seperti
mereka lakukan terhadap KeADILan sehingga berbondong-bondong pemimpin utama
meninggalkan parti. Sejak Datuk Nakhaie Ahmad meninggalkan PAS dan menyertai
Umno, tiada lagi pemimpin PAS di saf tertinggi parti yang berjaya dikeluarkan
dengan langkah yang serupa. Kalau ada pun, dia dipecat bukan meninggalkan parti
dengan sukarela.
Umno berusaha memecahkan PAS dari dalam melalui (apa yang
dinamakan) kerajaan perpaduan. Namun ianya berlegar sekadar polemik kecil dan
sementara, akhirnya anggota PAS sedar itu permainan Umno. PAS tidak terpecah
juga.
Maka isu Syiah dicetuskan untuk mencelarukan PAS dari dalam.
Langkah pertama pihak musuh ialah cuba meyakinkan ahli-ahli PAS bahawa memang
terdapat individu atau kelompok tertentu dalam PAS yang berfahaman Syiah.
Mereka hanya perlu menanti saat ada pemimpin PAS berkata, "Ada masalah apa
dengan Syiah?" Maka pelabelan Syiah pun akan dimantapkan dan kelompok
tertentu akan diserang habis-habisan dari luar dan dalam.
Kepimpinan PAS dapat membaca permainan licik pihak musuh ini.
Kewujudan Syiah bukan baru tetapi mengapa seolah-olah sekarang rakyat Malaysia
baru tahu wujudnya Syiah?
Di samping media sedia ada, media baru juga digunakan
sepenuhnya untuk promosi anti Syiah sehingga ke tahap memualkan. Akhlak dan
adab sudah tiada lagi, disiplin ilmu dan status pembicara juga sudah tidak
penting. Siapa sahaja boleh bercakap isu perbandingan mazhab secara semberono
dari lulusan SRP sehingga ulamak pemilik ijazah PhD. Mereka pukul borong bahawa
semua Syiah adalah sesat dan kafir.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah menyatakan
pendiriannya berhubung isu perbezaan mazhab. Katanya, musuh Islam sengaja
menghidupkan semula masalah khilafiyyah di kalangan mazhab Islam yang
sepatutnya
menjadi perbincangan di kalangan para ulama yang mendalami ilmunya sahaja.
Ia dihidupkan semula bukan
sahaja diantara Sunni dan Syiah bahkan di antara Sunni dan Sunni. Ia disebarkan
saperti salafi (wahabi) dan Asya’irah dan Maturidiyyah di kalangan Ahli Sunnah.
"Masalah cabang ajaran agama yang berbeza di kalangan empat mazhab dan lain-lain di kalangan ahli sunnah dihidupkan kalangan masyarakat awam yang cetek pengatahuan agamanya. Syiah Imam Khomeini dan Khaminaei yang membuat perubahan politik daripada syiah tradisi di kalangan Syiah, diantara syiah Arab dan syiah Parsi di Iraq.
"Masalah cabang ajaran agama yang berbeza di kalangan empat mazhab dan lain-lain di kalangan ahli sunnah dihidupkan kalangan masyarakat awam yang cetek pengatahuan agamanya. Syiah Imam Khomeini dan Khaminaei yang membuat perubahan politik daripada syiah tradisi di kalangan Syiah, diantara syiah Arab dan syiah Parsi di Iraq.
"Begitu
juga kenyataan dan fatwa pemimpin utama Iran Imam Ali Khaminaei supaya para
pengikutnya berhenti daripada mencaci dan menghina para Ummahatul Mukminin
(para isteri Rasulullah S.A.W.) yang bertaraf ibu kepada seluruh orang-orang
yang beriman dengan perintah Al Quran secara nas dan berhenti menghina para
sahabat R.A. Malah para ulama besarnya memaklumkan bahawa lebih daripada
sembilan ribu hadis
yang ada dalam kitab al-Kulaini yang menimbulkan masalah hendaklah ditolak," ujar Presiden PAS.
Barang dijauhkan Allah kita menjadi Syiah tetapi sebagai ahli PAS, saya tidak mahu berlagak lebih alim (berilmu) dari sorang Presiden yang juga seorang ulamak dalam memahami isu aqidah dan perbezaan mazhab, serta mahir juga membaca permainan pencak politik musuh-musuh Islam.
Barang dijauhkan Allah kita menjadi Syiah tetapi sebagai ahli PAS, saya tidak mahu berlagak lebih alim (berilmu) dari sorang Presiden yang juga seorang ulamak dalam memahami isu aqidah dan perbezaan mazhab, serta mahir juga membaca permainan pencak politik musuh-musuh Islam.
Betul kata Ketua
Penerangan PAS, isu yang dibangkitkan itu adalah taktik jahat
pihak musuh untuk melaga-lagakan pemimpin dan ahli-ahli PAS dengan pelbagai
label seperti antara ulamak dan profesional, liberal, kumpulan Erdogan, UG
mahupun Syiah. Jangan ada yang
termakan dan menjadi alat pihak musuh memecahkan PAS dari dalam.
zul ya
ReplyDeleteaku rasa hang kenai puak-puak yg dok sanjung iran dikola
sanjung saja ka......
apa jadi kat adik hang ( pangkat adik) ..... yg meninggal buln lepas ... S A
sanjung ka dah memang syiah ...
tanya mud .... tanya aris ... tanya nased... tanya pak tam .....
ni bab aqidah