Wednesday, July 31, 2013

Guna isu Syiah untuk pecahbelah PAS



Ketua Penerangan PAS Pusat Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan bahawa tiada di kalangan pemimpin PAS yang menjadi pengikut ajaran Syiah. Oleh itu, beliau mengecam tindakan media arus perdana yang cuba memberikan bayangan sebaliknya. 
Tuan Ibrahim dapat mengidu bahawa cubaan jahat untuk mengaitkan pimpinan PAS dengan ajaran Syiah hanyalah usaha musuh-musuh PAS bagi memecahbelahkan parti terutama menjelang pemilihan parti pada November ini. 

"Tiupan ini semakin dahsyat sehinggakan membaca artikel tertentu yang bercanggah pendapat juga boleh menimbulkan polemik dan menjadi senjata fitnah oleh pihak-pihak tertentu untuk menuduh pihak yang lain pro-Syiah," ujarnya.

Situasi politik terkini dalam negara menunjukkan bahawa satu-satunya musuh utama bagi Umno ialah PAS. Bukan KeADILan atau DAP. Umno telah berjaya melumpuhkan KeADILan dan tidak dapat berbuat apa-apa terhadap DAP yang telah berjaya memenangi hati masyarakat Cina. Langkah Umno menjuarai isu rasis adalah tindakan nekad mereka untuk tidak mengharapkan lagi sokongan dari masyarakat Cina. Umno memilih untuk mendapatkan sebanyak-banyaknya sokongan Melayu. Pesaing utama ialah PAS. Umno sudah tumbang diperingkat Pusat dalam PRU13 lalu jika lima peratus dari pengundi Melayu yang mereka miliki itu berpindah kepada PAS.


Bukan mudah bagi Umno untuk memusnahkan PAS dari luar seperti mereka lakukan terhadap KeADILan sehingga berbondong-bondong pemimpin utama meninggalkan parti. Sejak Datuk Nakhaie Ahmad meninggalkan PAS dan menyertai Umno, tiada lagi pemimpin PAS di saf tertinggi parti yang berjaya dikeluarkan dengan langkah yang serupa. Kalau ada pun, dia dipecat bukan meninggalkan parti dengan sukarela.

Umno berusaha memecahkan PAS dari dalam melalui (apa yang dinamakan) kerajaan perpaduan. Namun ianya berlegar sekadar polemik kecil dan sementara, akhirnya anggota PAS sedar itu permainan Umno. PAS tidak terpecah juga.

Maka isu Syiah dicetuskan untuk mencelarukan PAS dari dalam. Langkah pertama pihak musuh ialah cuba meyakinkan ahli-ahli PAS bahawa memang terdapat individu atau kelompok tertentu dalam PAS yang berfahaman Syiah. Mereka hanya perlu menanti saat ada pemimpin PAS berkata, "Ada masalah apa dengan Syiah?" Maka pelabelan Syiah pun akan dimantapkan dan kelompok tertentu akan diserang habis-habisan dari luar dan dalam.

Kepimpinan PAS dapat membaca permainan licik pihak musuh ini. Kewujudan Syiah bukan baru tetapi mengapa seolah-olah sekarang rakyat Malaysia baru tahu wujudnya Syiah?

Di samping media sedia ada, media baru juga digunakan sepenuhnya untuk promosi anti Syiah sehingga ke tahap memualkan. Akhlak dan adab sudah tiada lagi, disiplin ilmu dan status pembicara juga sudah tidak penting. Siapa sahaja boleh bercakap isu perbandingan mazhab secara semberono dari lulusan SRP sehingga ulamak pemilik ijazah PhD. Mereka pukul borong bahawa semua Syiah adalah sesat dan kafir.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah menyatakan pendiriannya berhubung isu perbezaan mazhab. Katanya, musuh Islam sengaja menghidupkan semula masalah khilafiyyah di kalangan mazhab Islam yang sepatutnya menjadi perbincangan di kalangan para ulama yang mendalami ilmunya sahaja. Ia  dihidupkan semula bukan sahaja diantara Sunni dan Syiah bahkan di antara Sunni dan Sunni. Ia disebarkan saperti salafi (wahabi) dan Asya’irah dan Maturidiyyah di kalangan Ahli Sunnah.

"Masalah cabang ajaran agama yang berbeza di kalangan empat mazhab dan lain-lain di kalangan ahli sunnah dihidupkan kalangan masyarakat awam yang cetek pengatahuan agamanya. Syiah Imam Khomeini dan Khaminaei yang membuat perubahan politik daripada syiah tradisi di kalangan Syiah, diantara syiah Arab dan syiah Parsi di Iraq.

"Begitu juga kenyataan dan fatwa pemimpin utama Iran Imam Ali Khaminaei supaya para pengikutnya berhenti daripada mencaci dan menghina para Ummahatul Mukminin (para isteri Rasulullah S.A.W.) yang bertaraf ibu kepada seluruh orang-orang yang beriman dengan perintah Al Quran secara nas dan berhenti menghina para sahabat R.A. Malah para ulama besarnya memaklumkan bahawa lebih daripada sembilan ribu hadis yang ada dalam kitab al-Kulaini yang menimbulkan masalah hendaklah ditolak," ujar Presiden PAS.

Barang dijauhkan Allah kita menjadi Syiah tetapi sebagai ahli PAS, saya tidak mahu berlagak lebih alim (berilmu) dari sorang Presiden yang juga seorang ulamak dalam memahami isu aqidah dan perbezaan mazhab, serta mahir juga membaca permainan pencak politik musuh-musuh Islam.

Betul kata Ketua Penerangan PAS, isu yang dibangkitkan itu adalah taktik jahat pihak musuh untuk melaga-lagakan pemimpin dan ahli-ahli PAS dengan pelbagai label seperti antara ulamak dan profesional, liberal, kumpulan Erdogan, UG mahupun Syiah. Jangan ada yang termakan dan menjadi alat pihak musuh memecahkan PAS dari dalam.


1 comment:

  1. zul ya

    aku rasa hang kenai puak-puak yg dok sanjung iran dikola
    sanjung saja ka......
    apa jadi kat adik hang ( pangkat adik) ..... yg meninggal buln lepas ... S A
    sanjung ka dah memang syiah ...

    tanya mud .... tanya aris ... tanya nased... tanya pak tam .....
    ni bab aqidah




    ReplyDelete