Ramai kakitangan
Insaniah Holdings, anak syarikat kepada Kolej Universiti Insaniah (KUIN)
meluahkan rasa kecewa kerana masalah kebajikan yang melanda mereka sekarang tidak dapat
pembelaan dari mana-mana pihak. "Termasuk pihak pembangkang," kata
mereka.
Pihak
pembangkang, khususnya ADUN Pakatan Rakyat mungkin tidak mendapat maklumat yang
jelas mengenai kepincangan terkini KUIN. Atau ADUN pembangkang barangkali
sedang mengalami penyakit yang sama dialami ADUN BN selepas kalah PRU12 lalu,
iaitu 'belum sedar' sepenuhnya bahawa mereka adalah pembangkang justeru
memerlukan sedikit masa lagi untuk menyesuaikan diri sebagai pembangkang. Itu
proses biasa bagi parti yang kalah pilihanraya sebagai sebuah kerajaan.
Isu besarnya
ialah kakitangan Insaniah Holdings tidak mendapat gaji sudah tiga bulan! Semua
proses untuk menuntut sara hidup itu telah dibuat tetapi hingga kini belum
berhasil.
Selepas Pakatan
tumbang, kakitangan Insaniah Holdings telah diketepikan. Kerajaan negeri tidak
meletakkan keutamaan lagi untuk membayar gaji kepada GLC tersebut memandangkan
kewujudannya dipertikaikan sewaktu BN menjadi pembangkang dahulu. Ada cakap
liar yang berbunyi, oleh kerana ia diwujudkan diwujudkan oleh kerajaan
terdahulu maka biarlah 'Ustaz Azizan dan Prof. Jamil Osman (bekas rektor) yang
membayar gaji staf Insaniah Holdings'.
Kakitangan
Insaniah Holdings yang dizalimi itu telah mengambil pelbagai tindakan untuk
mengembalikan hak mereka namun pihak atasan KUIN hanya berlepas tangan. Antara
tindakan yang mereka lakukan ialah mengadu kepada Menteri Besar, pihak istana,
Timbalan Menteri Pelajaran dan Exco Pelajaran Negeri Kedah namun tiada
tindakbalas positif yang diterima. Kumpulan tersebut juga telah membuat laporan
kepada Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Sumber Manusia, Mahkamah Sivil
dan Yayasan Perdana yang dipimpin oleh Tun Dr. Mahathir namun semuanya tidak
dapat berbuat apa-apa.
Masalah yang melanda
Insaniah Holdings akan menjejaskan juga beberapa program pengajian secara
langsung kerana mereka yang menguruskan program dan membayar gaji pensyarah.
Isu ini sangat besar jika berlaku di bawah kerajaan Pakatan, namun apabila
berlaku di bawah BN maka semua media talibarut BN menggelapkan laporan
tersebut. Itu kebebasan media ala Malaysia, bebas menyembunyikan keburukan BN.
Bayangkan
pelajar lama yang pulang dari cuti semester dan pelajar baru sepatutnya sudah
mula kelas 14 Julai 2013 di kampus induk Kuala Ketil tidak dapat memulakan pengajian
mereka untuk semester baru. Mereka
hadir mendapati pensyarah dan kakitangan pentadbiran tiada. Para pelajar hanya
berkeliaran di bangunan kuliah seperti anak-anak ayam kehilangan ibu. Beberapa
pelajar Multimedia dan Muamalat menghubungi ibubapa masing-masing, ada waris
yang naik berang dengan KUIN dan meminta anak mereka berhenti saja. Untuk
berurusan, pelajar terpaksa ke Mergong pula sebab semua urusan Hal Ehwal
Akademik dan Hal Ehwal Pelajar di pindahkan kembali ke sana.
Jika disemak dalam
laman web KUIN kini, program yang wujud hanyalah yang ditawarkan semasa zaman
BN dahulu seperti Kulliyyah Syariah Dan Undang-Undang,
Kulliyyah Usuluddin,
Kulliyyah Bahasa Arab,
Kulliyyah Al-Quran Dan Sunnah,
Kulliyyah Muamalat,
Pusat Pengajian Dan Perkhidmatan Kaunseling
Dan Psikologi. Semua program
yang diwujudkan di zaman Pakatan tiada lagi.
Soalnya, jika
hanya program tersebut ditawarkan KUIN perlu membuat penjelasan rasmi berhubung
status program yang dikendalikan Insaniah Holdings. Kalau tutup, lakukan
mengikut prosedur bukan dengan membiarkan ia tergantung begitu saja kerana ia
melibatkan pendidikan dan masa depan anak bangsa. Pentadbir KUIN jangan letak
kepentingan hawa nafsu untuk membalas dendam melebihi kepentingan yang lain.
Keyakinan
masyarakat umum terhadap KUIN sebaik kerajaan Kedah diambilalih oleh Umno jatuh
merudum. Belum pernah terjadi sepanjang sepenggal Pakatan mentadbir, kemasukan
pelajar baru sesi cuma 500 orang seperti yang mendaftar baru-baru ini. Sewaktu
KUIN ditohmah saban waktu di masa Pakatan pun paling kurang kemasukan pelajar
baru ialah 1200 orang.
Apa
yang dibanggakan sekarang oleh segolongan pentadbir KUIN ialah apabila Menteri
Besar Datuk Mukhriz Mahathir umumkan KUIN sebagai sebuah badan berkanun
kerajaan negeri. Bekas Exco Kerajaan Negeri Dato' Phahrolrazi Zawawi
menyifatkannya sebagai mundur ke belakang
dan boleh menjejaskan perkembangan universiti berkenaan.
Katanya, taraf KUIN yang berstatus syarikat milik
kerajaan berpotensi untuk dinaik taraf kepada status korporat, bukannya kembali
bernaung di bawah kerajaan negeri.
Apabila sesebuah institusi menjadi
badan berkanun, ianya tertakluk pada peraturan kerajaan termasuk wujudkan
jawatan, pengambilan pensyarah dan kakitangan.
Perkembangan KUIN akan terbatas dan
sebarang keputusan terhad kerana perlu dirujuk kepada lembaga pengarah dan
kerajaan negeri. Selain itu ia akan
terikat dengan apa saja prosedur
dan birokrasi kerajaan negeri. Banyak IPT dinaik
taraf kepada pengkorporatan yang sebelum ini berstatus syarikat, antaranya
Universiti Islam Antarabangsa.
Entahlah,
masalah kakitangan Insaniah Holdings yang tertindas tidak terbela, para pelajar
jadi mangsa, tiba-tiba KUIN mundur ke belakang pula.
penipu
ReplyDeleteharap saja bergambar di Mekah
putar belit ja byk
semua salah Umno
cuba la jd manusia yg bersyukur
Allah tambah nikmat
dah 2
timbalan ko 2 xsedar ke agama apa?
agama Syiah bang oii
yg dok bnh Sunni kat Syria 2
Astaghfirullahalaziiimm dahsyatnya bahasa.. saya mematuhi pesan Rasulullah SAW apabila diuji dgn provokasi "Bahawasanya saya berpuasa"
ReplyDelete